Monday, December 28, 2009

Famili Day 2009



Balik kampong awal2 lagi 23 Dec 2009 sebab nak gotong-royong.

This is what we do..







Komen saya: Penattt~~!!

Start famili day dari 25 Dec 2009:
Malam tu dah mula buat bacaan Yassin dan doa selamat.. Lepas makan tu, setiap famili kena fikir nama setiap kumpulan. Macam-macam nama yang kuar.. Malam tu masing-masing rileks lagi. Tapi dah kena warning esok kena bangun awal sebab ade senaman aerobik.

26 Dec 2009
Se-awal 6pagi bangun, pergh~ aerobik sejam, masing-masing dengan sempoi ikut jek, bagus anak murid.. hehehe.. Lepas aerobik, setiap keluarga kena perkenalkan kumpulan masing-masing dengan gaya tersendiri..





Aktiviti bermula dan berjalan dengan lancar, cuma ada sedikit kegeraman sebab tak dapat kerjasama.. Tapi Alhamdulilah, sepanjang hari tu hujan takde tunjuk tanda-tanda nak turun, walaupun 3 hari before tu hujan turun dengan lebat.

Selepas penat-penat dipadang pada petang tu, malam pulak ada pertandingan karaoke. Cukup bagus sebab sumer kumpulan tampilkan wakil. hahaha..


.: Kami dipaksa menyanyikan lagu "Ayah dan Ibu" :.

27 Dec 2009
Disebabkan semalam sudah main kepenatan, harini sumer terlajak tidur, gelabah sumer bangun dah nak dekat pukul7.. Start dengan aerobik seperti biase. Then main aktiviti-aktiviti indoor yang tak berapa nak berat. Tapi yang paling best pertandingan "Siapa Lebih Bagus?", sempoi semua~ ahaha..

Lepas dah penat main, makan BBQ pulak~ ikan keli wooo~ sedapp~~!! Tepat-tepat habis makan, hujan terus turun dengan lebat. Memang betul-betul syukur la, sebab majlis pun dah nak abis.

Then, semua mandi-mandi wangikan diri. Lepastu semua berkumpul kat dalam rumah. Main kotak beracun pulak. Berdebar dorang kate main kotak beracun ni. Memang beracun la~ ahaha.. Setiap orang mesti kena, tak boleh terlepas punye lah. Penat aku fikir idea untuk kotak beracun ni, 60 idea tu~ kopak kepala hotak aku..

Lepas dah gelak-gelak pecah perut sebab kotak beracun, tiba lah masa penyampaian hadiah. Kira markah tengok siapa Juara.





p.s: Saya sangat Happy~ Anda bagaimana?
err~ ade aku kesah? ahaks~


Tuesday, December 22, 2009

Aku cuba..

[Coretan yang agak skema, harap layan je ye]

Malam tu before aku tidur, aku baca message dari Niza. Mak Niza masuk ICU. Aku yang terlalu ngantuk, terus layan tidur.

Then, aku mimpi..

Di suatu kawasan perumahan, aku jalan setiap selekoh. Jalan dan rumah semua kosong tanpa penghuni. Tiba-tiba di penghujung jalan, di hadapan sebuah rumah, aku nampak Niza duduk di bangku. Aku jalan dalam speed yang agak laju menuju ke Niza. Niza tunduk kesedihan.

Me: Niza kau ok?

Niza: uhukk uhukk... [nangis teresak-esak]

Me: kau ok ke?

Niza: tepi la kau... [Niza tolak aku]

Aku terus terjaga dari mimpi. Mimpi yang agak pelik. Kelakuan Niza yang bukan dirinya. Aku terus mandi disebabkan bangun pun dah agak lambat. Teringat akan janji untuk pergi karaoke dengan Tinie and Sarah.

Me: "weh korang~~ aku baru bangun~~~" [nada bersalah]

Tinie: "ahaha takper, aku pun baru bangun. Sarah je bangun awal."

Me: "cepat siap!!"

Tinie&Sarah: "okay~"

Lepas message Tinie, aku terus bace message inbox dari Niza.

