Thursday, July 29, 2010

Itik dan Ayam cuba berbual..


Cik Itek: Quark Quark Quark~!

Cik Ayem: Pork Pork Pork~!

----------------------------

Bukan cerita itu, tapi ini..

Miss A: Tinggal di mana?

Miss B: Kajang..

Miss A: Sama.

Miss B: Kawasan mana?

Miss A: Sabakat adah

Miss B: Huh??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tuesday, July 27, 2010

I Dreamed a Dream


I Dreamed a Dream by Susan Boyle/Glee

I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

Then I was young and unafraid
And dreams were made and used and wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung, no wine untasted

But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they turn your hope apart
As they turn your dreams to shame

And still I dream he’d come to me
That we would live the years together
But there are dreams that cannot be
And there are storms we cannot weather

I had a dream my life would be
So different from the hell I’m living
So different now from what it seemed
Now life has killed the dream I dreamed

Friday, July 23, 2010

I want to challenge

Teringat yang wanie pernah ajak aku join Explorace Malaysia. Teringin nak challenge diri sendiri. Even tak menang pun tak kesah. Janji pernah take part in the competition.

So, tetibe malam ni.. Terserempak dengan ini..



Maka dengan itu, aku pun terdetik untuk join. Senang je pun nak join dia. Mula-mula sign-up. Isi-kan information sedikit. Kemudian, daripada top 15 dream job yang dorg dah list-kan tu, pilih 3 sahaja. Then submit. Lepas ni kalau bernasib baik, nama akan di shortlistkan. Pergh, berdebar rasa. Huhu.

Top 15 Dream Jobs:


Apa aku pilih? Hehe. Sungguh sayang tak ada Fashion Designer or Novelist dalam list. Tapi masih ade my dream job didalam top 15 tu. So 3 pilihan aku adalah:


Thursday, July 22, 2010

Kesah si LOGO hijau-kuning

Warning: Kesah ini membusankan dan sungguh panjang kesah ceritanya. Saya tidak menggalakkan anda untuk membaca. Tapi kalau anda dapat membaca sehingga kehabisan cerita, sila comment ye. Teringin jugak nak tengok orang yang tekun kat blog haku ni. Terima Kasih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

4 bulan sebelumnya..

"Si logo hijau-kuning bukak post IT officer", Abah cuba meng-inform. Aku sekadar mendengar. "Kau cuba lah, seminggu je dia bukak", Abah meng-suggest. Aku memandang Abah dengan kurang yakin akan niatnya. "Cuba je". Aku memandang Emak dengan pandangan perlu-ke-aku-apply. "Cuba je la, manalah tau kan". "Huh~ Ye la".


Seminggu selepas..

"Hari ni last day, dah apply?". Terkedek-kedek aku berlari ke laptop untuk meng-apply. Wani disebelah menjadi saksi.


"Tamat darjah 6. Ya. Tamat tingkatan 3. Tidak. Next. Alamak SPM, camno ni wani?". "Pilih lain-lain", Wani cuba membantu. "Damn. Kena isi gak Bahasa Melayu. Boleh tak aku letak A+ untuk Bahasa Melayu aku?".


Aku tak berani pulak nak menipu. Ah lantak lah, aku apply ni pun sekadar nak puaskan hati Abah. Atleast aku apply kan. So, aku kosongkan ruangan SPM. Next. Akademi Tinggi. Dengan kerajinan aku mengisi. Next. Pengalaman. Dengan kerajinan juga aku mengisi. Next. Kemahiran. Ah penat sudah aku, tiga cukuplah. Next. Bahasa. Nasib baik drop down button jek. Next. Kegiatan Luar. Malas, biar je la kosong. Next. Pencapaian. Apakah ini, susahnya untuk aku nak pikir. Ah biarkan jela. Next. Objektif. Apa yang akan anda sumbangkan kepada kejayaan si Logo hijau-kuning. 500 patah perkataan. Saya sumbangkan suara yang sumbang, boleh? Ah, lantak kau. Next. Rujukan. Siapa? Ah biar je la kosong. Next. Lampiran Sijil-sijil. Alamak, sumer jpeg sijil dalam external. Malas la pulak. Biarkan jela.

