Monday, August 29, 2011

Happy 500 Blog Posts!!



Pernah terungkap yang aku nak stop post dekat blog ni bila reach 500 blog posts. tapi lately ni aku dok godeh semua inti dalam blog ni, it's remind me of everything yang aku buat, ape yang aku rasa, suka duka marah sakit hati yang kengkadang aku pun dah lupa semua tu. bila aku baca balik, baru aku tau yang aku tak sia-sia kan hidup aku. so, aku decide tuk terus kan posting in this blog. not only untuk share dengan semua orang tapi untuk santapan sendiri. sebab aku tau, penyakit lupa aku semakin teruk. dan bila-bila masa je aku boleh jadik lupa diri. dan mungkin membolehkan aku lupa tentang memori yang dah aku cipta before ni. haha. okay that's it. bab merapu memang terer.

yeah tepuk tangan sesame
untuk memajukan diri sendiri!!
*clap clap clap*

Salam Aidilfitri



kau ingat kau diva nak post camni?
haha ade aku kesah? bluekk!!

Aku suka tanya dan jawab soalan..

aku seorang yang suka bertanyakan soalan kerana aku seorang yang sifat ingin tahu-nya tersangat tinggi. dan aku tak suke kalau orang tak jawab soalan aku. aku jadik geram!! tahu tak geram?? geram macam kengkadang tu rasa nak balas dendam balik. tapi aku bukan pendendam.

dan aku gak seorang yang suka jawab soalan. walaupun kengkadang aku xde jawapan tuk soalan tu, tapi aku akan cuba jawab. walaupun kengkadang skema jawapan tu sampai ketahap merapu, tapi atleast aku cuba untuk menjawab. sebab aku tau ape perasaan bila soklan tidak dijawab. aku rase geram. so aku tak nak orang pun rasa macam tu. sebab aku memahami. *angkat2 kening bangga*

--- Dialog diantara seseorang dengan seseorang ---

A: kenapa kau suka amik gambar?
Me: sebab aku tak suka berada dalam gambar

A: kenapa kau tak suke berada dalam gambar?
Me: sebab aku tak percaya orang untuk amik gambar aku

A: kenapa kau tak percaya orang?
Me: sebab nanti gambar aku tak cantik

A: kenapa gambar kau tak cantik?
Me: sebab aku tak reti posing

A: kenapa kau tak reti posing?
Me: sebab aku bukan model

A: kenapa kau bukan model?
Me: sebab aku tukang amik gambar +_+

A: kenapa kau tukang amik gambar?
Me: sebab aku pegang kamera +_+"

A: kenapa kau yang pegang kamera?
Me: sebab bukan kau yang pegang!!!

A: tapi kesianlah gambar kau takde..
Me: ade aku kesah?


Friday, August 26, 2011

Ada Rahsia Disebalik Pokok Kedondong

[Tajuk takde kene mengene]

Pada suatu tengahari.. Apip dan mak sedang bersantai setelah penat memaku dinding tuk mengantung gambar, aku pun turun meng-joinkan diri. Apip buat muke kerek dengan aku sebab aku tak turun tolong..

Me: wahaa tak sia2 kau jadik laki..

Apip: nape plak?

Me: sebab kau dah pandai meng-drill

Apip: tengkorak kau lah!!

Mak: ieja..

Me: iye~

Mak: mak ngan apip ade satu rahsia..

Me: *muke dah xleh kaber kepochi*

Apip: mak!!!!

Mak: wahahaha

Me: ape dia rahsianye?

Apip: takde menda lah..

Me: *buat muke serius*

Mak: takde ape lah saje jek..

Me: cepat lah!!!

//apip and mak pandang sesame sendiri..

Apip: kitorg jumpe surat abah tulis..

Me: *muke xleh terime cerita rekaan*

Mak: abah kate dia benci kau…

Me: haha.. Siot!! Tp logik jek..

Apip: bla la~ kau anak paling abah sayang kot..

//nampak sangat citer rekaan. Tapi anak yang paling abah sayang adelah wanie.. Sekian terime kasih..

Me: cepatlah bitau!!

Apip: aku dapat tudm..

Me: serius? Bile kau apply?