Niza: "Mak aku dah xde"

Me: Inalilah.......... [terkesima]

Aku terkesima sebab lambat feedback. Aku terbayang keadaan Niza. Dengan gelabah semua orang aku message. Mai and Aisah plan nak pergi lawat Jumaat ni. Athy pulak dekat Kuantan cuti dua minggu. Aku terpinga-pinga. Tak tahu apa patut buat. Terfikir tentang mimpi Niza tolak macam tak perlukan aku. Orang kata, mimpi selalunya sebaliknya. So, aku dengan suka hati mentafsir that "She needs me" [wah aku sungguh perasan]. Then, aku terpikir Sarah and Tinie. Alang-alang dah plan nak keluar ni, aku ajak dorang gi Melaka. Lagipun, aku tak boleh nak join dorg lawat Jumaat ni sebab esok rabu aku dah nak balik kampong. Dengan nekadnya kitorg bertiga redah Melaka.

"Sorry ye Mas, kitorg bukan tak consider kau.. Tapi kau kena paham situasi kitorg.. Situasi dimana kitorg tak bekerja dan kitorg sepatutnya ada masa untuk pergi tengok Niza pada masa tu jugak"

Dengan bantuan Aisah and Niza, aku sampai kat rumah Niza buat pertama kalinya. Nampak Niza dari jauh, aku dah sayu je. Teringat mimpi tadi, Niza tolak aku. Tiba-tiba dada aku berkocak kencang. Sampai dekat dengan Niza, Niza dakap aku sambil nangis teresak-esak. Aku pantang orang nangis, aku cepat memahami. Aku pun turut nangis.

Niza sangat tabah..

Aku cuba..

Cuba untuk menjadi yang terbaek bila Niza perlukan..

Alfatihah~ untuk Arwah Mak Niza.


Monday, December 21, 2009

The 10-hours with Sepot

21 December 2009

Hari yang tak menjangkakan. Dimana Sepot nak datang rumah. Ada sedikit hampa sebab Angah-moo tak dapat nak join dan Encik Gumuk-Paez sangat busy. Walaupun masa singkat tapi seronok sebab kegilaan diorang berdua membuatkan aku jadik sedikit tak siuman. Ahaha.

Bermula dari tengahari, Sepot sampai kat depan rumah aku dengan Abah dia. Then Abah dia belanje makan kat Sate Samuri. Abah dia siap bungkus balik untuk Mak aku kat rumah. Oh Terima Kasih Abah Sepot. [tiba2 terasa macam ayat skema abis]

Lepastu, Abah Sepot merayau buat hal dia. Kitorg pun jalan2 kat Alamanda. Masa sangat singkat, kitorg hanya sempat karaoke. Akhirnye dapat jugak aku paksa Sepot untuk Karaoke. Ahaha.

Macam cerita cinderella, aku terpaksa hantar Sepot kat Marriot sebab dah janji dengan Abah Sepot before kul6. Dan sekali lagi, Abah Sepot belanje kitorg buffet dinner kat marriot. Marriot tu!! Pergh!! Saya sungguh jakun. Maybe terserlah tapi lantak la. Ahaha.

Makan sampai terboroi. Kemudian, cerita dah sampai penghujung. Kitorg say bye-bye kul9 kot.

p.s: Thanks to Sepot and her Abah.


.: Sate Samuri :.


.: we @ alamanda :.


.: Krismas Tree @ Marriot :.


.: Saya kelihatan kurus, jadik saya suke gambar ni, ahaha :.


.: Jom makan sampai boroi!! :.


.: Hi 5ive!! :.





Sunday, December 20, 2009

The Goh-Tong Row-Yong..

What happens when ME not updating the blog and there are too many story to post?