Maka dengan itu. Button ini di tekan dengan yakinnya.


Terkedek-kedek aku menuruni anak tangga dengan muka lega. "Dah apply?", Abah memandang. "Sudah~". "Kau apply sebab abah suruh ke? Macam terpaksa je", Abah seakan memerli. "Ofcoss~", Aku sungguh berterus terang.


Seminggu kemudian..

"Dorang kata yang apply position tu ada sampai seribu lebih", Abah meng-update aku dengan gosip terkini. Aku buat muka terkejut. "Dorang kata ramai foflat". Aku mengangguk. "Kalau kau tak dapat temuduga pun tak apa la kan". "Tak mengharap pun", Aku tersenyum.


13 July 2010

Apakah ini?


Dengan minda yang agak bijaksana, aku cuba check dekat website. Ini biar kebenaran~ [pergh! terserlah bahasa melayu tonggang-langgang]


Dengan minda yang terasa ini hanya mainan semata, aku biarkan.


14 July 2010

+603######## calling~

Dengan minda yang kurang sedar, aku terangkat call itu. "Salam, cik SNH". "Ye". "Ada dapat email?". "Email?". "Ye email~". Email apa pulak ni. Aku tunggu email dari si Gunting-gunting tu ade lar. "Email surat panggilan bla bla bla bla". Ini memang betul. Aku fikir cubaan.

Macam mana aku boleh layak untuk temuduga? Soklan pertama aku. Dorang pilih based on apa? Soklan kedua aku. Dorang pilih sebab Abah ke? Soklan ketiga. Borang permohonan aku isi pun cincai, apa yang dorang nampak kat borang aku? Soklan keempat. Bukan kena ade SPM ke? Soklan kelima. Apsal aku baru sedar lagu yang aku dengar ni dah diulang berkali-kali? Saje nak cukupkan enam soklan.

Aku decide untuk rahsiakan dari Abah. Tapi tak sampai hati. "Orang dapat interbiu dari si Logo hijau-kuning". "Siapa?". "Iye aku lar". "Abah ingat dia tak laku ke?", Wani cuba membusy-body. "Betul ke?". Angguk-angguk. "Macam mana pulak boleh dapat interbiu?". Geleng-geleng.


20 July 2010

Memandang dengan penuh sopan CD dan template tentang si Logo hijau-kuning. Abah yang bagi tempoh hari sebagai preparation. Semangat-nya Abah. Sedangkan aku, terasa macam ini masih cubaan. CD dan template tersadai di sofa tanpa ada niat untuk membelek. "Nanti masuk-masuk bilik interbiu, bla bla bla bla". Selepas mendapat tips bertubi-tubi dari pakar peng-interbiu, aku terasa macam over-well-prepared. "Kena pakai baju kurung ke?". Aku memandang Emak. "Tak kesahlah, janji sopan", Abah jawab ringkas. "Mestilah baju kurung", Emak cuba meng-suggest. "Oh tidak~ Orang nak pakai seluar". Emak buat muka hampa. "Seluar pun boleh, janji sopan. Tak dapat kerja pun tak apa. Tapi biar orang tau anak Abah ni budi pekerti-nya tinggi". Wah, dasyat harapan Abah-ku.


21 July 2010

Tanpa segan-silu dan tidak menghampakan Emak, aku pilih memakai baju kurung. Okay pulak pakai baju kurung, nampak kurus. I loike. Sungguh tak pasal-pasal harini aku bangun seawal jam 6 pagi. Dengan semangat yang so-far-sugus ini, aku melangkah ke tempat interbiu. Teringat kata-kata Abah semalam. "Jangan terkejut, luar je nampak macam setinggan, dalam macam kondo". Memang betul pun, macam office kat KLCC wa-cakap-sama-lu. Tapi aku dapat control tahap kejakunan aku. Sambil tu usha-usha candidate lain. Aiseyman, sumer tahap serius kinabatangan. Ada jugak terniat nak tarik diri. Tapi membayangkan muka Abah yang sure-sure menantikan cerita aku, aku gagahkan diri.