Apip: senyap2 aku apply.. Nanti korg antar je kt kuantan, aku naik bus gi tudm..

Me: *muke serius tak percaya, apip bukan jenis yg begitu daring tuk buat menda yg camtu*

Apip: kan mak?

Mak: *mak geleng2 xnak masuk campur*

Apip: warghh bulan puase la nie.. Ya Allah ampunkan aku sebab menipu..

Me: *pandang mak*

Mak: apip nak kahwin.. Hahaha

Me: itu aku dah tau!!

Apip: haishh…

Mak: *sengih macam nangka busuk*

Me: mak!!

Mak: ape??

Me: baek mak cakap, kalau takkk..

Mak: kalau tak ape?

Me: kalau takkk.. Err aku kahwin senyap2!!

Apip&Mak: hahaha.. Bagus sangat tu!!

Mak: dah dah.. Cepat kemas.. Nak carik karpet jap gi..

Me: *capai penyapu terus mendarakan diri*

Mak: chewah, rajin anak dara..

Me: *muke serius giler, tp dlm hati dok tahan gelak*

//lepas menyapu and mengemop. Aku terus naek atas.. Huh merajuk!!

Mak: ieja~~ *jerit terpekik terlolong*

Me: ape???!!!

Mak: jom kuar carik karpet..

Me: bitau dulu rahsia!!

Apip: wakakakaka.. Tak putus asa!!

Mak: hahaha.. Rahsianya adelah aku nak kahwinkan kau~ hahaha

Me: booooooooooooo~

Mak: ahahahahaha

//dorang memang kejam.. Sampai kesudah aku tak tau ape rahsia. Lantak dorang lah!!

Thursday, August 25, 2011

Saya sedang sedih..

Health: batuk tak mau henti
Mood: super down and moody
Song: Cinta dan Benci - Geisha

Warning:
kalau tak mau telinge bernanah, sile jangan scroll

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

apsal kau scroll? giler kau ni kepochi..
aku serius ni, post ni agak jiwang sikit
kemungkinan besar kau akan bernanah sumer anggota
so jangan scroll..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

eh kau scroll jugak
okay lantak kau lah..

--------------------------------------------------------

aku tak tau kenapa kadang-kadang aku rasa hidup ni tak adil. ehem. tapi aku tau Tuhan tu maha adil. kalau dia bagi aku satu kelebihan. dia akan bagi jugak satu kekurangan. aku tau ape kelebihan aku. tak payah la nak listkan. kang dah macam angkat bakul pulak dah. dah la aku memang jenis tak tau malu nak puji diri sendiri. ahaha.

kan dah cakap jangan bace kang bernanah mata kau!!

aku bersyukur aku hidup sihat dan dilahirkan dalam keluarga yang hebat. gila kepe puji keluarga sendiri. keluarga je hebat. diri sendiri belum tentu hebat. dari dulu masa belaja, abah nasihat wanie and aku. "Jangan bercinta selagi belom habis belaja". so aku pegang nasihat abah tu. dari aku lahir sampai lah aku sekarang ni. aku tak pernah bercinta. orang tanye aku slumber, "cinta monyet pun tak penah ke?". kau gile ke, aku bukan monyet. wahaa~ iyelah cinta munyit pun tak pernah lah. aku rasa mungkin aku boleh bayangkan abah lari kejar dengan parang kot kalau aku bercinta time sekolah.

tapi tu citer dulu. sekarang ni boleh dikatakan abah dah mengharap gila untuk bermenantu. mak paling tak menahan. soalan direct tanye, "sape mak mertua kau?". what the~ kadang-kadang kesian tengok dorang. tapi nak buat macam mane. adekah begitu berat jodoh aku? tengok orang lain boleh couple, putus, couple balik sampai puluhan kali. jeles gak tengok. ade gak terlintas dekat kepala hotak ni, "I'm a loser". kalau dengar citer orang kahwin, then cerai.. siap kahwin lagi.

