Remember this baby?
Imtiyaz namanya
Aku pernah bercerita tentang dia dalam post before ni
Post: The Hard Crying Baby
Sekarang dia sudah besar..
very adorable boy..
Today dia n famili akan bertolak ke Jepun
for two years..
Well, all about work.. seronoknyer~
So, kisah kali ni nak bercerita tentang satu perasaan indah. Alkisah hari ni, aku and parent nak gi antar Famili ni at KLIA. Kerana kemalasan kitorg nak bawak kereta sampai ke KLIA, kitorg park kereta kat Putrajaya. Kami naik KLIA express. Sambil-sambil menunggu LRT yang akan sampai dalam 16 minit lagi, kitorg berbual..
Abah: Bila lah nak pergi oversea lagi ye~
Me: I will~ [dengan yakinnya]
Abah: huh?
Me: tengok ni~ [sambil tunjuk tapak kaki dengan tak sopannye]
Abah: apa dia?
Me: taik lalat dikaki.. baru perasan semalam..
Abah: takkan tak hilang dari pergi Malawi..
Me: masa pergi Malawi ada kat hujung jari kecik ni.. tapi dah lama hilang.. sekarang dia ada kat hujung jari besar lak.. hahaha [dengan nada seronoknye explain]
Mama: wah~ tu nak pergi jauh tu.. [nada dengan harapan]
Abah: oh betul ke? [nada ingin percaya]
Me: well.. itu mengikut kepercayaan orang ar.. hehe
Abah: cuba tilik ni, taik lalat abah kat tangan ni..
Me: errr..
Begitulah dia al-kesah tentang taik-lalat-baru-ku Tapi serius, taik lalat itu sangat cantik. Negara manalah bakal aku jelajahi ni? ahakss~ Then, kitorg pun dah sampai dekat KLIA. Sampai awal, so kitorg berjalan-jalan. Kitorg tunggu kat balai berlepas sambil tengok kapal berlepas dan mendarat. Aku teringat masa first time kitorg nak bertolak ke Malawi 10 tahun yang lepas. Oh bestnye time tu, tatkala diri ini begitu naif tentang segalanya. Perasaan yang tak akan dilanda masalah, hanya hari-hari yang indah bakal dilalui.
~~~~~
Teringat masa first time kaki melangkah ke dalam perut kapal terbang. Berbunganye hati, jantung, perut, kaki, tangan.. Mungkin terserlah muka jakun time tu, hehe. Dan bertuahnye time tu, tiket business class tapi dapat duduk kat first class. Layanan memang exclusive gitu.. Itulah pengalaman pertama dan mungkin yang terakhir dapat duduk first class.
Sampai-sampai kat Johannesburg, diri agak kagum dengan kemajuan dan kesejukan South Africa. Tapi abah dah warning awal-awal, 'Jangan terkejut dengan Malawi'. Time tu tak berapa nak faham apa maksud abah. Stay dekat Johannesburg dalam 2 hari kot, pastu baru berolak gi Malawi. Kali ni kapal terbang kecik, yelah nak bandingkan kapal terbang MAS yang besar gedabak tu kan.
Here we come Malawi.. Turun-turun plane jek, tergamam tengok apa yang ada depan mata. Padang jarak padang terkukur. Cuaca dia pulak time ni sejuk tapi very the kering. Aku sangat excited nak masuk sekolah, tapi abah masukkan kitorg dekat kolej komputer. Tak tau apa yang abah plan untuk kitorg. Time ni hati memberontak sebab tak puas hati kenapa tak boleh masuk sekolah. Tapi terpakse terima semuanya sebab dia yang bayar kan. So, kitorg amik kelas komputer, belaja programming pascal selama 3 bulan. Dalam kelas tu cuma ada 4 orang student, hahaha. Disebabkan time tu muda berseri, minda terima je ape yang masuk. Tapi takdir menentukan segalanya, bila hari nak amik exam tu, tiba-tiba kitorg tak leh amik sebab dorg tak daftarkan kitorg [agaknye kot ni yg terjadik, aku seperti lupa ingatan, haha]
Akhirnya abah masukkan kitorg sekolah gak. Lebih terjamin katenye. Mula-mula aku excited tapi aku masuk Form 4 same ngn wanie. I know wanie tak berapa suka idea ni, and so do I. Level aku tak sama dengan wanie, dia terlalu pintar. Malu aku nak mengaku sebagai adik dia. Tapi nak buat macam mana. Pelajaran ketinggalan jauh sangat. Aku berhenti Form 2 masa kat Malaysia. Then sambung kat sini terus Form 4. Dengan tak semena, ada subject Chemistry, Biology, Physic. What the~ Aku tak pernah paham dan tak pernah cuba untuk nak paham. Well, aku memang seorang yang agak bongok lah. Satu jek subject yang aku boleh terima iaitu Math. Subject lain sumer merah-merah dalam report card kecuali Math, ahaha. Berbezanya dunia aku dan wanie walaupun kitorg berada di persekitaran yang sama. Wani kata aku tumpang glamour dia. Oh, aku tak mahu pun glamour. Aku rela menjadi invisible girl. Aku memang tak bercakap sebab aku tak pandai nak speaking. Entah apa-apa cikgu merapu kat depan.
Tapi dalam kebencian, mesti ade keseronokkannye. Ye, aku akui.. sekarang aku menyesal sebab tak hargai betul-betul saat tu. Bukan susah pun nak speaking. Tapi bukan speaking menjadi masalah aku.. Masalah aku adalah komunikasi.. kalu dah benci tu kan, memang akan benci.. Kadang-kadang tak paham apa dorg tanya, tak tau samaada perlu angguk or geleng. Hurm, kenangan tetap jadi kenangan. Aku belaja dari semua kesilapan lalu.
~~~~~~
.: Our First Raya disana :.
.: Our school uniform :.
.: kedai jual kek tiada disana,
so kitorg terer buat kek sendiri :.
.: Uniten 1st sem break, aku n wani balik ke Malawi :.
1 comment:
Wah best nye dpt ddk Negara org kan?? Leh differentiate dgn Negara sndri.. hohohoh. Ko nk g ane boyak pasnie?? hohohoh
Post a Comment