Sunday, June 27, 2010

Tersebutlah Al-Kesah: Ken dan Kacang Ajaib

Pada suatu zaman dahulu, ada seorang budak lelaki nama dia Ken. Dia mempunyai dua orang adik kembar nama mereka Ban dan Bun. Mereka merupakan kembar yang comel. Pak Tut merupakan ayah kepada Ken. Dia adalah seorang penternak kambing dan lembu yang berjaya. Dia mempunyai dua orang isteri bernama Mak Pot dan Mak Kus. Mak Pot merupakan ibu kepada Ken, Ban dan Bun. Chot dan Chin merupakan pasangan kembar dan adik beradik tiri kepada Ken, Ban dan Bun. Chin dan Chot adalah anak dari hasil Mak Kus dan Pak Tut. Hasil yang halal tau, ingat tu.

Sejak dari lahir lagi, Chin dan Chot memang tidak suka dengan Ban dan Bun kerana Ban dan Bun merupakan kembar yang bongsu. So, kasih sayang lebih kepada mereka. Chot dan Ken pulak tidak sebulu kerana mereka menaruh hati pada Moo. Moo adalah anak jiran sebelah rumah. Seorang yang manis, sopan dan baunya harum.

Pada suatu hari,

Pak Tut: Ken, mari kesini kau~
Ken: Apa dia pak?
Pak Tut: Esok hari lahir Chot dan Chin.
Ken: So?
Pak Tut: So, bapak mau kau pergi jemput semua penduduk kampong.
Ken: Then?
Pak Tut: Esok malam ade majlis la.
Ken: Upah?
Pak Tut: derr~ nah amik 2 posen.

Selepas menjemput semua penduduk kampong, Ken singgah di gerai Makcik Senah untuk membeli cekodok pisang. Itulah dia kegemaran Ken. Cekodok pisang. Dalam perjalanan pulang sambil menikmati cekodok pisang, Ken terserempak dengan seorang pengemis. Kesian pulak Ken tengok pengemis itu. Tak sampai hati dibuatnya. Tapi Ken hanya mampu melihat kerana 2 posen yang diberi oleh Pak Tut telah dibelanjanya.

Pengemis: Tolong, saya lapar. Saya belum lunch lagi ni.
Ken: Tapi saya tak ada duit.
Pengemis: …. [pandang cekodok pisang]
Ken: …. [pandang cekodok pisang]
Pengemis: Berilah saya cekodok pisang itu dan saya berikan awak kacang ajaib ini.

Tanpa ragu-ragu dan sebarang pertanyaan, Ken bersetuju cekodok pisang ditukarkan dengan kacang yang dikatakan ajaib itu. Di rumah, dia membelek-belek kacang ajaib itu. Ban dan Bun datang menyibuk untuk menganggu.

Ban: Apa tu?
Ken: …. [fokus memandang kacang]
Bun: Kacang untuk projek sains ke?
Ken: Ini kacang ajaib la.
Ban: Haha. Setakat tanam tumbuh taugeh, ajaib konon.
Ken: Aku terasa macam dalam cerita Jack and the Beanstalk.
Bun: Kalau macam tu, jom kita tanam.

Mereka bertiga pun bersetuju untuk menanam kacang ajaib itu dibelakang rumah mereka. Keesokkan harinya, masing-masing sedang sibuk menyediakan persiapan majlis hari lahir untuk Chot dan Chin. Bun yang disuruh Mak Pot untuk mengambil daun pisang segera kebelakang dan alangkah terkejutnya Bun. Kacang yang mereka tanam dibelakang semalam sudah menjadi pokok yang dipenuhi dengan buah ceri yang sedang masak ranum. Lalu berlarilah Bun mencari Ken dan Ban. Oleh kerana kesawanan Bun, Chot dan Chin menyedari sesuatu dan mengekori mereka.

Ken: Kenapa ceri?
Ban: Peduli apa ceri ke pisang, Nampak sedap.
Bun: Jom la kita rasa.
Ken: Tak beracun ke?
Ban: Haah la. Apa kata kau yang makan.

Ken pun memetik sebijik ceri. Makan. Petik lagi sebiji. Dan Makan. Ban dan Bun sekadar memandang. Tanpa disedari, lima biji ceri sudah dimakan oleh Ken. Kemudian mereka kedepan untuk sambung kerja mereka. Chin dan Chot yang dari tadi mengskodeng mereka, keluar dari semak. Lalu mereka memetik dan memakan kesemua ceri yang sedang masak ranum.

Majlis pun bermula, kesemua tetamu sudah pun tiba. Dari jauh kelihatan Moo yang begitu manis dengan skirt merah jambu dan beg sandang Barbie-nya. Ken datang mendekati. Kerana tak mahu mengalah, Chot juga cuba datang mendekati Moo.

Ken: Hai, Moo.
Moo: Assalamualaikum.
Ken: Hehe. Waalaikumsalam.
Chot: Hey Ken, don’t you dare kacau my Moo!
Ken: Ada aku kesah?
Moo: Hey Please jangan gaduh kerana saya!
Ken & Chot: Shut up you!
Moo: err.. [terkesima]
Ken: Aduh!
Chot: Eh, belum pukul lagi dah sakit?
Ken: Bukan la bongok! Perut aku meragam. Aku rasa ni mesti sebab ceri.
Chot: Erm..

