Boleh dikatakan mimpi aku yang paling teruk sekali lah. Seingat aku time tu aku macam kat satu rumah kampung kat pulau. Rumah kampung tu kat tepi pantai je. Kitorg ade empat orang. Siapa empat orang itu? Salah satunya adalah aku, yang selebihnya aku tak ingat. Kitorg main kat tepi pantai. Tiba-tiba salah sorang tu campak satu beg ke laut. Lepas penat main, kitorg masuk ke dalam rumah. Aku yang time tu pakaian dah basah, terkepoh-kepoh la mencari beg aku nak salin pakaian. Then aku teringat beg yang dicampak ke laut tu. Damn! Tu beg aku!
Kemudian, aku pun terkocoh-kocoh nak ke laut. Sedang aku berjalan ke laut tu, tiba-tiba Awal Ashaari datang dengan gaya machonya sambil menunggang motorbike.
Awal: Naiklah, saya tumpangkan awak~
Dreamer: Erk~
Tanpa berfikir panjang, aku pun ikut jela. Entah macam mana masa aku nak naik motorbike tu jadi besar gila. Tapi sebab mimpi kan, lompat-lompat sikit dapat jugak la aku merasa tunggang motorbike dengan Awal.
Pastu sampai dekat depan Kilang, ada roadblock. Ah sudah~ Aku dah la tak pakai helmet. Tapi time tu rileks je sebab yakin aku tak salah. Tiba-tiba kena tahan..
Tok kadi: Turun2~
Dreamer: Erk~
Tok Imam: Kitorg nak kawenkan korg ni~
Dreamer: APEHAL LAK! KITORG BUKAN BUAT APE PUN! BLA BLA BLA BLA~
[aku pun tak ingat ape aku bebel]
Tok kadi: eh rileks la, kitorg gurau jek..
Dreamer: erk~
Pastu aku pandang sekeliling carik Awal. Dalam dengan mencari tu, aku nampak Kak Mimi and Kak Nora tengah tergesa-gesa nak pergi suatu tempat. Aku menghampiri dorg..
Dreamer: Gi mane kak?
Kak Mimi: Gi pantai~
Dreamer: Ada ape?
Kak Nora: Nak senam aerobic la..
Dreamer: erk
[Damn! mimpi dah macam babun merepek]
Bila sampai je kat pantai. Ada ramai orang kat situ. Entah macam mana dengan ajaibnya, pantai telah dipagar dengan pagar dawai. Sekeliling pantai telah di pagar. Macam kena kuarantin. Aku tolak sumer orang supaya aku nampak apa yang berlaku. Tiba-tiba dengar satu announcement..
"Perhatian semua, hari ini pantai terpaksa ditutup kerana terdapat banyak BAB* berkeliaran di pantai. Harap maaf."
Aku pandang dengan mata tajamku untuk perhati disebalik pagar. Aku nampak ada guard-guard yang menjaga dan juga BAB* yang berkeliaran. Ada juga BAB* yang memeluk kaki guard. Guard dah tolak-tolak pun, BAB* tu tetap peluk dengan erat sambil memaki. Aku pergi lagi dekat untuk dengar apa yang dimaki. Terkejut aku bila dengar apa yang dimaki oleh BAB* tu. BAB* tu memaki Rasullulah. Astaghfirullah hal azim~ Memang terkejut benarlah tapi dalam kepala hotak, aku nak cari beg baju aku.
Aku decide untuk masuk ke pantai guna pintu belakang. So, aku menyelinap. Aku selak jek, Masya-Allah! Binatang tu dah terpacak kat depan pintu. Aku tutup pintu semula. Aku jadi gelabah dan aku pun panjat satu bangunan yang sangat tinggi. Memang sangat tinggi. Nasib baik ada tangga untuk aku panjat. Entah tak tahu berapa lama aku amik masa untuk panjat, aku pun sampai dekat atas. Aku pandang ke bawah. Gayat siot! Then aku nampak 2-3 BAB* berkeliaran. Wah! macam mane boleh terlepas. Sialan! Belum sempat aku menyorok, ada seekor ni ternampak aku. Aku pun pelik gak, babi bukan takde leher ke? Macam mane dia boleh jenguk ke atas? ahahha, nama pun mimpi!
Dan entah macam mana, belum sempat aku mengucap, BAB* tu panjat dengan begitu pantas. Bukan panjat, tapi macam lebih kepada lompat. Sejak bila BAB* reti lompat!!! Memang dasar BAB* betul la! Tapi bila sampai atas je, BAB* tu silap corner lalu BAB* terjatuh semula. Kali ni BAB* tak jatuh ke tanah, tapi BAB* termasuk ke dalam laci. Entah dari mana datang laci. Kira macam laci tu separuh bangunanlah. BAB* tu pandang aku. BAB* ready nak buat lompatan BAB*. Jantung aku berderau macam nak mati. Belum sempat aku berfikir, BAB* lompat dengan lajunya kearah aku. Memang betul-betul kena kat muka aku. Tapi aku tak rasa macam kena terajang, aku rasa macam geli. Macam benang bermain-main kat leher aku. Dengan tahap geli BAB* yang maximus, aku pun terjaga.
Warghhh!!! BAB*!! Maka, bangunlah aku dengan gaya macam BAB* telah menyerang aku. Aku pandang kiri kanan. Mana BAB*??
Ya Allah~ Mimpi rupanya aku. Alhamdulilah~ Subahanallah~ Astaghfirullah hal azim~
Badan aku pun terus jadi panas macam nak demam. Trauma dengan mimpi BAB*. Apalah maksudnya tu? Gangguan Syaitan ke? Apa salah aku?
Aku terus mandi. Then aku Solat Subuh dan Solat Taubat Nasuha. Entah apa kesalahan aku~ Apa silap aku~
No comments:
Post a Comment