Friday, February 26, 2010

Salah Siapa?

Malam yang penuh dengan kemarahan.. Aku cuba untuk prepare segalanya, aku dah bawa kunci rumah untuk tak menyusahkan orang dan before aku keluar, aku dah beritahu yang 'I'm going out'.. Supposedly, there should be no problem.. So, I guess maybe salah aku sebab balik lewat malam.. It was late about 12.50am, aku cuba beranikan diri untuk sampai ke rumah.. Keadaan kawasan kampung yang sunyi buat aku rasa lebih takut.. Dalam ketakutan, mata melilar pandang sekeliling.. Sampai depan pagar, terpicit salah butang pulak.. Terpaksa tunggu lama kat depan pagar.. Dada berdebar gila tapi masih berani pandang sekeliling.. Parking kereta dah tak tentu arah, terus berkejar nak masuk rumah.. Dalam suasana sunyi dan gelap, aku mengelabah sawan cuba buka semua kunci.. Jiwa agak tension sebab grill dikunci which makes me slow down.. Bila dah bukak semua kunci, cuba pulas pintu rumah, tak boleh sebab pintu dikunci dari dalam.. Hanya Tuhan je tau berapa marah dan geramnye aku time ni.. Aku cuba ketuk-ketuk pintu hopefully ade yang dengar.. Handphone dah lama mati sebab habis bateri.. Nak nangis je rasa time nie.. Aku pun tawakal cuba on-kan handphone, dan terus aku call apip suruh bukak kunci..

From

Takut

Jadi

Marah

dan akhirnya

Menangis

Aku takut sebab aku memang penakut, aku takut kegelapan, aku takut apa yang ada dalam kegelapan yang aku tak nampak dan aku tak mahu nampak..

Aku marah sebab aku dibiarkan ketakutan kat luar sorang diri, aku dikunci dari dalam sedangkan aku dah bawa kunci..

Aku menangis sebab aku jadi marah pada malam maulidur rasul, aku marah sebab aku mengamuk sampai mak sedar, aku menangis sebab terasa diperbodohkan..

p.s: Akhirnya aku buat keputusan yang nekad..

sekian~

Thursday, February 25, 2010

A song that makes me Happy..

Imagine a song can make life happier.. well, listen to this..

note: don't judge me as Jiwang because I never look at the lyric.. haha


Bila Engkau Jauh by Shanon

Sedapnya hati tidak jemu
Tak sabar bermanja
Hanya sehari tak bertemu
Macam selamanya

Rindukan tawamu
Yang menyegarkanku

Aku merayu oh kekasih
Belailah hatiku
Bila ku layu lagi sedih
Curahlah kasihmu
Kau dakaplah aku
Sembuhkan piluku

Aku terseksa dengan sendu
Bila engkau jauh
Bila terasa sentuhanmu
Aku terus sembuh

Hanya kau dan aku

p.s: credits to Paez for the song

Wednesday, February 24, 2010

Cubaan Pertama (should done this long time ago, haish)

Ini adalah cubaan pertama aku menggunakan photoshop. Before ni guna pun untuk belajar, kira macam kes terpaksa. Tapi ni memang dengan kerelaan sendiri nak try. Seperti biasa aku akan explore godeh-godeh function dalam keadaan tak tentu arah. Hahaha. Terasa cam begitu bongok sebab aku tak pernah nak guna photoshop before ni. Damn~ Photoshop begitu hebat!

So, ini adalah percubaan kali pertama aku..


Trying to turn Wanie into ugly ghost
but fail and the best i can do is vampire.. hehe


into..


p.s: I'm so addicted to photoshop~


Thursday, February 18, 2010

I Miss that Feeling..




Remember this baby?
Imtiyaz namanya
Aku pernah bercerita tentang dia dalam post before ni

Sekarang dia sudah besar..


very adorable boy..
Today dia n famili akan bertolak ke Jepun
for two years..
Well, all about work.. seronoknyer~

So, kisah kali ni nak bercerita tentang satu perasaan indah. Alkisah hari ni, aku and parent nak gi antar Famili ni at KLIA. Kerana kemalasan kitorg nak bawak kereta sampai ke KLIA, kitorg park kereta kat Putrajaya. Kami naik KLIA express. Sambil-sambil menunggu LRT yang akan sampai dalam 16 minit lagi, kitorg berbual..

