Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Relative. Show all posts
Showing posts with label Relative. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Nama saya Don



Haritu mak and apip balik kampung
and jumpa budak gemok Haikal ni
dan mak kata dia dah semakin gemok
bentuk pun dah empat segi
dah tak nampak potongan badan

hadui adik comelku..
kenapa makin kembang ni sayang oii!!

mak: nama ape?
haikal: pendek? panjang?
mak: nama pendek ape?
haikal: Don~
mak: nama panjang?
haikal: ulat gendon~

wakakakaka.. taguner btol budak ni..

Thursday, June 30, 2011

Sunday, June 26, 2011

Apa kejadah yang aku bikin dekat Batu Pahat?

bertolak dari kajang je jam 6.15 petang. then bila drive dengan hemahnya, dan berhenti dua kali untuk isi minyak, pam tayar and sembahyang, maka kami sampai dekat exit tol tangkak jam 8.20 malam. then tunggu Cik Murni datang dari Jasin untuk amik chocolate and mini ketupat yang dia order.



then borak-borak sampai tak ingat masa, nyamuk dah mula gigit satu badan. jam 9.50 malam kami bertolak ke kampung. sampai kampung jam 11.55 malam. terlalu penat untuk berfikir. so tidur je la malam tu. keesokkan harinya baru lah kami buat jualan amal dekat depan rumah.



signboard cantik!! aku yang buat!! haha [melayu mudah riak].. then mak suruh aku pergi minyak beku amik budak gemok dekat bawah ni.




well, minyak beku dah cantik. tak malu lah kalau nak bawak member jalan-jalan dekat situ. lepas puas main air laut and berphotoshoot dekat minyak beku, aku teringin nak pergi sekolah rendah aku. dengan berbekalkan memori 13 tahun lalu, aku redah je jalan nak pergi sekolah. oh hebat aku sebab boleh sampai. tetibe sayu sebab mengimbau masa lampau. ಥ_ಥ


then kitorang teringin pulok nak pergi Tasik Y. kenapa dipanggil Tasik Y? sebab dekat taman ni ade tasik yang berbentuk Y. again... sayu jugak sebab teringat masa lampau masa kecik-kecik main dekat taman ni. ಥ_ಥ




lepas dah puas main dekat taman, barulah kitorang balik. then sambung balik buat aktiviti amal. lepas tutup jualan, kitorang main getah. game zero point. tau? ye tu game otai orang dulu-dulu. budak sekarang dah tak tau game camtu. ಥ_ಥ

aktiviti hari esok pulak. aku tolong buat kuih-muih untuk dijual dekat kantin sekolah. aku buat kuih keria and cucur badak. hebatnye aku? haha. tukang gentel jek. then sambung jualan amal. ini first time aku join jualan amal. and seronok sangat. pengalaman baru. walaupun ada masanya aku gelabah bila ditinggalkan sorang-sorang untuk jaga dan orang kampung datang bertalu-talu. hehe. (✿◠‿◠)

p.s: to see more photo, go here

Thursday, November 25, 2010

Famili Day


Really can't wait for this event. A month from now.

Kad Jemputan yang aku design.


Hanya 4 minggu lagi. Akan busy dengan persiapan.

Ok Chow~


Tuesday, November 23, 2010

Layang-layang

Hari Ahad 21 Nov yang bertuah, entah macam mana mood boleh BAEK punye nak bawak diorang gi tasik cempaka. Memang ade niat dalam hati nak main layang-layang. Tapi bila tanye harga layang-layang, alamak.. bawak pulak budak-budak. Then kami decide tuk usha-usha orang main jek. Maka terpekik terlolong la kami.

"Lari dikkk~ larikkk~~"

"Lari banggg~"

"Lari kakkk~~"

Ops, tak kenal pun siapa tu. Ok persetankan.

Makin lame makin geram tengok orang tak pandai terbangkan layang-layang. So, nak dijadikan cerita, aku layangkan RM10 aku tuk layang-layang naruto. Fuh~ Untung bukan barbie pinky yang jadi pilihan.

"Lepasss~~"

"Larikkkk~"

Ok bukan mudah rupanya nak terbangkan layang-layang. Tapi bila dah dapat tau cara tu, senang je naik. Tapi nasib malang. Layang-layang RM10 tak leh terbang tinggi sebab tali pendek. Ok saya nekad nak bikin layang-layang wau bulan sendiri. Tali akan ku bikin panjang melangit.



Ok penat sudah. Jom balik.


