Thursday, June 30, 2011

Wednesday, June 29, 2011

How I draw?

okay ini adelah step-step
yang aku gunakan untuk
melukis menggunakan Paint:

1) apa title post yang aku nak create.
contohnya tajuk:
"korek hidung mengekalkan
tahap kesihatan yang maxima"

2) lepas dah buat title, aku bukak Paint.
tangan kanan erat memegangkan Mouse.
dan jari-jari di tangan kiri ready
dengan button Ctrl-Z untuk undo.

3) then aku imagine apa yang hendak dilukis.
"imagination is important"
kalau rasa-rasa tak boleh nak bayangkan,
gunakan khidmat google dan
dapatkan contoh-contoh gambar sebagai inspirasi.

4) so firstly kena lukis hidung.
abaikan kalau lukisan nampak lebih kepada
kaki gajah berbanding hidung..



5) kemudian lukis jari yang cuba
untuk mengorek hidung.



6) then drag jari tadi kedalam hidung..



7) then lukis sepasang mata dan juga mulut..



8) kemudian lukis muka dan rambut..



9) colourkan dengan colour yang sesuai ikut citarasa..



10) then colourkan background..



11) dan jangan lupa save~ siap dah..


p.s: Selamat Melukis!!

Tuesday, June 28, 2011

Cara terbaru aku di Blog..

tahukah anda gambar lebih meninggalkan kesan berbanding perkataan. gambar juga lebih mudah dan cepat difahami berbanding perkataan. tu pada pendapat aku la. kalau orang tu suka membaca, mungkin word will be more effective than picture. tapi ni cara aku yang terbaru dengan melukis.

ada yang tanya..

"gambar-gambar tu ko lukis ke?"

"yela kalau dah buruk camtu"

"ah tipulah!"

"erk"


ada gak yang tanye..

"kenapa tetibe ko lukis2 ni?"


ada gak yang..

"weh ko lukis gune ape??"


tak kurang gak ade yang..

"weh ajar aku melukis weh!!"


macam-macam kan. reason aku melukis sama dengan reason kenapa 11 tahun dulu aku sanggup korbankan sarung bantal aku untuk dijadikkan sehelai seluar [#TrueStory]. semuanya adalah kerana aku tak jumpa apa yang aku cari. hehe. masuk akal tak?


aku pulak memang budak IT yang kolot.
aku lukis guna Paint dan Mouse je.


oh serius terasa malu untuk menyatakan yang aku menggunakan Paint untuk melukis. tapi aku tak reti guna software yang terlalu canggih seperti Photoshop.

ajar melukis? hurm. next post la pulak.. hehe

Monday, June 27, 2011

The cuppy-cake on Sunday

inilah yang terjadi bila kami ditinggalkan dirumah dan perut kami lapar. then, apip suggest untuk buat cupcake. tanpa berbekalkan sebarang ilmu, confident giler tak tengok menu. dengan diberi masa sejam macam ala-ala competition masterchef. aku decide untuk buat chocolate chip cupcake. and apip dengan idea gilanya mau bikin grape vanilla cupcake.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




----- Our cupcakes -----


*chocolate chip cupcake*

and

*grape vanilla cupcake*


review:
dari segi penampilan, apip punye cupcake is
more acceptable as a cupcake.
but dari segi rasa, I'm the winner!!
haha [melayu mudah riak]

Sunday, June 26, 2011

Apa kejadah yang aku bikin dekat Batu Pahat?

bertolak dari kajang je jam 6.15 petang. then bila drive dengan hemahnya, dan berhenti dua kali untuk isi minyak, pam tayar and sembahyang, maka kami sampai dekat exit tol tangkak jam 8.20 malam. then tunggu Cik Murni datang dari Jasin untuk amik chocolate and mini ketupat yang dia order.



then borak-borak sampai tak ingat masa, nyamuk dah mula gigit satu badan. jam 9.50 malam kami bertolak ke kampung. sampai kampung jam 11.55 malam. terlalu penat untuk berfikir. so tidur je la malam tu. keesokkan harinya baru lah kami buat jualan amal dekat depan rumah.



signboard cantik!! aku yang buat!! haha [melayu mudah riak].. then mak suruh aku pergi minyak beku amik budak gemok dekat bawah ni.