Abah: Bila lah nak pergi oversea lagi ye~

Me: I will~ [dengan yakinnya]

Abah: huh?

Me: tengok ni~ [sambil tunjuk tapak kaki dengan tak sopannye]

Abah: apa dia?

Me: taik lalat dikaki.. baru perasan semalam..

Abah: takkan tak hilang dari pergi Malawi..

Me: masa pergi Malawi ada kat hujung jari kecik ni.. tapi dah lama hilang.. sekarang dia ada kat hujung jari besar lak.. hahaha [dengan nada seronoknye explain]

Mama: wah~ tu nak pergi jauh tu.. [nada dengan harapan]

Abah: oh betul ke? [nada ingin percaya]

Me: well.. itu mengikut kepercayaan orang ar.. hehe

Abah: cuba tilik ni, taik lalat abah kat tangan ni..

Me: errr..


Begitulah dia al-kesah tentang taik-lalat-baru-ku Tapi serius, taik lalat itu sangat cantik. Negara manalah bakal aku jelajahi ni? ahakss~ Then, kitorg pun dah sampai dekat KLIA. Sampai awal, so kitorg berjalan-jalan. Kitorg tunggu kat balai berlepas sambil tengok kapal berlepas dan mendarat. Aku teringat masa first time kitorg nak bertolak ke Malawi 10 tahun yang lepas. Oh bestnye time tu, tatkala diri ini begitu naif tentang segalanya. Perasaan yang tak akan dilanda masalah, hanya hari-hari yang indah bakal dilalui.

~~~~~

Teringat masa first time kaki melangkah ke dalam perut kapal terbang. Berbunganye hati, jantung, perut, kaki, tangan.. Mungkin terserlah muka jakun time tu, hehe. Dan bertuahnye time tu, tiket business class tapi dapat duduk kat first class. Layanan memang exclusive gitu.. Itulah pengalaman pertama dan mungkin yang terakhir dapat duduk first class.

Sampai-sampai kat Johannesburg, diri agak kagum dengan kemajuan dan kesejukan South Africa. Tapi abah dah warning awal-awal, 'Jangan terkejut dengan Malawi'. Time tu tak berapa nak faham apa maksud abah. Stay dekat Johannesburg dalam 2 hari kot, pastu baru berolak gi Malawi. Kali ni kapal terbang kecik, yelah nak bandingkan kapal terbang MAS yang besar gedabak tu kan.

Here we come Malawi.. Turun-turun plane jek, tergamam tengok apa yang ada depan mata. Padang jarak padang terkukur. Cuaca dia pulak time ni sejuk tapi very the kering. Aku sangat excited nak masuk sekolah, tapi abah masukkan kitorg dekat kolej komputer. Tak tau apa yang abah plan untuk kitorg. Time ni hati memberontak sebab tak puas hati kenapa tak boleh masuk sekolah. Tapi terpakse terima semuanya sebab dia yang bayar kan. So, kitorg amik kelas komputer, belaja programming pascal selama 3 bulan. Dalam kelas tu cuma ada 4 orang student, hahaha. Disebabkan time tu muda berseri, minda terima je ape yang masuk. Tapi takdir menentukan segalanya, bila hari nak amik exam tu, tiba-tiba kitorg tak leh amik sebab dorg tak daftarkan kitorg [agaknye kot ni yg terjadik, aku seperti lupa ingatan, haha]

Akhirnya abah masukkan kitorg sekolah gak. Lebih terjamin katenye. Mula-mula aku excited tapi aku masuk Form 4 same ngn wanie. I know wanie tak berapa suka idea ni, and so do I. Level aku tak sama dengan wanie, dia terlalu pintar. Malu aku nak mengaku sebagai adik dia. Tapi nak buat macam mana. Pelajaran ketinggalan jauh sangat. Aku berhenti Form 2 masa kat Malaysia. Then sambung kat sini terus Form 4. Dengan tak semena, ada subject Chemistry, Biology, Physic. What the~ Aku tak pernah paham dan tak pernah cuba untuk nak paham. Well, aku memang seorang yang agak bongok lah. Satu jek subject yang aku boleh terima iaitu Math. Subject lain sumer merah-merah dalam report card kecuali Math, ahaha. Berbezanya dunia aku dan wanie walaupun kitorg berada di persekitaran yang sama. Wani kata aku tumpang glamour dia. Oh, aku tak mahu pun glamour. Aku rela menjadi invisible girl. Aku memang tak bercakap sebab aku tak pandai nak speaking. Entah apa-apa cikgu merapu kat depan.

Tapi dalam kebencian, mesti ade keseronokkannye. Ye, aku akui.. sekarang aku menyesal sebab tak hargai betul-betul saat tu. Bukan susah pun nak speaking. Tapi bukan speaking menjadi masalah aku.. Masalah aku adalah komunikasi.. kalu dah benci tu kan, memang akan benci.. Kadang-kadang tak paham apa dorg tanya, tak tau samaada perlu angguk or geleng. Hurm, kenangan tetap jadi kenangan. Aku belaja dari semua kesilapan lalu.