I will end-up become so lazy..

so, please accepted it..

ini adalah 'kitaran perasaan', roda berpusing. Dimana perkara yang sama akan berlaku again and again. [oh ignore me.. aku dah merapu nie]

Title post: 'The Goh-Tong Row-Yong' atau dalam melayu 'Gotong Royong'

kisah berlaku 19 Disember 2009, sebelum Hari Keluarga. Walaupun Mak bukan keluarga tuan rumah, tapi segala persediaan Hari Keluarga Mak yang buat, sambil dibantu oleh aku [nak gak interprem]. Persedian kat kampung pulak, diorang takkan bergerak selagi Mak tak suruh. Apekah mereka ini?

End.

p.s: taknak kutuk lebih-lebih, dosa woo..








Friday, December 18, 2009

Awal Muharram and Result 2nd Sem

4:50am on Friday 1 Muharram 1431

Well, hope belum terlambat untuk wish kat semua Selamat Menyambut Awal Muharram..

Pagi buta tu, aku sedang ber-conference dengan Athy, Tinie and Sarah. Aku yang dalam keadaan ngantok mata pandang monitor cam dah nampak dua monitor, dengan secara tiba-tiba terdetik nak check result last sem kat smpweb. Well, memang hari-hari pun aku check. Tapi sempena malam awal muharram ni, aku memberanikan diri untuk check result. Bile click kat button 'Keputusan Peperiksaan' tu, aku nampak hanya ada satu line jek. Supposely ada tiga line sebab sem satu aku amik 3 subjek. So, bila dah ada hanya satu line, memang sah-sah result dah kluar. Aku terus memblurkan mata aku supaya tak nampak result tu. Dada bergetar kencang. Aura ketakutan menyelubungi aku. Aku terus signout tanpa check result.

Sanggup ke aku tengok result? Esok dah nak balik kampong, kalau result aku worst, mood aku mati untuk famili day next week..

Niat aku satu jek, "Ya Allah, aku nak dapat A untuk Advanced AI ni semata-mata untuk happykan Abah, aku just nak tengok Abah happy"

Last-last aku buat keputusan untuk beranikan diri check result, bile page result open je, aku tutup cover pakai kertas dan aku bukak mule dari bawah..

Well, cam biase lah..

KEPUTUSAN : LULUS DAN LAYAK MENERUSKAN PENGAJIAN

p.s: Alhamdulilah.. Saya gembira =D


Tuesday, December 15, 2009

Hiking at Broga Hill

They said "DONT JUMP!!!!"

but we are so eager to do so.. ngeee


Sejak semangat nak turunkan BMI ni, aku nk buat aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. So, entah camna boleh terfikir nak pergi hiking. Selepas berbincang dengan Niza kat dalam conference yang bersaksikan Mas, akhirnye kitorg planning gi hiking Bukit Broga hari Ahad.

Plan asal:
- Wanie nak bawak si gemok dia..
- Niza nak bawak teman dia jugak
- Aku? try ajak tinie n sarah tp dorg tak bley, so aku keseorangan. Sad rite?

Then, aku terpikir tuk ajak Apip memandangkan paper dia yang tinggal hanyalah sains pertanian [wah pandang lekeh siot].

Me: nak ikut tak?

Apip: aku sorg je ke?

Me: wanie ajak gemok dia. Tak kesahlah kalu ko nk ajak kawan.

Apip: aku try ajak daus.

Me: up to u.

Apip: hiking buat ape?

Me: mendaki la..

Apip: pastu?

Me: ....

Apip: ??

Me: erm.. camnie je la, aku cuba nak buat sesuatu yang fun dan aku nk ko pun turut rasa keseronokan tu. so, sukati ko lah.

At the end..
- Wanie keseorangan tanpa si gemoknya
- Niza juga keseorangan tanpa teman
- Aku lak berjaya ajak Tinie, Sarah, Athy and Apip. Wow, life is great!! ahahaha

Preparation makanan sumer dah ready, cuma aku terlalu yakin dan tak prepare tuk ketahanan badan yang lemak terlebih sana sini. Seawal kul 6 pagi sumer berkumpul. Dan kitorg sungguh excited for this hiking. First time untuk aku gi hiking. Aku cuba mencabar diri sebenarnye. huhu.

Here we come Broga Hill!!


.: Cubaan mencilok parking :.