Monday, October 11, 2010

Tengok Gambar je la


1 Oct 2010

Along Nikah


Chocolate as Hantaran made by me


Happy pernikahan~ *wink

Note: Sorry tak pat datang sanding the next day,
saya terlalu jeles tengok orang kawen sbb tu xleh dtg [alasan]
ngahaha

-----------------------------------------

2 Oct 2010

GBM gathering





Note: Thanks for the surprise Nyet~
Patung tonggeng gediks tu aku bayangkn macam korg~
Ahak~

-----------------------------------------

3 Oct 2010

Teater Muzikal Tun Mahathir Mohamad


Ye, ianya hanyala sekeping kadbod~
Terima kasih, sila layan ye~

Note: OMG~ Love the show so much.
I cried~ Wuhuuu~
Thanks Syana sebab jadik peneman.
Dan Thanks sekali lagi amik gambau aku ngn zizan..
i loike~ ahaks~

-----------------------------------------

9 Oct 2010

Olin Nikah



Nikah sudah kamu~ Congrats~

Note: Gambar tak banyak
sebab terlalu jeles tengok orang kahwin [alasan lagi]
ahakss~ dah2 sile scroll bawah~

-----------------------------------------

10 Oct 2010

Along Sanding


Semoga berkekalan yo~

Note: Moment yang terindah sentiase berlaku on the last part,
masa lagu joget kelantan dimainkan, semua menari sama2
that moment memang best~

n_n

Tuesday, September 28, 2010

Aku yang pura-pura tak amik tahu

Dihimpit dengan kerja-kerja yang datang dengan tiba-tiba. Minggu yang aku paling tak suka dengan waktu sebab terlalu cepat berlalu.

"Hoi Masa! Tak reti sabar kepe?!!"

Hari isnin.. hari yang disangkakan tiada kunjungan tetamu. Tengahari.. sedang aku membusykan diri membuat kerja diruang tamu, ada sedara dari JB datang. Agak pelik kot datang hari weekdays. Aku sekadar boleh melayan ala kadar je. Mujur ada emak.

Lepas selesai skit keja aku tuk isnin, aku lepak konon nak berbual dengan sedara. Tibe-tibe suasana jadi emosional. Aku ter-blur. Pandang setiap orang, semua busy mengeluarkan pendapat masing-masing. Cerita dah nak 90% complete. So, aku yang tetibe datang dengan 0% input jadik blur sakan. Tapi malas nak tanya, pasang telinga je la, mana yang sempat tangkap tu aku buatkan rumusan.

Jam 6 petang. Dorg keluar nak selesaikan masalah keluarga ni. Aku ditinggalnya. Katanya aku budak-budak, tak leh campur. Okay fine, saya memang tak nak amik tahu pun [padahal dalam hati gile terlompat-lompat inginkan penjelasan]..

Jam 12 malam. Mereka-mereka sekalian pun balik rumah. Bawak sate. Sambil makan mereka bercerita kejadian yang berlaku. Sekali lagi aku dibiarkan blur sambil menjamah sate dengan telinga tajam mendengar setiap perbualan.

Oldies1: huh Ijah mesti blur kan?

BSB: erk... [blurrr giler tapi maintain cool macam tak nak amik tahu]

Oldies2: kau tau tak kitorg cakap pasal ape?

BSB: .. [geleng2 pala sambil melantak sate]

note: BSB - budak sun burn

Maka berceritalah mereka dari mula sampai akhir. Oh no~ aku sudah tercemar dengan gosip terkini dalam keluarga ini.

Oldies2: sekarang dah tau cerita, kena kunci dalam hati je cerita tu.

Aiseyman, macam tau2 je aku nak sebarkan satu dunia. Tak jadi pulak niat. So batalkan. Disebabkan masalah keluarga ni berpunca dari generasi aku. Dan disebabkan ketika itu, aku je yang masih remaja. Aku menjadi mangsa...

"Huh kau.. nanti nak cari suami, cari yang elok2.. Kau~ tau rukun nikah?.. Before bawak pakwe tu jumpa parent, kena bla bla bla..."

Orang lain yang buat salah, aku pulak jadi mangsa. Ye, tau ianya sebagai pedoman. Ye InsyaAllah saya akan jaga diri.

Tapi bila dengar cerita macam ni, rasa malas and takut nak kawin. Oh terima kasih jela..

Monday, December 28, 2009

Famili Day 2009



Balik kampong awal2 lagi 23 Dec 2009 sebab nak gotong-royong.

This is what we do..







Komen saya: Penattt~~!!

Start famili day dari 25 Dec 2009:
Malam tu dah mula buat bacaan Yassin dan doa selamat.. Lepas makan tu, setiap famili kena fikir nama setiap kumpulan. Macam-macam nama yang kuar.. Malam tu masing-masing rileks lagi. Tapi dah kena warning esok kena bangun awal sebab ade senaman aerobik.

26 Dec 2009
Se-awal 6pagi bangun, pergh~ aerobik sejam, masing-masing dengan sempoi ikut jek, bagus anak murid.. hehehe.. Lepas aerobik, setiap keluarga kena perkenalkan kumpulan masing-masing dengan gaya tersendiri..





Aktiviti bermula dan berjalan dengan lancar, cuma ada sedikit kegeraman sebab tak dapat kerjasama.. Tapi Alhamdulilah, sepanjang hari tu hujan takde tunjuk tanda-tanda nak turun, walaupun 3 hari before tu hujan turun dengan lebat.

Selepas penat-penat dipadang pada petang tu, malam pulak ada pertandingan karaoke. Cukup bagus sebab sumer kumpulan tampilkan wakil. hahaha..


.: Kami dipaksa menyanyikan lagu "Ayah dan Ibu" :.