nak terjun katil boleh? *nanges tak berlagu*

orang kate aku tak carik. iskh tipulah kalau kate aku tak carik. aku carik tapi tak jumpa. ada pulak orang lain tu tak carik pun, tapi jumpa. orang kata kalau ade jodoh tak kemane. konfius betul la. betul kate syana. Jodoh kita liat la. nak tunggu orang ketuk pintu pagar masuk minang, tu dalam mimpi boleh la. nak tunggu parent pakse kahwen macam dalam citer 2x5 tu dalam novel boleh la weh. nak tunggu mimpi ular gigit aku. tu dah ribu-riban kali aku mimpi. habuk pun takde. nak tunggu.. nak tunggu ape lagi? penat dah tunggu...

lagi satu kekurangan aku. aku mudah suka kat orang. kekurangan ke kelebihan tu? aku pandang itu sebagai satu kekurangan. mungkin sebab hati dan jantung aku masih kosong. senang je sesiapa untuk masuk. tapi sesenang mane dorang masuk, senang jugak dorang keluar. sebab ape? sebab aku suke syok sendiri la. kan aku kate tu kekurangan. kalu love at both side tu dah jadik kelebihan. yes i'm waiting for it untuk jadik satu kelebihan. haish... penat dah asyik suka dekat orang. penat dah asyik tunggu. ehem.

nak nangis lagi boleh? *nanges teresak-esak*

okay dah penat giler ni turn mood jadik moody. sile layan lagu ni.




Wednesday, August 24, 2011

Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yang memikul..

puasa tahun ni tak agak2 laju je nak habis. planning dengan athy nak gi solat terawikh dekat mesjid putrajaya pun masih bertangguh. puasa tahun ni pulak macam tak sedar je dah tinggal seminggu. before raya haritu apip meng-suggest untuk jual biskut raya. busy dia meng-promote. aku bukan setakat tak promote, tapi aku siap beli biskut raya orang pulak. ahaks sewel!! ala member-member apip order je pun dah macam tak cukup tangan nak buat. tup tup lagi seminggu nak raya. okay meroyan la weh!! stock barang tak beli lagi!!

dalam keadaan tengah rasa masa suntuk nak buat biskut raya, mak pulak tetibe ingat..

Mak: eh lupa nak bitau kau, cik murni order ketupat kau..

Me: erk.. O_o"

Mak: dari last week lagi dia tempah. lupe nak bitau kau.. huhu

Me: berape?

Mak: 100 kot..

Me: warghhh!! sempat pulak!! dah la aku sorang je yg boleh buat..

Mak: lupe... hehehe.. sorry...

Me: *nanges teresak-esak*

okay lagi tuh. masih mampu bernapas. tetibe teringat yang syana order chocolate. so tatkala tengah berpusing-pusing dekat tesco, aku mesej syana..

Me: Nek, chocolate tunang tu kau nak tema warne ape?

Syana: Agak2 ko? Aku tak tnye pulak member aku tu tema dia.. haha... hmmm pink? LOL

Me: Wahahaha.. serius kau mahu pink??

Syana: Kau suggest kaler ape?

Me: Hadiah je kan? bukan hantaran kan? So aku suggest purple putih pun cantik :D

Syana: Yup hadiah je.. kau buat santek2 yer.. mayb aku balik kedah 25@26hb :)

Me: oh hokay...

------------------------------------------------------------------

Wahaaa nada macam rileks. tengok kalendar 25 tu khamis ni. *nanges tak berlagu* encik masa, boleh tak kau berhenti sekejap!! malam tu pulak tengah tengok tv. mak tergedik-gedik datang dekat aku. sibuk nak bincang pasal hari keluarga. untuk plan hari keluarga for the last 3 years pun dah macam jadik event planner majlis kahwin dato' siti. masa tu hari keluarga buat time krismas. 3 tahun berturut-turut buat time krismas. kenapa lah tahun ni mak tetibe nak buat time raya. *pejam mate tak sanggup nak layan mak*

Mak: ieja.. kau ingat lagi game2 tuk main??

Me: *geleng2 pale malas nak layan*

Mak: cepatlah pikir tinggal bape hari lagi je nie

Me: mak!! aku kan dah sumpah tak nak masuk campor lagi dah dengan urusan hari keluarga.. huh!!

