Friday, November 26, 2010

Table-ku



taadaa~
meja aku. belum berhias lagi. tapi meja owang belakang dah penuh ngn buku.
meja owang hujung sane (group lain) dah macam home sweet home giler.

So, ape aku nak wat tema tuk meja aku ye? hurm~


Thursday, November 25, 2010

Famili Day


Really can't wait for this event. A month from now.

Kad Jemputan yang aku design.


Hanya 4 minggu lagi. Akan busy dengan persiapan.

Ok Chow~


Wednesday, November 24, 2010

Bilik Bawuuu

Setelah berbulan-bulan menumpang bilik Rozita Che Wan [padahal 2bulan baru], akhirnya kami dapat bilik sendiri. Bukan bilik, tapi lab je. Tadi lepas present, kitorg menjenguk bilik lab. Yes, kitorg buat macam rumah sendiri. Dengan kretiviti sendiri, kitorang re-arrange semua meja dalam bilik tu dan buat partition kitorg sendiri. Yeah, got my own space already. Tapi meja masih kosong. Next week adalah aktiviti memenuhkan meja dengan barang2 yang comey. Hakhak~ I loike~


Begitulah susunan meja kitorang, warne merah tu adelah group kitorang, well gila conquer.. Gila semangat aku cerita kan.. macam ada orang je nak heran kesah aku. Ah ade aku dulik~ Keybod aku terlalu mengoda, sebab tu aku terasa macam nak menaip jek. Hahaha~

Ok until next tym aku sambung balik. Nanti aku amik gambar meja aku yang dah berhias ok~ [tetibe terasa macam budak gediwks]

Oh lupe nak kenalkan 4 owang dalam grup ni.. kenalkan yang belakang aku ni namanya Aaron Aziz, yang sebelah kanan aku ni Michele Yeoh, yang belakang Michele ni namanya Aishah Sinclair, sebelah Aishah tu namanya Diana Danielle..

p.s: cube teka meja aku yg mane satu? LOL

ok sekian

Tuesday, November 23, 2010

Layang-layang

Hari Ahad 21 Nov yang bertuah, entah macam mana mood boleh BAEK punye nak bawak diorang gi tasik cempaka. Memang ade niat dalam hati nak main layang-layang. Tapi bila tanye harga layang-layang, alamak.. bawak pulak budak-budak. Then kami decide tuk usha-usha orang main jek. Maka terpekik terlolong la kami.

"Lari dikkk~ larikkk~~"

"Lari banggg~"

"Lari kakkk~~"

Ops, tak kenal pun siapa tu. Ok persetankan.

Makin lame makin geram tengok orang tak pandai terbangkan layang-layang. So, nak dijadikan cerita, aku layangkan RM10 aku tuk layang-layang naruto. Fuh~ Untung bukan barbie pinky yang jadi pilihan.

"Lepasss~~"

"Larikkkk~"

Ok bukan mudah rupanya nak terbangkan layang-layang. Tapi bila dah dapat tau cara tu, senang je naik. Tapi nasib malang. Layang-layang RM10 tak leh terbang tinggi sebab tali pendek. Ok saya nekad nak bikin layang-layang wau bulan sendiri. Tali akan ku bikin panjang melangit.



Ok penat sudah. Jom balik.


Monday, November 22, 2010

Sekadar Post yang lambat

Untuk Birthday Mak 29 Oct 2010




All the brownies and cheese tart was sponsored by MamaFaMi

Thank You Acik, segalanya adalah superb..
teringat pulak sekarang, terasa lapar.. lol

Dan bunga yang special untuk Mama.. hehe Lap U la~



Friday, November 19, 2010

Kasih Sayang

Apa itu kasih? Apa itu sayang? [giler meremang bulu roma aku sebut perkataan ni]

Perlu ke sayang itu ditunjuk melalui sesuatu. Lately ni ntah kenapa both of my parent touch topic about kasih sayang. Sayang ke aku kat both of them? Iye aku tersangat sayang.. Macam mana aku nak gambarkan sayang tu? Aku sendiri tak tahu. Tapi aku sanggup mati demi dorang.

Itu kasih sayang aku. Tapi bagi dorang, dorang perlukan bukti untuk aku tunjukkan yang aku sayangkan dorang. Nak tahu dorang mintak apa?

Mak's Story..

Mak: Kau bile nak kahwin? <-- terbangkit kisah ni sebab jeles anak orang lain kahwin

Me: Bile sampai seru..

Mak: Kau tau tak, kalu seorang anak perempuan tu dah sampai masa untuk kahwin tapi mak bapak tak kahwin kan jugak, mak bapak dosa tau..

Me: Aduh tak yah la tanggung dosa tu, tak kahwin je kot, bukan buat benda2 dosa..

Mak: Dah tu ko tak nak kahwin?

Me: Belum sampai masa..

Mak: Kalau macam tu, kau tak sayang mak la..

Me: ..... ?


Abah's Story..

Abah: Ko tak nak kan kerja kerajaan?

Me: Tak hingin~

Abah: Kalau macam tu kau kena jadik pensyarah lah..

Me: Insya-Allah..

Abah: Nanti bile orang tanye.. Anak kau kerja ape? Abah dengan bangga jawab, PENSYARAH~

Me: ....

Abah: Ni bila orang tanye, Anak kau kerja apa? Belum kerja~ Mengganggurr~ [nada perli]

Me: ....