Yang interbiu bukan calang-man. Sumer keturunan 2D. Hati masih maintain. Tangan masih di-tahap gunung berapi tak aktif. Sambil tu borak-borak la dengan candidate lain. 15 orang sepatutnya. Tapi yang datang 11 orang je. Sedang berborak, datang seseorang yang ala-ala keturunan 2D ke-arah kitorg. "Semua ni interbiu ke?". Yang rajin jawab, "Ya". Yang malas sekadar mengganguk. Yang lebih malas, hanya sekadar melihat. "Saya lah yang akan interbiu kamu semua".

Kata dia, "Yang apply job ni ada dalam 1500". Kata dia lagi, "Pening kepala saya nak carik yang terbaik". Dia kata lagi, "Kiranya awak sumer yang 15 orang ni memang diantara yang beruntung la". Aku cuba merasa detik keuntungan. Tak sampai feeling. Dia kata lagi, "Saya mencari yang terbaik diantara kamu semua". Semua terdiam. "Dekat dalam nanti, tolonglah bercakap. Dont silent. Kamu kena tahu tentang si Logo hijau-kuning, p3rtan1an, Melesia. Semua tu kami akan tanya". Semua masih terdiam. "Okay selamat maju jaya semua". Semua masih juga terdiam.

Boing. Buzzer dibunyikan. Candidate pertama masuk. 10 minit kemudian, candidate pertama keluar. "Sekejapnya". Itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut kitorg yang menunggu di luar. Boing. Candidate kedua masuk. Boing. Boing. Boing. Hati berdebar. Tangan menggeletar pakinson. Boing.

Tok tok. Pintu diketuk sopan. "Assalamualaikum". 5 panel berderet. "Waalaikumusalam, masuk-masuk. Silakan duduk". "Terima kasih". Tahap tak ingat punya sopan santun diterapkan. Interbiu pun bermula. Soklan pun ditujukan.

"Lahir di kajang?". "***". "Sudah bekerja?". "Masih belaja?". "Belaja? Bachelor?". "Master~". "Bidang?". "Computer Science". "Berapa tahun dah?". "Semester akhir... Insya-Allah~". "Thesis dah siap?". "***". "Okay itu je soklan dari saya. Silakan bahagian teknikal". "Awak ni... gagal bahasa melayu ke?". Aku terkesima. Manalah mereka dapat idea aku gagal bahasa melayu ni. "Sebenarnye saya tak ambik SPM". "Abistu awak ambik apa?". "***". "Dekat mana awak ambik?". "Oversea". "Gi oversea sebab ayah kena kerja sane ke?". Aku mengganguk. "Ayah kerja apa?". "Si Logo hijau-kuning la". "HUH~". Semua terkejut. Mata semua pandang aku. Kecuali seorang perempuan dihujung kiri. "Siapa?". "***". "Patut pun la". Aku tersenyum. "Tapi kamu tak ada SPM. Kalau nak kerja kerajaan, kena atleast ade SPM bahasa melayu". "Saya tak pernah minta kerja kerajaan before ni". "So macam mana, tak ada SPM ni?". "Kalau dapat kerja ni, nanti saya ambik la SPM bahasa melayu, apa susah~". "Eh mana boleh~ Kena ambik dulu". Aku sekadar senyum. "Ayah awak tak pernah suruh ambik SPM ke? Ayah awak bukan kerja kerajaan ke?". Belum sempat aku menjawab. "Kan dia dah cakap tadi ayah dia encik ***". "Ada apa-apa soklan teknikal tak?". "Sejauh mana kamu tahu tentang web-based?". Web-based? Itu memanglah kepakaran aku. So, aku pun jawab. "********". Dan mereka pun mulalah tanya soalan yang aku rasa annoying gila.

| Diatas budi bicara dan kerjasama tuan pnye blog, temubual seterusnya dirahsiakan |
~padahal dah penah taip

"Kalau macam tu, itu sahaja. Terima kasih cik SNH". "Sama-sama". "Kalau macam tu, kita pulang balik resume kamu. Kamu DISQUALIFIED, sebab tak ada SPM". Aku terkesima untuk masa sesaat. Untuk sesaat aku terasa MALAYSIA bukan negara aku. Lalu aku menjawab dengan tenangnya. "Oh saya pun sebenarnya datang sekadar nak dapat pengalaman temuduga kerajaan je. Terima kasih lah". Aku keluar dari bilik. Menuju pergi ke candidate terakhir dan wish her Good Luck and Good Bye.