Mak: ala bila lagi kite nak berkhidmat untuk keluarga sendiri.. hehehe *gelak gedik*

Me: mak!! 3 tahun dah.. aku jadik event planner.. tapi dorg anggap aku macam.. *tak sanggup nak ucap*

Mak: ala tolongla.. kau tak kesian dekat mak ke?? *mate blink2*

Me: +_+"

------------------------------------------------------------------

apa aku boleh buat? mak suke susahkan diri sendiri. kalau sendiri susah takpe gak. dia akan heret aku sekali. pastu bila majlis habis, dia jugak yang makan hati. takpelah mak punye pasal weh. untung mak sebab aku sayang dia. erk.. [angkat bakul pulak dah]

mak mula nak bebel ape aku patut get ready..
*cube tuk tutup telinge*

Mak: buat kad jemputan macam biasela kerja kau kan..

Me: ... O_o"

Mak: pakcik Ajak suruh kau buat famili tree..

Me: besar tu!! keluarga kalau kecik takpe gak..

Mak: boleh la kau buat la macam ni... *bebel pajang lebar*

Me: susah!! kenapa mesti aku!!

Mak: kau je boleh buat.. pless~ *sengih2 mengoda*

Me: huh!! *jeling tajam*

Mak: pastu game.. pikirlah game ape tuk main..

Me: .... *terpakse rela*

Mak: and buat jadual skali la.. macam biase la kan yang kau selalu buat..

Me: .... *nanges dalam hati*

Mak: barang2 tuk main game nnt boleh la kau beli.. nnt mak kasik duet..

Me: .... *pura2 tulis list game*

Mak: lepastuh hadiah...

Me: mak!!! melampau!!

Mak: ok takpe, hadiah biar mak uruskan...

Me: haishh~ +_+"

------------------------------------------------------------------

patut ke aku sumpah lagi? aku dh sumpah dulu tak nak dah sibuk-sibuk dengan hari keluarga. okay cukupla tahun ni last aku handle. next year, mak tak boleh kacau-kacau aku.

sorry mak~
talk to the hand~ <--[boleh ke aku kerek camnie ngn mak?]
*tak sampai hati*

p.s: aku ade 7 hari untuk buat semua ni.. mampu?

Monday, August 22, 2011

Pemilik Kereta Ini Sila Tampil Kedepan....



You owe me an apology!!

Sile amik lesen semula.
bawak kereta tak guna otak!!
kau untung sebab kau buat dosa dengan aku
next tym kalau kene dengan gengster
aku tak rase kau boleh lepas..
aku hampir je niat nak kejar kau
tapi sebab masa tak mengizinkan
dah nak hampir waktu berbuka
so again, you are just lucky
tapi aku puas ar sebab dapat hon kau~
kire okayla tu kan dari takde hape..

(✿◠‿◠) <-- budget kuat sangat

Sunday, August 21, 2011

Dua Kali Lima


3 hari je aku baca. aku tak sanggup nak bawak buku ni kesana-sini. berat woo novel melayu ni, pegang untuk baca pun aku rasa dah tak ter-carry. rasanya ada la kot muscle naik skit kat lengan. fuh terasa kuat.. so aku baca laju giler, kalau agak-agak terlalu terlampau romantik gedik sangat citer-nye tu, aku skip terus ke perenggan akhir. sebab tu kot aku cepat habis baca.

overall citer-nya not bad la. sesuai untuk remaja yang baru nak mula-mula baca novel. kalau untuk pembaca novel yang tegar macam mak haku, tak sesuai buku ni untuk dia. cerita dia boleh buat aku gelak-gelak dan maki hamun sorang-sorang. sebab entah kenapa aku rasa watak perempuan tu macam watak aku. eh perasan pulok dah. tapi serius la ade persamaan. senang kata aku bayangkan aku jek. haha. aduh terasa nak hentak kepala dekat dinding klcc. tapi yang pasti cerita ni takkan membuatkan kau menghabiskan sekotak tisu.

ke aku yang macam takde perasaan? erk.. +_+"

Friday, August 19, 2011

Nama saya Don



Haritu mak and apip balik kampung
and jumpa budak gemok Haikal ni
dan mak kata dia dah semakin gemok
bentuk pun dah empat segi
dah tak nampak potongan badan

hadui adik comelku..
kenapa makin kembang ni sayang oii!!

mak: nama ape?
haikal: pendek? panjang?
mak: nama pendek ape?
haikal: Don~
mak: nama panjang?
haikal: ulat gendon~

wakakakaka.. taguner btol budak ni..