27 Dec 2009
Disebabkan semalam sudah main kepenatan, harini sumer terlajak tidur, gelabah sumer bangun dah nak dekat pukul7.. Start dengan aerobik seperti biase. Then main aktiviti-aktiviti indoor yang tak berapa nak berat. Tapi yang paling best pertandingan "Siapa Lebih Bagus?", sempoi semua~ ahaha..

Lepas dah penat main, makan BBQ pulak~ ikan keli wooo~ sedapp~~!! Tepat-tepat habis makan, hujan terus turun dengan lebat. Memang betul-betul syukur la, sebab majlis pun dah nak abis.

Then, semua mandi-mandi wangikan diri. Lepastu semua berkumpul kat dalam rumah. Main kotak beracun pulak. Berdebar dorang kate main kotak beracun ni. Memang beracun la~ ahaha.. Setiap orang mesti kena, tak boleh terlepas punye lah. Penat aku fikir idea untuk kotak beracun ni, 60 idea tu~ kopak kepala hotak aku..

Lepas dah gelak-gelak pecah perut sebab kotak beracun, tiba lah masa penyampaian hadiah. Kira markah tengok siapa Juara.





p.s: Saya sangat Happy~ Anda bagaimana?
err~ ade aku kesah? ahaks~


Sunday, December 20, 2009

The Goh-Tong Row-Yong..

What happens when ME not updating the blog and there are too many story to post?

I will end-up become so lazy..

so, please accepted it..

ini adalah 'kitaran perasaan', roda berpusing. Dimana perkara yang sama akan berlaku again and again. [oh ignore me.. aku dah merapu nie]

Title post: 'The Goh-Tong Row-Yong' atau dalam melayu 'Gotong Royong'

kisah berlaku 19 Disember 2009, sebelum Hari Keluarga. Walaupun Mak bukan keluarga tuan rumah, tapi segala persediaan Hari Keluarga Mak yang buat, sambil dibantu oleh aku [nak gak interprem]. Persedian kat kampung pulak, diorang takkan bergerak selagi Mak tak suruh. Apekah mereka ini?

End.

p.s: taknak kutuk lebih-lebih, dosa woo..








Thursday, September 24, 2009

Walaweh!! I Love Raya..

Apa yang special raya tahun ni berbanding raya tahun lepas?

nothing.. takda yang special pun..

cume raya tahun ni, aku ade bunga api.. sounds good? ahaha

seperti raya yang lepas, kitorg memang balik beraya selepas semayang raya..
best kan? huh!!

sampai2 Johor Bahru, terus kitorg singgah pusara atok..
then barulah bermula pengembaraan mengisi perut yang kempis [kempis la sangat]

Raya Pertama
- gi pusara atok
- melantak kt umah cikIna
- serang umah cikPun&cikRos [tido sini]

Raya Kedua
- masih melantak kt umah cikPun&cikRos
- serang umah cikAni lak
- menuju ke Parit Raja ke rumah maklong Abah
- menepek umah busu Alin lak
- singgah umah cikAjit
- melawat umah Paklong lak
- menapak umah kampong [tido sini]

Raya Ketiga
- gi pusara2 Opah,Atok n sedara2
- melantak tak ingat punye kt kampong
- beramai2 gi umah cikAlok
- menuju Melaka gi umah cikAjak
- pastu sampai umah..

Raya Keempat
- Aku demam.. wakakakaka

ni kes banyak sangat makan.. aku bukan setakat makan dan makan tau..
tapi aku makan, makan, makan dan terus makan.. ahahaha.. mane tak demam!! perut pun dah tak kempis [cam la b4 tu pun kempis]..


Duit raya? ahahaha.. aku dh tak patut pun kot dpt duit raye.. tapi aku dapat auuuwww!!

AbangIjan: sorry Jah, duit raye takde spare tuk ko tapi ape2 pun aku kasik gak.. ahaha

Me: eh ape ni?? wah takyah ar!! takde pun takpe..
[sambil buat gaye tangan takmau ar nyah, i malu!! ahahaha]

AbangIjan: amik je.. blom keja kan...
[sambil hulur terus letak sampul duit raye kt tangan aku]

Me: ....[hanya mampu tersengih dan terime seadanya.. ahaha]

yeahh!! i dapat duit rayerrr!! ahahahaha.. [hint tuk niza, mas n athy]..
lepastu, mulelah sesi tetamu datang umah..penat sungguh melayan!!
[cam la aku yg layan, aku cume jadik amah jek.. ahahah vungukssss]


.: Raya Picture :.








.: cubaan tuk kelihatan lebih kurus dari wanie..ahaha :.


.: kami sayang nenek!! :.







.: cubaan melompat kali pertama :.


.: cubaan melompat kali kedua :.


.: cubaan melompat beramai2 :.


dalam ketiga2 gambar, kelihatan wanie tak dpt menunjukkan gaya comelnye melompat tinggi.. ahaha.. pangg!! salah siapa?? salah yg amik gambar atau salah kaki melompat?? ahahha.. vungukss!!

.: Gambar calon2 menantu :.











p.s: I Love RAYA!! I love the Raya's feeling!!
nak ulang balik boleh x?