Abah: So, kau kena lah jadik pensyarah.. Tu pun kalau kau sayang kat abah la kan..

Me: ....??


Mood: Tension.. O_o


Sunday, November 14, 2010

Just to update..

bile terlalu banyak nk update.. sampai jadik malas nak update langsung.. dari hari berganjak ke hari.. so this is just a simple and rough update kerana terlalu malas..

4 Nov 2010
Got One-Day Writing Workshop kt Pullman Hotel Putrajaya..
Sampai awal pagi kul8.. giler gempak hotel tapi aircond melampaui batas sangat,
beku otak nak writing paper.. but the lunch was superb..
ape2 pun paper kena siapkan tuk send kt conf isnin ni.. O.o~



5 Nov 2010
Rumah dipenuhi dengan sedara mara abah dari Johore Bahru.. dan sedara mak yang datang mengejut jugak.. So, very the meriah, I loike..

6 Nov 2010
Nothing to do.. sedara mara dah menuju ke haluan masing2.. malam aku belanje beli KFC and pizza Domino.. Nyam2..



7 Nov 2010
Happy Birthday to my dear Sepot..
the seven eleven, i will never forget the date.. haha

hari Ahad yang dimulakan dengan indah..
hantar Apip balik matrix..



but on the way back..
tepat jam 7 malam, di km 323 highway dari gopeng ke KL..
keadaan giler JAM.. dalam kereta, before nak makan nasik, mak suruh abah makan ubat dulu.. tibe2 abah terbatuk2.. last time remind me mase kt hotel, abah terbatuk2 sebab tercekik rambut.. rambut sape? ye rambut aku.. so bile abah terbatuk2 macamtu, aku teringat peristiwa tu..

Mak: kenapa Bah?

Abah: ohooookkk ohokkkkk!

Me: ???? [panic]

Abah: tercekikk gigi palsu abah...

Mak yang memang tengah gelabah terus melompat dari seat depan ke belakang.. Saat yang kecemasan giler.. Aku turut gelabah, tangan mengigil.. Setelah paksa abah kuarkan gigi palsu tu, tak boleh jugak. Kitorg decide tuk carik exit yang paling dekat and find any nearest hospital or clinic or anything la..

and the most damn thing pada saat tu adalah JAM~ we decide tuk gunakan laluan kecemasan.. aku pasang lampu kecemasan.. tapi takde guna sebab laluan kecemasan digunakan oleh orang yang takde etika, takde akal, takde otak, takde kesedaran!!

abah dah tundukk je kepala.. tibe2 aku dengar suara abah sebut, "Allah~".. betapa sayunye suara tu.. betapa susahnye tuk abah bernapas time tu.. betapa seksanya keadaan abah time tu hanya abah je tau.. dengan secara tibe2 mata aku berair.. air highlight2 kereta depan..

"MOVE LA BASTARDDD!! ORANG KECEMASAN NI!! AKU SUMPAH TUK SUMER ORANG YANG LALU KAT LALUAN KECEMASAN NI YANG TAK DE KECEMASAN PUN, AKU SUMPAH KORANG AKAN LALUI APA YANG AKU LALUI NI~!!"

Seriusly aku curse ayat tu dalam kereta dengan air mate berjurai-jurai.. Mak and Abah terkesima maybe kat belakang.. then mak call 999 tuk dapat maklumat hospital paling dekat.. kitorg exit kt tol Tapah.. Thank God sign board agak friendly tuk ke Hospital..

Tepat kul8 malam.. sejam gak abah terseksa.. aku nampak muke abah masa turun dari kereta tu, muke dia bengkak.. Oh my God~ I just hope everyting to be fine..

Then mase bosan2 tunggu kt sepital aku online.. thanks God internet aku free~ thanks wanie.. then aku check email.. ade email dari pensyarah suruh aku edit paper aku.. erk.. ok aku cube tenang.. aku harap sumer dapat settle malam ni and balik kajang sempat aku edit paper..


Selepas x-ray, doktor mintak abah stay kat Ward and esok pagi baru dorang antar ke hospital Ipoh.. What? Ipoh? aku... aku... [pandang atas]

Then mak cannot take it.. mak mintak doktor bg AOR discharge tuk kitorg sendiri antar abah kt hospital serdang.. ok lame gak dorg nak benarkan.. tapi akhirnye dapat gak pelepasan..

Kul 10 malam gerak balik.. sampai kt hospital serdang kul 12.. aku stay sane sampai kul 3 pagi.. then abah kena stay ward.. mak balik ngn aku.. aku terus dengan pantas mengedit paper sampai kul 6 pagi terus submit.. then hantar mak ke hospital semula..

lepastu aku terus pengsan......

8 Nov 2010
mak call kul 12 kate doktor dah bagi abah bius..
dan abah dah pun masuk bilik operation..
kul 4 semua selamat.. Alhamdulilah..



Wednesday, November 3, 2010

Unfamiliar Word

Harini aku diberi satu perkataan yang sungguh aku ingatkan nama orang, iaitu Sundry. So, tanpa berlengah lagi aku terus bertanye kepada si tukang pemberi perkataan.

"Siapa Sundry?"

Si tukang pemberi perkataan pun menjawab..

"Ur preity hensome suitor.."

Ah sungguh tak menjawab soalan. Then, aku decide tuk tanye encik google..

Sundry: 'Bermacam-macam'
Suitor: 'Peminang'

Ok sekian. Segalanye sudah terjawab.