well, minyak beku dah cantik. tak malu lah kalau nak bawak member jalan-jalan dekat situ. lepas puas main air laut and berphotoshoot dekat minyak beku, aku teringin nak pergi sekolah rendah aku. dengan berbekalkan memori 13 tahun lalu, aku redah je jalan nak pergi sekolah. oh hebat aku sebab boleh sampai. tetibe sayu sebab mengimbau masa lampau. ಥ_ಥ


then kitorang teringin pulok nak pergi Tasik Y. kenapa dipanggil Tasik Y? sebab dekat taman ni ade tasik yang berbentuk Y. again... sayu jugak sebab teringat masa lampau masa kecik-kecik main dekat taman ni. ಥ_ಥ




lepas dah puas main dekat taman, barulah kitorang balik. then sambung balik buat aktiviti amal. lepas tutup jualan, kitorang main getah. game zero point. tau? ye tu game otai orang dulu-dulu. budak sekarang dah tak tau game camtu. ಥ_ಥ

aktiviti hari esok pulak. aku tolong buat kuih-muih untuk dijual dekat kantin sekolah. aku buat kuih keria and cucur badak. hebatnye aku? haha. tukang gentel jek. then sambung jualan amal. ini first time aku join jualan amal. and seronok sangat. pengalaman baru. walaupun ada masanya aku gelabah bila ditinggalkan sorang-sorang untuk jaga dan orang kampung datang bertalu-talu. hehe. (✿◠‿◠)

p.s: to see more photo, go here

Tuesday, June 21, 2011

Monday, June 20, 2011

Fakta tentang Kura-Kura


Adakah anda tahu
kura-kura boleh bernafas menerusi bontotnya..

and Now aku curious
adakah kura-kura juga boleh kentut melalui mulutnya?

Friday, June 17, 2011

Sebab apa Perigi cari Timba?

sebab Timba tak reti cari Perigi..


"kalau aku kata aku suka dekat kau..
kau boleh terima tak?"
*statement berani mati


Tuesday, June 14, 2011

Its all about the HANDs..

new look. hoyeah!


Monday, June 13, 2011

kenapa kebanyakan PEREMPUAN choose this option?

Good news today:
saya sudah tidak EMO lagi.
kali ini bukan main-main tapi serius betul.

warning:
post kali ini takde kene mengene dengan aku atau dengan orang sekeliling. hanya sekadar berkongsi. kalau ade yang terase atau nak makan hati tu aku harap maaf seribu kali.


okay cerita dah nak start. bace betul-betul sebab cerita ni takkan diulangi kat post akan datang. itu hari aku ade terbace kat satu blog manusia ni. dia tulis tentang "Kenapa Lelaki Kahwin Lambat?"

dan macam biaselah. point-point nye hanya menyalahkan pihak perempuan. tapi aku bukan nak post tentang "Kenapa Perempuan Suke Letak Harga Diri Mahal Sangat?". tapi aku nak post tentang sesuatu yang lebih realistik dan logik.

*******

"Kenapa Perempuan Ramai Yang Tak Kahwin?"

yes. seperti yang kita semua tau la kan. nisbah perempuan : lelaki = 4 : 1.

kalau fikir secara logik akal, probability untuk dalam satu kelompok kawan of 4 orang, yang hanya akan kahwin sorang adelah normal dan logik. kalau dalam kelompok kawan korang yang 4 orang tu sumernye kahwin, korang kena fikir mesti ade 3 kelompok kawan of 4 orang yang sumernye tak kahwin. logik kan? ke korang tak paham?

so possibility untuk perempuan kahwin suami orang pun adelah sangat-sangat logik. jangan salahkan perempuan tu kalau tak reti carik lelaki bujang sebab kita semua pun tau lelaki bukannya cukup pun. so untuk mengelakkan suami kau kahwin lebih dari satu, jangan tambahkan tension kawan anda yang single dengan bertanyakan soalan, "Kau ni bile weh nak kahwin?". tetibe teringat kisah saleh yaakob kahwin empat. hahaha. bengong. mak aku kata, "apsal la orang yang tak berkaitan nak bising-bising. dah kira untung perempuan tu tak kahwin dengan laki kau". betul kan? logik kan?