Wednesday, August 17, 2011

Happy Birthday to you my dear...


eh tanpa aku sedar,
17 August adelah tarikh terciptanya belog aku ini
harini genaplah umur belog ini 4 tahun
lame jugak aku menghabiskan masa dengan belog

so, Happy Birthday to my dearie Belog

Boleh Simpan Rahsia tak?

ini story tentang aku yang merajinkan diri untuk membaca novel. novel Can You Keep a Secret? hasil penulisan Sophie Kinsella. cerita yang agak lama untuk aku habiskan. setiap kali aku baca mesti aku tweet dekat twitter, sampai wanie kata "Bila lah kau nak abis baca buku tu?". so semalam aku dah habis dah. setiap kali aku baca, macam-macam perasaan aku dapat. bila watak tu geram, aku pun turut geram. bila watak tu sedih, aku pun ikut sedih. senang kata betul-betul menghayati cerita lah.


banyak yang aku belaja dari cerita ni. walaupun orang kata, biarlah rahsia menjadi rahsia selamanya. dan walaupun orang kata, orang yang berahsia ni nampak lebih menarik. tapi bila aku baca cerita ni, aku rasa sometimes you need to share your secret. tetibe terasa macam nak bocorkan semua rahsia. haha. ops sorry not with you.. pernah baca pepatah mengatakan, 'what you give you get back'. so aku hanya akan berkongsi rahsia dengan orang yang akan berkongsi rahsia dia dengan aku jugak. fairlah kan? iyela kau nak tahu rahsia aku, tapi rahsia kau biarlah rahsia. ape barang?!!

lepas dari baca novel simpan rahsia ni.. aku jadi ketagih nak baca lagi. dan disebabkan aku sudah ada Kiwi. aku gunakan dia dengan sebaiknya. aku download ebook dan akan baca novel gune Kiwi. macam terencat gak rasanya. aku dah masukkan 2 cerita dalam Kiwi iaitu 'The Gift' by Cecilia Ahern dan 'The Last Song' by Nicholas Sparks. bila nak bacanya? entah!! haha.

sebab aku baru start baca novel ni. '2x5' dari Areila Sahimi. chewah, novel melayu pulok dah. abislah aku bermadah pujangga sat agi. baru baca dua muka surat aku dah tersenggih-senggih sendiri. haha. boleh jadi gila camnie.


itulah dia. bila diri sendiri takde kisah cinta yang romantikus, baca kisah orang pun jadiklah kan. kalau sendiri takde pengalaman hidup yang boleh dipelajari. belaja dari pengalaman orang lain pun bolehlah kan. hehe.

Thursday, August 11, 2011

Selamat Datang ke dunia aku!!

terlalu lama aku biarkan blog ni terbiar. sampai wanie bising kata dah bosan baca post tentang tangan bau durian. tapi adakah kau tahu kenapa aku berdiam diri? hehe. ini semua adalah kerana dia. kehadiran dia dalam hidup aku membuatkan laptop tersadai tanpa disentuh.


dia adalah sebuah handphone yang diberi oleh wanie sebagai advance birthday gift aku. huwahahahaha. seronok tak terkata dapat handphone yang aku idamkan kot before aku beli Farell lagi. thanks wanie. aku sayang kau ketat-ketat. hahaha. and this new comer had a name. perkenalkan kepada semua..


apa jadi dekat Farell? oh dia masih lagi hak milik aku. aku masih sayang dia seadanya. buat masa ni aku pinjamkan Farell dekat Apip. kenapa tak bagi Kiwi dekat Apip je? oh sebab Apip kata itu bukan handphone yang dia idamkan.

so sepanjang ada Kiwi, lama aku tak bukak laptop. huh harini baru aku bukak. pegang mouse untuk lukis dekat Paint pun aku dah rasa kekok. nampak lukisan aku agak kehodohan sedikit?

anyway Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua!!