Kerana Ken tidak dapat menahan sakit perutnya itu, dia terpaksa melepaskan angin yang meronta-ronta ingin keluar dari perutnya yang digelar…

Proooooottttttttttttttttttttt~

Pak Tut: Siapa kentut?
Ken: Saya~
Pak Tut: Ken bin Tut tu memang la kau. Bapak Tanya siapa yang kentut tadi?
Ken: Saya.. [tunduk malu]
Moo: Tapi Ken kentut bau wangi.

Semua penduduk yang hadir sukakan bau kentut Ken, dan kerana itu Pak Tut bangga dengan kejayaan Ken. Chot berasa cemburu.

“Kalau Ken makan 5 biji je dah bau wangi macam ni, aku makan hampir seluruh pokok.. Sure confirm kentut aku lebih wangi dari Ken. Dan bapak sure bangga dengan aku.”, kata Chot dalam hatinya dengan penuh keyakinan.

Setelah ditunggu hampir sejam, Chot tidak mengalami sebarang tanda untuk kentut. Dia menjadi sakit hati dengan penungguan yang menyeksakan itu. Makin sakit jiwa bila lihat Moo dan Ken begitu mesra. Majlis hampir selesai, dengan itu Pak Tut menjemput Chot dan Chin untuk ke pentas dan memberi sepatah dua kata sempena majlis hari lahir mereka. Tiba-tiba, perut Chot mula meragam. Chot berasa sangat gembira. Dia berlari ke atas pentas dan merampas mikrofon dari tangan Pak Tut.

Chot: Saya ingin menjemput Moo untuk kedepan pentas.
Moo: …. [pandang Chot dengan penuh tanda tanya]
Chot: Sila kedepan pentas please~
Moo: Sini?
Chot: Okay bagus. Selepas ni, mesti awak sayang saya lebih dari Ken.
Moo: ???

Sepuluh saat sudah berlalu. Chot masih menunggu kentutnya untuk keluar. Kesemua penduduk memandang sesame sendiri dalam kekeliruan. Chin yang berada disebelah Chot scara tiba-tiba..

Burrrrrrrrppppppppppppppppppp~

Kesemua tetamu pengsan kerana bau sendawa itu tersangatlah… Bacin..

Sekian.

Saturday, June 26, 2010

Ucapan Ringkas Dari Aku

Semakin dah beratus-ratus post, semakin tak tau nak post apa kat blog ni. Blog pulak tu bukannye satu atau dua atau tiga. Tapi aku ade hampir 11 blogs. Masa buat blog tu, rasa macam sentiase ada je nak post. Tapi lama-lama, aku sedar yang aku cuma ada 24 jam je [xde kena mengena]..

Ini adalah wajah aku ketika cuba jadik gadis nerd
dan membaca article yang berlambak.


Dan skang ni, aku dah masuk ke alam membuat thesis sepenuh masa. Even rasa nak menangis sebab setelah mengkaji tajuk yg di recommend oleh bakal supervisor aku selame lebih kurang 3 bulan. Tibe-tibe dia tak anggap diri dia supervisor aku dan anggap aku ada supervisor lain. Aku terasa macam, "Can I quit?"

Aku tak suka membaca, aku suka teknikal. Aku suka buat coding. Aku sanggup tak tidur sebulan semata nak siapkan coding. Tapi untuk membaca article, aku sanggup utamakan tidur aku dulu. uhuhu. Adakah aku dijalan yang betul ni?

Aku hampir sawan bila setiap kali abah tanya bila aku abis master. Kenapa aku kena ulang banyak kali? Aku extend satu sem~!! Setiap kali soklan itu ditanya, aku terasa macam seorang loser. Semangat semakin pudar.

Terasa diri sedang memanjat tangga yang salah


Tangga banyak sangat..

Aku pilih satu..


Aku mencari langit mane untuk menapak..

Aku pilih satu langit.. agak cerah langit itu..


Aku panjat tangga tu dengan macho dan gagah..

Separuh panjat, tibe-tibe rasa "Betul ke tangga ni?"

"Nak turun balik boleh?"

"Tak pun nk terjun je boleh?"

"Boleh ke aku terus panjat?"


p.s: ringkas lah sangat ucapan ku ini.


Thursday, June 17, 2010

Terharu or Geliman?

Alkisah satu cerita pada malam hari, Paez dengan gaya sawan-nye menyampaikan satu berita dimana dia terjumpa satu lagu,

Hafizah by Sembilan Band


Apa nie? Ku sangkakan ini sekadar Joke.. Demit~ Lu bikin gua meremang la. Tapi tu baru dengar tajuk. Bila tiba saat dengar lagu-nye, wah serius tergolek-golek aku gelak. Terharu or Geliman? Mula-mula dengar geli ar sebab dengar nama diseru berkali-kali, lirik pulak tahap memuji melambung. Bila dengar banyak kali, pun tetap geli gak. Untuk jadik terharu tu memang tak de ar. Tapi band ni pun boleh la tahan gak, penyanyi dia pun muke ala-ala mcm fahrin ahmad, so tak kesah la nak nyanyi nama aku pun, haha.

