Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 28, 2009

Famili Day 2009



Balik kampong awal2 lagi 23 Dec 2009 sebab nak gotong-royong.

This is what we do..







Komen saya: Penattt~~!!

Start famili day dari 25 Dec 2009:
Malam tu dah mula buat bacaan Yassin dan doa selamat.. Lepas makan tu, setiap famili kena fikir nama setiap kumpulan. Macam-macam nama yang kuar.. Malam tu masing-masing rileks lagi. Tapi dah kena warning esok kena bangun awal sebab ade senaman aerobik.

26 Dec 2009
Se-awal 6pagi bangun, pergh~ aerobik sejam, masing-masing dengan sempoi ikut jek, bagus anak murid.. hehehe.. Lepas aerobik, setiap keluarga kena perkenalkan kumpulan masing-masing dengan gaya tersendiri..





Aktiviti bermula dan berjalan dengan lancar, cuma ada sedikit kegeraman sebab tak dapat kerjasama.. Tapi Alhamdulilah, sepanjang hari tu hujan takde tunjuk tanda-tanda nak turun, walaupun 3 hari before tu hujan turun dengan lebat.

Selepas penat-penat dipadang pada petang tu, malam pulak ada pertandingan karaoke. Cukup bagus sebab sumer kumpulan tampilkan wakil. hahaha..


.: Kami dipaksa menyanyikan lagu "Ayah dan Ibu" :.

27 Dec 2009
Disebabkan semalam sudah main kepenatan, harini sumer terlajak tidur, gelabah sumer bangun dah nak dekat pukul7.. Start dengan aerobik seperti biase. Then main aktiviti-aktiviti indoor yang tak berapa nak berat. Tapi yang paling best pertandingan "Siapa Lebih Bagus?", sempoi semua~ ahaha..

Lepas dah penat main, makan BBQ pulak~ ikan keli wooo~ sedapp~~!! Tepat-tepat habis makan, hujan terus turun dengan lebat. Memang betul-betul syukur la, sebab majlis pun dah nak abis.

Then, semua mandi-mandi wangikan diri. Lepastu semua berkumpul kat dalam rumah. Main kotak beracun pulak. Berdebar dorang kate main kotak beracun ni. Memang beracun la~ ahaha.. Setiap orang mesti kena, tak boleh terlepas punye lah. Penat aku fikir idea untuk kotak beracun ni, 60 idea tu~ kopak kepala hotak aku..

Lepas dah gelak-gelak pecah perut sebab kotak beracun, tiba lah masa penyampaian hadiah. Kira markah tengok siapa Juara.





p.s: Saya sangat Happy~ Anda bagaimana?
err~ ade aku kesah? ahaks~


Tuesday, December 22, 2009

Aku cuba..

[Coretan yang agak skema, harap layan je ye]

Malam tu before aku tidur, aku baca message dari Niza. Mak Niza masuk ICU. Aku yang terlalu ngantuk, terus layan tidur.

Then, aku mimpi..

Di suatu kawasan perumahan, aku jalan setiap selekoh. Jalan dan rumah semua kosong tanpa penghuni. Tiba-tiba di penghujung jalan, di hadapan sebuah rumah, aku nampak Niza duduk di bangku. Aku jalan dalam speed yang agak laju menuju ke Niza. Niza tunduk kesedihan.

Me: Niza kau ok?

Niza: uhukk uhukk... [nangis teresak-esak]

Me: kau ok ke?

Niza: tepi la kau... [Niza tolak aku]

Aku terus terjaga dari mimpi. Mimpi yang agak pelik. Kelakuan Niza yang bukan dirinya. Aku terus mandi disebabkan bangun pun dah agak lambat. Teringat akan janji untuk pergi karaoke dengan Tinie and Sarah.

Me: "weh korang~~ aku baru bangun~~~" [nada bersalah]

Tinie: "ahaha takper, aku pun baru bangun. Sarah je bangun awal."

Me: "cepat siap!!"

Tinie&Sarah: "okay~"

Lepas message Tinie, aku terus bace message inbox dari Niza.

Niza: "Mak aku dah xde"

Me: Inalilah.......... [terkesima]

Aku terkesima sebab lambat feedback. Aku terbayang keadaan Niza. Dengan gelabah semua orang aku message. Mai and Aisah plan nak pergi lawat Jumaat ni. Athy pulak dekat Kuantan cuti dua minggu. Aku terpinga-pinga. Tak tahu apa patut buat. Terfikir tentang mimpi Niza tolak macam tak perlukan aku. Orang kata, mimpi selalunya sebaliknya. So, aku dengan suka hati mentafsir that "She needs me" [wah aku sungguh perasan]. Then, aku terpikir Sarah and Tinie. Alang-alang dah plan nak keluar ni, aku ajak dorang gi Melaka. Lagipun, aku tak boleh nak join dorg lawat Jumaat ni sebab esok rabu aku dah nak balik kampong. Dengan nekadnya kitorg bertiga redah Melaka.

"Sorry ye Mas, kitorg bukan tak consider kau.. Tapi kau kena paham situasi kitorg.. Situasi dimana kitorg tak bekerja dan kitorg sepatutnya ada masa untuk pergi tengok Niza pada masa tu jugak"

Dengan bantuan Aisah and Niza, aku sampai kat rumah Niza buat pertama kalinya. Nampak Niza dari jauh, aku dah sayu je. Teringat mimpi tadi, Niza tolak aku. Tiba-tiba dada aku berkocak kencang. Sampai dekat dengan Niza, Niza dakap aku sambil nangis teresak-esak. Aku pantang orang nangis, aku cepat memahami. Aku pun turut nangis.

Niza sangat tabah..

Aku cuba..

Cuba untuk menjadi yang terbaek bila Niza perlukan..

Alfatihah~ untuk Arwah Mak Niza.