lelaki pulak terbahagi kepada tiga kategori:
1) lelaki tulen
2) Nyah@Pondan
3) Gay

okay bayangkan. dunia ni ade 1 juta penduduk. masih ingat nisbah 4:1? so 200 ribu lelaki dan 800 ribu wanita. logik untuk 4 orang wanita berebutkan seorang lelaki. untung nye lelaki kan. then bayangkan pulak, dari 200 ribu lelaki tu terbahagi kepada 3 kategori diatas ini. so purata hanya tinggal lebih kurang 67 ribu je lelaki yang tulen. okay sekarang nisbah bukan 4:1 lagi tapi dah jadik 11:1. eventhough kalau semua lelaki tulen dalam dunia ni kahwin empat pun. masih ade perempuan yang tak kahwin.

okay aku tetibe terasa macam bias
sebab perempuan pun ade kategori jugak iaitu:
1) Perempuan Tulen
2) Pengkid
3) Lesbian

bila dah tolak tambah. nisbah dah back to asal iaitu 4:1. tapi still masih ade perempuan yang tak kahwin sebab mana ade perempuan yang sanggup berkongsi kasih suami dengan perempuan lain. ye tak?

sebab tu lah kebanyakkan perempuan masa kini memilih option 'tak kahwin' untuk mengelakkan makcik-makcik atau jiran sebelah rumah yang kepochi mengumpat pasal mereka rampas suami orang. senang kate kan, kalau tak kahwin pun orang mengata, kalau kahwin pun orang mengata. manusia kan memang macam tu. ye tak?

tapi siapa yang kata golongan wanita ni tak nak berkahwin memang tak patut la kan. untuk korang yang dah kahwin tu, jaga suami elok-elok sebab korang diantara 1 dalam 4 orang yang dianggap beruntung sebab berkahwin.

p.s: tak boleh ke nisbah perempuan : lelaki = 1 : 1 ????


Friday, June 10, 2011

Apa ubat untuk EMO??

EMO terganggu sejak 5 hari lalu


athy tanye..

"weh ko emo lagi tak?"

"dah tak kot.. penat lah nak emo
aku dah boleh terime kenyataan"

"ala dah takde geng"

"tak abis lagi ke"

"aku masih emo dowh"

"haha"

"aku rase kalau ko pulak kahwin kan
berkurun-kurun kot emo aku tak hilang"

mulut cakap tak EMO
tapi hati je tau betapa EMO masih ade..


kalaulah EMO tu boleh dimakan
kan senang, makan jek EMO hilang..



kan bagus kalau EMO itu boleh dibasuh
bile kering je EMO pun dah takde..



dan lebih bagus kalau ade ubat EMO
macam spray ubat nyamuk tu..
spray jek, EMO pun terhapus..



Thursday, June 9, 2011

Labi labi~ Apa lah nasib!

harini dengan secara rasminya, bisnes amal kitorang akan dijalankan. mak and apip bertolak dari rumah ke jasin melaka, dalam pukul 9. ikutkan hati memang nak ikut, yelah dah penat-penat aku tolong mak dari awal-awal. end-up tibe part yang paling best iaitu menjual, aku tak dapat join. sedih tapi tak tunjuk sebab masih mengantuk.

"kalau settle harini, mak balik malam ni gak.."

"erm.. ye ler! benci tau!"

"abistu nak buat camne, kena seorang stay
dekat rumah, abah balik tengahari nanti.."

"ye ler ye ler~"

"masak tau..
abah balik dalam kul1, tidur tu jangan
sampai terlajak.. nanti abah balik
takde makanan tengahari"

"ye tau ler"

-----------------------------------------------

- Menu Hari Ini -


kacang panjang goreng.. TERmasin + pedas giler!


ayam goreng berempah resepi pakai campak


dan nasi goreng telur

aku masak sikit je sebab sekadar untuk abah makan. aku pulak memang malas nak makan. lepas masak aku kemas-kemas dapur. then sapu dapur. gila rajin entah kenapa. padahal dalam kepala hotak ni ngantuk sebab tidur sekejap je lepas subuh tadi.

then kul 12.55 abah call..