.: Kami semangat giler nie!!
ada gaya atlet2 negara tak? LOL :.


.: Try to look good on camera even dah nak separuh mati :.

FIRST PEAK


.: we made through to the first peak :.


.: Tugu Broga.. LOL [kain aku dijadikan bendera] :.


.: we standing in the eyes of the world :.

SECOND PEAK


.: 1..2...3 lompatttt!! lompatan semangat at second peak :.

THIRD PEAK
Tinie and Sarah surrender sudah kat second peak








.: Yeah!! we made it till third peak :.

FOURTH PEAK
Me, Athy and Niza surrender


.: Muka-muka bangga sampai puncak ke4 :.

Back to SECOND PEAK



Kerana tak puas hati..
kitorg nak melompat lebih tinggi.. ahahaha


.: the most perfect group jumping :.


.: the most perfect individual jumping :.


.: failure!! cameraman sile focus!! :.


.: Charlie's Angels surviving from bomb explosion..
Niza melompat kearah pokok..
Athy melompat ke arah laut..
Aku plak melompat ke arah Helicopter
[wah nk yg hebat jek] LOL :.


.: fuhhh!! sejuk giler time ni wanie kate.. ngahaha :.

ON OUR WAY DOWN..


.: menunggu Sarah and Tinie :.


.: sampai tertido-tido.. ngeeee :.


.: aksi kepenatan kami :.

AT THE CARPARK ALREADY..
but we need to wait for Sarah and Tinie.. LOL
kesian dorg kepenatan dan kaki sakit..





AT HOME ALREADY..


.: peace y'all :.

THE MUST HAVE PICTURE
if I'm the photographer


1. the shadow



2. the feet



3. the face



4. the finger
sepatutnya ada tapi dorg dah bising-bising.. warghhh!!
[sebenarnye lupa..LOL]

p.s: I am so so much HAPPY sebab mostly sumer pun happy
cuma wanie kata "Broga is for beginner"
[wah dengan nada berlagaknya] LOL

Tuesday, December 8, 2009

Changing..

I am about to change something..

1. the blog colour.. I make it looks more greeny. Cantik kan?? Terima kasih mas atas pujian anda..

2. the blog banner.. I make it more smaller in size. So tak yah korang nak scroll lebih-lebih untuk bace post di bawah kan. hehe.

3. suppose to have a song. But I remove it already due to distraction problem.

4. change the sign from to

5. and I am about to seriously concentrating on my 'Get-rid-of-FATs' routine starting by today [I hope so]. See the above BMI ticker. 10kg to lose. can I?


Let's moving!!

I just watched Hannah Montana the movie..



"Ape?? dia tengok hannah montana??"

If thats what you just said, just shut up okay. Yeah, I do watching Hannah Montana because NO REASON. Maybe because I love to hear Miley's voice. She had such a 'kasar' and 'garau' voice. Woo, suka sangat!! But weird. Why people hate Miley? Maybe there are something that I don't know. And i don't want to know la.

So, mari kita manari. Come on people!! Let's moving..

p.s: This is the dancing moving that for now I keep on practising..



1...2...3
everybody come on
off your seats
i'm gonna tell ya bout a beat
thats gonna make you move your feet

i'll give the barbecue
show and tell ya how to move
if your 5 or 82
this is something you can do
(whoa whoa)

pop it
lock it
polka dot it
countryfye than hip hop it
put your hands in the sky
move side to side
jump to the left
stick it
glide
zigzag across the floor
shuffle in diagonal
when the drum hits
hands on your hips
one-footed 180 twist
and then a zigzag
step slide
lean it left
clap three times
shake it out head to toe
throw it all together thats how we roll

do the hoedown [throwdown]
do the hoedown [throwdown]
do the hoedown [throwdown]
throw it all together thats how we roll



Friday, December 4, 2009

Wow, saya terharu..

One fine day, I got a message..




At first I was like sungguh terharu. But when I search it on google, I found the exactly similar words using on other's blogs, just the blog name different. Urghhh!!

p.s: Does it automatically generate?
Saving myself for not clicking the link given.huh!