Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 28, 2009

Perlu ke pekakkan telinga?

Pernah tak dengar cerita tentang "Si Katak dalam Perlumbaan Mendaki"
[btw title cerita tu aku yang reka sebab tak tau pun ape tajuk nya]




alkisah cerita ni.. [ada yg ditokok tambah]


Menteri Besar Katak datang memberi taklimat

"Jikalau ada diantara katak-katak di Kampung Bawah Tempurung ni yang mengaku dirinya katak jantan, sila hadirkan diri di Istana Tempurung untuk pertandingan bagi merebut satu-satu nya puteri Raja Katak. Pertandingan yang dimaksudkan adalah barangsiapa yang mampu mendaki Gunung Tempurung, akan di gelar sebagai pemenang."

Maka dengan itu, semua jenis katak yang rasa dirinya jantan hadirkan diri ke Istana Tempurung..


Ibu Temah: Meon~


Meon: ??


Ibu Temah pun menunjukkan keratan akhbar pertandingan yang membuatkan satu kampong jadik kecoh. Tanpa banyak kata, Meon yang yakin dirinya adalah jantan terus menuju ke istana untuk turut serta dalam pertempuran itu.

Setibanya dia Istana Tempurung, banyak katak-katak yang bergelimpangan di sekitar perkarangan istana. Maka dengan itu, pertempuran terus dimulakan. Meon yang blur giler tak paham ape yang sedang terjadi, terus join katak-katak lain yang menuju ke lereng bukit Gunung Tempurung.

Si Betinas, Si Tuas, Si Berudus, Si Pondans, dan Si Nyahs turut datang untuk memberi sorakan negatif kepada Si Jantans.


Si Betinas: Booooo~~!! Jangan haraplah boleh kawin ngn Puteri~~!!


Separuh dari Si Jantans mengalah..

Si Tuas: Balik rumah tolong carik lalat je la~~!!


10 dari Si Jantans berundur balik..

Si Berudus: ~~~ [blom reti bercakap]

10 lagi Si Jantans berhenti separuh jalan..


Si Pondans: Give me L.O.S.E.R.. what we got??


Si Nyahs: LOSERRRR~~!! ah tak kuasa maq nyah~~!!


Semua Si Jantans pengsan katak dan tidak terdaya meneruskan perlumbaan melainkan Meon. Meon terus cekal hampir sampai kepuncak. Sorakan-sorakan negatif terus menerus kedengaran untuk mematahkan semangat Meon. Tapi Meon tetap gagah dan bergaya meneruskan perlumbaan sehingga ke puncak.

Seperti yang dijanjikan, akhirnya Raja pun mengumumkan Meon sebagai menantunya.


Mr Reporter: so, whats ur secret of success?


Meon: .... [hanya sekadar senyum-senyum katak]


Mak Temah: Meon~ [sambil datang kearah Meon dan memeluknya]

Mr Reporter: so, Meon.. whats ur secret of success?

Mak Temah: speaking malay can ar?


Mr Reporter: oh Meon tak reti speaking.. boleh makcik..

Mr Cameraman: ok take again.. one two three action~


Mr Reporter: ok Meon, ape rahsia anda menang dalam perlumbaan ini?

Meon:
.... [sekadar senyum-senyum katak]

Mr Reporter: makcik?

Mak Temah: maaflah encik.. Meon ni PEKAK~~!!


-------------------- end of story
--------------------

moral of the story: pekakkan diri untuk berjaya..


well, a very good story tapi kenapa katak jadik contoh? kenapa tak babi ke, monyet ke, gajah ke, or manusia je ke???


sebab katak mana ade telinga.. ye ke?? ahahaha

Meon: haah~ katak mane de telinge.. muahaha

[eh firstime ni Meon berkata-kata]


Tatkala aku sedang pikir ape nak taip seterusnya, tiba-tiba muncul dalam kepala..


Ape beza Katak dan Kodok??


Pendapat aku..


Katak

- Kulit lebih licin

- Suka buat bising b4 dan lepas hujan
- Lebih giler glamour berbanding kodok

- Perwatakan yang lebih matang

- Cepat membiak

- Tak reti lintas jalan [sbb tu mati katak]

- Suke duduk bawah tempurung

- Lidah panjang giler


Kodok

- Kulit mengerutu
- Low profile


so disebabkan kodok ni low profile, maka tak banyak info tentang kodok yang kita tau.


ok back to topik, cerita tentang Si Meon katak yang pekak.


Pernahkan anda diherdik ketika anda sedang excited?


Pernahkan kawan anda memberi pandangan nagatif ttg impian anda?


Pernahkan teman anda mendownkan anda?


Pernahkan anda mendengar perkataan seperti

"Kau takkan berjaya punya lah!"

"Jangan mimpi lah weh Meon!"

"Kuat berangan la kau ni!"
"Be realistik la Meon hoiiii!"


Tapi walaucamne pun, pendapat aku.. jangan pekakkan telinga sebab tak semua sorakan-sorakan tu adalah 100% negatif but somehow mesti ada yang positif. Lebih-lebih lagi sorakan yang datang dari keluarga dan teman-teman. Tapi apa-apa pun, semuanya terletak pada diri kita sendiri tuk menentukan sorakan mana yang kita nak dengar dan sorakan mana yang kita tak mau dengar.



Ini adalah Meon..
Jangan pandang gambar ni as satu Kelucahan..
Katak ni tak bersalah.
Dia telah cuba sebaik mungkin
tuk memberi pose yang terkacak..muahahha


3 comments:

mas2ra rauna said...

topik cam sengal!! wakakak.... [sbb exmaple dia aku xleh trime..muahahah] tp moral of the story nye ade....hohohoh. aku pon dah lama nk tulis 1 kesah ni... ade mase aku update nnt...hohoho criter yg mmg 100% ade kaitan dgn aku...muahahah

WaNi.NaiVe said...

sape meon? Aku tau sape mak temah.... hahahaha...

Hafizah Mohamad said...

temah??

sape temah??
ahahaha

meon hanya watak rekaan..takde kena mengena dengan katak ataupun munyit

ahahha
pangggg!!