Warning: Sile jangan tekan play, aku saje letak untuk buat rujukan dikemudian hari. LOL.




Hafizah by Sembilan Band [edited by fiezaza]

Hafizah kau ku sangka kau gadis yang paling cantik
Hafizah kau ku sangka kau gadis yang paling manis

Hafizah kau ku sangka kau gadis yang paling seksi
Hafizah kau ku sangka kau gadis yang paling baik

Sungguh ku tak mengerti ini bisa terjadi padaku
Sungguh pun kau kasar dan garang padaku
Ku cinta padamu ku sayang padamu oh Hafizah
Tapi kau sebenarnye agak comel, molek dan sopan

Reff:
Sungguh mati ku ingin bisa mendapatkan dirimu lihat kau berbaju kurung
Walau begitu jauh 'tuk bisa berjumpa denganmu ku sanggup beli tiket air asia
Sungguh mati ku ingin bisa mendapatkan dirimu lihat kau berbaju kurung
Walau begitu jauh 'tuk bisa berjumpa denganmu ku sanggup beli tiket air asia

Dengarkanlah hatiku ku yang mencintaimu sejak dulu
Bacalah blogku untuk kau mengerti apa maksudku
Jangan engkau ragu-ragu kepadaku oh Hafizah
Komenlah postku jika ko mahu oh aku tak kesah

Back to Reff:

Sungguh mati ku ingin bisa mendapatkan dirimu lihat kau berbaju kurung
Walau begitu jauh 'tuk bisa berjumpa denganmu ku sanggup beli tiket air asia

p.s: huh skang ni aku terharu~ ahaha

Wednesday, June 16, 2010

Empty..


"I was there.. alone~"

Tuesday, June 15, 2010

FIFA World Cup

Nak kate aku suke bola, takde la fanatik. Tapi kalau dah tonton, aku lupa yg aku ade jiran sebelah. Mungkin juga aku boleh kate yang menonton bola itu suatu yang sangat seronok lebih-lebih lagi bila tonton dengan famili. Teringat masa kat Malawi, demam bola FIFA 2002. Aku yang before ni tak pernah tengok bola dan pelik kenapa orang suka tengok bola. Tapi sejak dari FIFA 2002 tu la aku mula suka tengok bola. Sampai dekat sekolah ade yang bawak TV dari rumah semata nak tengok bola.

Aku sokong team mane? tak kesah sebenarnye, janji team tu boleh bawak bola dengan macho-nye dan terus menjaringkan gol dengan cun-nye. hehehe.

So, silalah layan lagu shakira waka waka ni, sungguh terasa diri ini begitu dekat dengan afrika..



WAKA WAKA by SHAKIRA

You're a good soldier
Choosing your battles
Pick yourself up
And dust yourself off
And back in the saddle

You're on the frontline
Everyone's watching
You know it's serious
We're getting closer
This isnt over

The pressure is on
You feel it
But you've got it all
Believe it

When you fall get up
Oh oh...
And if you fall get up
Oh oh...

Tsamina mina
Zangalewa
Cuz this is Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Listen to your god
This is our motto
Your time to shine
Dont wait in line
Y vamos por Todo

People are raising
Their Expectations
Go on and feed them
This is your moment
No hesitations

Today's your day
I feel it
You paved the way
Believe it

If you get down
Get up Oh oh...
When you get down
Get up eh eh...

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa
Anawa aa

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

p.s: Let's move your body and follow shakira, walalala~

Friday, June 11, 2010

I wonder..

Sedang kami menjamah makan tengahari..

Mama: ape tu?

Me: ni ke?

Mama: haah.. jantung ayam ke?

Me: errr.. keciknye...

Mama: abistu ape?

Me: buah pinggang maybe [makan dgn enaknye]

Mama: ayam mane ade buah pinggang~

Me: mane tau?

Mama: ayam tak kencing...

Me: ayam xminum?

Mama: minum.. tp xpenah pulak dengar kencing ayam.. mcm ne ayam kencing?

Me: pandang kiri.. pandang kanan.. pastu shhhhh~ terabur sumer..

Mama: pandai la ko~

Me: mane la tau~ ayam sendiri pun xpat tengok camne dia kencing.. ahaha


p.s: hurm~ adakah ayam kencing?

Thursday, June 10, 2010

Wednesday, June 9, 2010

The one that makes me perfect

Yang Sempurnakanku by 6ixth Sense


Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

p.s: The one that makes me perfect

Saturday, June 5, 2010

He's a BOY

kalau 'He' confirm la boy kan, haha. Ini cerita kisah makcik Mas kita yang selamat bersalinkan putera sulong-nye. Alhamdulilah semuanya selamat.



DOB: 4 June 2010, 1:20pm

p.s: comelkan? hehe