~~~~~~


.: Our First Raya disana :.

.: Our school uniform :.

.: kedai jual kek tiada disana,
so kitorg terer buat kek sendiri :.

.: Pak Osman dan Zetta (our gardener) :.

.: Auntie Joyce (our maid) :.

.: Uniten 1st sem break, aku n wani balik ke Malawi :.

.: Ini la anak-anak2 pakcik yang gi Jepun tu :.

.: the only place yang hanya aku jek tak dapat pergi
Victoria Falls :.



p.s: But, how I wish I could turn back the time
because I miss that moment,
I miss so much the feeling of being there,
I miss you Malawi..


Monday, February 15, 2010

One of my Dreams..

One of my dreams?

Yup2, I have too much dreams, too much ideas, too much loves on arts I guess, too much things I want to do if I been given a chance [agak tamak diri ini, harap maaf].. So basically, writing is one of my dreams.. I know I'm not good in English and I'm not good in Malay either.. But this is some of the stuffs that I like to do..

But the main reason I love writing is because I always imagine my life as someone else's life.. It's good to have that feeling..[too much dreaming, haiyaa~]

And I know this is something that really opposite and too far different with my studies.. But I remember someone told me, '"Fiza.. dont be normal please~".. [tapi rasanya aku ni dah terlalu tidak normal, oh apakah~]


So, this is my first book.. I'm not going to publish the whole story here, but do read the first chapter and give comment.. Either positive or negative, I accept it..

Read it here.
Thanks in advance.

p.s: it's in Malay, no reason for it..


Tuesday, February 2, 2010

Pabila saya nekad untuk kurus..



Saya sungguh2 mahu kurus..

Please dont make me DOWN
coz I hate you when you DO..

Kenapa saya mahu kurus?
1. Untuk kepuasan sendiri
2. Untuk dapat memakai pakaian yang sudah ketat2 itu..
3. Untuk berasa lebih selesa
4. Untuk berjalan menjadi lebih yakin
5. Untuk mengurangkan beban yang perlu dibawa
6. Untuk menjimatkan duit belanje
7. Untuk kesenangan bernafas
8. Mudah untuk bersembunyi
9. Supaya tiada kesukaran untuk batuk
10. Tidak perlu muntah ketika batuk
[there are more but saya terlalu malas]

What I need to do?
1. Do morning-exercise for 30minutes
2. Drinks a lot of water
3. Dont eat rice
4. Eat soup
5. Do evening-exercise for 30minutes
6. Do extra activity (tennis/swimming/badminton/cycling/jogging)
7. Sleep early
8. Listen to music [a peace-mind lead to a beautiful soul]
9. Learn dance-move atleast once a week
10. Push stomach when hungry [it does help]