Aku menuruni anak tangga. Langkah aku ter-berhenti didepan aquarium-multimedia yang Abah sebut-sebut semalam. Abah kata kalau pijak atas aquarium tu, akan keluar bunyi air splash. Lalu aku, pijak pijak pijak pijak dan pijak. Dah macam gaya manusia nak bunuh cicak je gaya aku. Splash splash splash splash splash. Annoying gak bunyi. Nasib baik kat kaunter pertanyaan tak ada manusia. Fuh~ Aku tarik nafas lega. Harap-harap jangan ada camera yang meng-rekod.

Sekian.

p.s: Lepas hajat nak rasa interbiu dengan kerajaan. TERIMA KASIH MALAYSIA~

Monday, July 12, 2010

Why it is so difficult?

Masihkah kau ingat entri ku tentang Gunting, Kertas dan Pisau. Ini adalah sambungan-nya.

Tatkala menunggu Gunting-gunting membalas sepakan aku. Aku jadi buntu. Aku pun mendecide untuk pergi ke kedai dan mencari any lembaran iklan yang memerlukan tali sebagai reben. Adalah aku jumpa dua-tiga iklan. Aku pun dengan sepantas kilat menyepak mereka. Sehari aku tunggu tanpa balasan sepakan. Aku jadi tak sabar. Aku resend semula sepakan itu. Akhirnya ada satu gunting yang membalas. Gunting itu berkata "Saya sudah reply sepakan saudari". Tapi aku check bagai nak gila, tak ada pun sepakan aku terima. Sambil berkata dalam hati, "Nasib baik aku resend semula sepakan. Kalau tidak, sampai ke kiamat aku tunggu". Gunting itu kata dia ada kertas untuk aku, dan kami pun set appointment untuk berjumpa. Aku terasa dia-lah gunting yang selama ini aku tunggu. Untuk sesaat, aku bersyukur.

Hari ini adalah appointment diantara gunting dan aku. Aku datang setengah jam awal. Good reputation-lah konon. Ada seutas tali pun tengah tunggu gunting yang sama. Setengah jam kemudian, tali tu give-up dan balik. Aku bersabar. Sejam kemudian, kelihatan tiada kelibat gunting. Aku terdiam kaku. Buntu. Aku koyakkan buku notaku dan menulis nota cinta buat gunting. Aku berikan kepada adik comel di kaunter supaya adik comel boleh beri kepada gunting. Aku balik ke rumah dengan hampa. Aku menangis macam masa aku kecik tak dapat beli barbie.

Keywords:
gunting = lecturer
tali = student
kertas = tajuk
pisau = supervisor
sepak = email
kedai = fakulti
reben = Research Assistant

Kenapa-lah susah sangat untuk aku? Kenapa aku tengok akak-akak tu senang je nak dapat kertas. Apa yang aku silap?

Ya Allah, aku memohon dengan sebenar-benar permohonan [boleh pulak macam ni ek?], kalau betullah master adalah jalan terbaek buat aku, permudahkan perjalanan aku Ya Allah~

I donno my future..
I'm not a good predictor..
I'm not also a good motivator..
I can give up and I can surrender..
but the question is Bila hari nak kiamat ni?
[tak de kena mengena]

p.s: tiba-tiba terfikir nak minta pertolongan Paul the octopus

Sunday, July 11, 2010

We're Brothers And Sisters


We're Brothers And Sisters Lyrics - Genius Aulad Talents

It’s Friday today
we pray in mosques in line together
it’s month of ramadhan
we’re fasting in hunger together

no matter how great we are
the Earth is just a tiny space
we are made of Earth
and we’ll return back to Earth

looking at the moon
we celebrate the Eid together
looking at Fajar
we wake up for Subuh together

no matter how rich we are
the Earth is just a tiny space
we just come in one piece
in one piece we shall be back

