Saturday, May 28, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Nak cari kotak! Nak cari kotak!

kisah berlaku di satu tempat membeli belah. sedang dalam kepala-hotak sibuk nak cari kotak. kelihatan sekumpulan pekerja pusat membeli belah itu sibuk mengeluarkan barang-barang yang baru sampai dari kotak. maka dengan itu, banyaklah kotak-kotak bersepah disitu. aku sebagai customer yang desperate nak kotak pun menyapa si pekerja itu.

me: dik~

pekerja: ye..

me: kotak-kotak ni nak jual tak?

pekerja: nak kotak yang macamne?

me: yang macam ni lah~

pekerja: oh kalau kotak macamni tak jual..

me: abistu kotak yang macamne yang dijual?

pekerja: kotak yang macamnie..

pekerja pun tunjuk aku kotak yang cantik lagi berwarna dan super mahal. aku pandang pekerja rasa macam nak sumbat dia masuk dalam kotak tu.

me: erk.. kotak macam ni wat per..

pekerja: tapi sorry la. kotak tadi tu memang tak dijual.

me: kalau tak dijual, kotak tu di bawak ke mane?

pekerja: buang~

me: erk..


Nak cari kotak! Nak cari kotak!

Tuesday, May 24, 2011

When she said "See you in court!!"


p.s: huru hara jadiknya!

Monday, May 23, 2011

Game yang kitowang main


game ni sungguh famous mase dulu zaman kite takde psp, takde ps3! dan masa tu budak-budak sekolah cume gune public phone sebagai alat berkomunikasi. takla macam sekarang nie, masing-masing dah ade handphone. so game kad macam donkey atau happy family ni dah seakan dilupakan.


jadi nak dipendekkan cerita. inilah game terbaru yang kitowang sibuk dan suke benar main. sambil lepak dekat kedai mamak, sambil tu main donkey. aku tak suke bile aku ade donkey sebab aku tak cover-cover nak gelak. so sumer orang akan tau aku ade donkey. haha.

Who's the DONKEY???!!!

ahahahahahha [gelak tak reti nak cover]

Wednesday, May 18, 2011

Cuti apa?

athy: hachooo!

me: God bless you~ Chewah mat saleh u!

athy: haha. pang! okla nak tido ngantuk.

me: dah la bangun lewat td. pastu nak tido dah. macam ada laki je nak take care. haha

athy: haha. ngantok doh. esok ko sambut wesak ke? ngahahaha

me: eh mesti la. esok ade show kat dataran. ade perarakan kat sane.

athy: jap2. orang sambut wesak camne ek?

me: ngahahaha

athy: jap2. wesak sape sambut? hahaha sial je tak tau.

.
.
.

soalan athy buat aku tertanye. wesak tu perayaan ape ek sebenarnye. kebetulan apip ade dalam bilik, so aku tujukan soklan tu kat apip..

me: apip.. nak tanye satu soklan..

apip: ape dia?

me: wesak tu perayaan ape ek?

apip: ala yang lilin tu kan.. ke yang baling2 tu..

me: huh?

apip: ala orang buddha punye perayaan..

me: buddha? bukan sarawak ke?

apip: ko banggang ke ape!

me: iyela.. wesak sarawak~ kan macam sesuai jek..

.
.
.

then kembali chat dengan athy untuk menjawab soalan dia..

me: athy, kalau ko nak tau.. selame aku hidup ni.. aku ingat wesak perayaan orang sarawak. ni td aku baru tau yang sambut wesak ni orang buddha.

athy: ahahahaha. aku pun ingat orang sarawak dowh.

me: wah! same! ahahaha.

athy: aku baru nk cakap ko kan nak jadik orang sarawak.. pi la sambut. ahahahaha. same2 sengal rupenye.

me: patut la kite kawan. ahaha.

athy: dumb and dumber! hahaha.

Sunday, May 15, 2011

Thursday, May 12, 2011

11.5.11

Happy Birthday to dear Apip!


hand-made birthday chocolate by me
rupa dia dah macam kek baskin robin
rasa dia lagi ar macam baskin robin
cuma bukan aiskrim jek. haha
[perasan giler]

Sunday, May 8, 2011

Happy Anniversary


"Siapa yang kau lukis ni?", wani akan bertanya.

So, before dia tanye.
aku nak cakap ini sketch drawing mak and abah.

"Happy Anniversary!!"

p.s: kami sayang kamu berdua laju-laju! LOL


Friday, May 6, 2011

Thursday, May 5, 2011

Salah Maxis ke ape ni?


sms received..
"aku tunggu ko kul6 pagi
esok kat bawah rumah ko"

ah sudah sapa lak ni
ah ignore je la..

beberapa bulan kemudian..

sms received..
"aku kat jambatan lagi
malam ni je la kite kluar"

sms replied..
"oh ok, ko terjun la dulu ye"

keesokan harinya..
incoming call~
[away, so the call been ignored]

eh ade miskal..

sms sending..
"nak ape lagi?"

sms received..
"malam tadi tak jadik,
malam ni je la kita kluar"

ah gila betul la orang ni..

sms replied..
"ko ni tak pernah rasa yang
ko dah tersalah message orang ke?"

sms received..
"eh ye ke~ ni num sape?"

sms replied..
"ni num rumah orang-orang tua"

sms received..
"la ye ke.. rumah orang-orang
tua dekat mane?"

sms replied..
"rumah orang-orang tua dekat
taman dato onn Tapah"

sms received..
"ade orang tua je ke kt situ?"

sms replied..
"apsal? ko nak daftar masuk sini ke?"

sms masuk..
"ko dah daftar blom?"

wah apekah!
sakit jiwa kalau dilayankan

so pullstop~

Wednesday, May 4, 2011

Milik siapakah selipar itu?

Kejadian yang agak menakutkan dan kelakar pun ada
dipercayai ada orang masuk dalam pagar rumah
dan setelah dikenalpasti barang hilang
hanyalah kasut kerja abah..

abah: apsal kasut tu gak nak amik, bukan mahal pun..

dan part kelakarnya
dia tinggalkan selipar dia
jeng jeng..


inilah dia selipar yang dipercayai
milik si pencuri
waktu kecurian mungkin betul2 before subuh
selipar ni masa mak nampak pagi2 tu
masih basah [hujan kan malam]

mak: ko tido kul bape malam tadi?

me: lepas subuh..

mak: dengar bunyi alarm rumah sebelah?

harini mak pening kepala sebab memikirkan menda ni
risau, takut, berdebar, musykil..
semua ada..

oh harap2 si pencuri kasut ni tak datang balik..
grrrrr~