*(chorus)
we are brothers, we are sisters
facing one qiblah, we should feel for one another
share the fear and hope (tears and joy)
in this small world we share (live)
we are brothers and sisters
lend your hand together (help the world together)

alif, ba and ta, we learn al-Quran together
Allahhu Akbar, we raise our hands takbir together
no matter how smart we are, the Earth is just a tiny space
born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds

*(chorus)

alif, ba and ta, we learn al-Quran together
Allahhu Akbar, we raise our hands takbir together
no matter smart we are, the Earth is just a tiny space
born like white cloth, cloth then dyed with sins and deeds

*(chorus, repeat two times)

p.s: feel together and belong

Saturday, July 10, 2010

Sekadar Rutin

Apa terjadi harini?
Abah pergi sabah, outstation. Wanie pulak pergi Bandung, holiday. So, aku tinggal berdua dengan Mak.

Apa kami lakukan harini?
Pergi mydin. Makan kfc. Karaoke puas-puas. Aku dengar suara sumbang 'katak-bentung' mak dan mak dengar sore merdu 'Siti-tercekik-tulang-ikan-paus' aku. Lagu on top list adalah lagu Shahir. Lagu feveret mak, aku tak leh nak buat gapo. Terpaksa ikutkan nafsu dia. Ahaha.

Apa rutin esok?
Mak 11am to 1pm ada kenduri yasin. Aku? Kemungkinan masih belum bangun. So, mak sendiri tak galakkan aku ikut. Lepas tu, mungkin kami akan jalan-jalan mencari pasal. Aku pandang mak. Mak pandang aku. Kemudian aku akan bertanya, "Mak nak makan?". Lalalalala~

Friday, July 2, 2010

White Flag

Good news: Yeah, dapat makan ice-cream. Wanie belanja famous amos. Thanks. Yummie.

Bad news: Tak semua orang tahu. Tapi ini adalah kebenarannya.

"Aku masih belum start thesis aku."


Aku tak ada pisau!! Tak ada siapa mahu jadi pisau aku. Gunting yang bagi aku kertas before ni, aku ingatkan dia akan jadi pisau aku. Tapi aku silap. Gunting itu ingat aku sudah ade pisau sendiri. Dan gunting itu sudah pun ada banyak tali under dia. Gunting sudah tidak mahu tali lagi. So, aku dengan desperatenya mencari gunting yang lain. Aku sepak gunting yang aku rasa available. Ada lah dalam 5-6 gunting aku sepak. Aku menunggu. Dan terus menunggu. Menunggu balasan sepak dari gunting-gunting. Tapi ternyata hampa. Tiada sepak. Tak cukup 5-6 ke? Takkan nak sepak semua gunting kt u** tu~ Balas lah sepak aku!! Aku merayu.

Keywords:
gunting = lecturer
tali = student
kertas = tajuk
pisau = supervisor
sepak = email

Sekarang ini semangat agak down. Bad side of me said "Quit~". Good side of me said "You can do it~". Tapi dengan keadaan aku sekarang ni, aku tawakal. Aku tahu aku tak akan quit. Dan aku tahu aku akan tamat kan riwayat master aku dengan gemilangnya. Aku sudah pun half the journey. But now, I'm down~

Still find a target~


Die!! Die!! Die!!

p.s: Kenapa buat research thesis perlukan supervisor? Tak boleh ke student buat sendiri?

Thursday, July 1, 2010

Saya mahu aiskrim

Apa akan jadi bila aku takut?

Aku akan jatuh..

Bila aku jatuh, aku akan terluka

Bila aku terluka, aku akan bersendiri

Bila aku bersendiri, aku akan sunyi

Bila aku sunyi, aku akan emo

Bila aku emo, aku akan sensitip

Bila aku sensitip, aku akan marah

Bila aku marah, aku akan nangis

Bila aku nangis, aku tak nampak

Bila tak nampak, aku akan jatuh

errr, saya mahu aiskrim..


yummy!!

p.s: aku juga manusia biasa