Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 25, 2011

I miss you..

Last 2 days, aku bermimpi arwah Opah. Dalam mimpi tu aku kat kampung. Macam ada kenduri. Then, dalam tengah kenduri tu,Wanie tetibe ajak aku balik.

Wanie: weh jom la balik. Aku ada kerja.

Me: ok jumpa Opah dulu. Mesti dia sedih kita nak balik.


Then aku nampak arwah Opah, aku pergi kat dia and aku peluk dia. Lama aku peluk dia.

Me: Opah~ kitorang balik dulu ek..

[dia senyum]

Me: nanti kitorang datang lagi tau..

[dia senyum]


Ya Allah aku rindu dia~ rindu dia sangat! aku tak puas peluk dia dalam mimpi. mimpi tu mungkin ada maksud. aku dah lama tak ziarah kubur Opah. dia rindu kat aku ke ek? sebab aku rindu dia sangat!

Aku ingat lagi masa aku kecik. bila cuti sekolah jek, mak hantar aku and wanie duduk kat kampung dengan Opah. dia duduk sorang-sorang kat kampung time tu. pagi-pagi subuh lagi dia dah bangun tuk jual kueh. then tiap-tiap maghrib dia akan ajar kitorang mengaji. Kitorang mengaji, dia masak kat dapur. kalau kitorang salah baca, dia betulkan dari jauh. Hebat kan dia? arwah Opah orang yang sangat kuat bekerja. i wish aku setabah dan sekuat dia.

Aku ingat lagi masa kat kampung. Opah marah kitorang suka makan jajan. sampai kitorang sorok-sorok jumpa pakcikSabri kat tingkap suruh dia beli jajan kat kedai ahChai.

Aku ingat lagi dia rajin bawak especially aku and wanie jalan-jalan. Opah kalau jalan, macam pelesit. laju jek.

Aku ingat lagi kalau aku tengah termenung, Opah selalu raba-raba kepala aku macam ade kelumumur. nanti dia gosok-gosok macam nak hilangkan kelumumur tu. then aku tanye dia, "ade ape Opah?". dia jawab, "saje suke". then in return, aku selalu bersihkan kelumumur kat kepala dia. kadang-kadang sampai naik gian aku garu sampai darah. kesian kepala Opah.

Aku ingat lagi tiap-tiap kali bulan puasa, aku akan puasa penuh. sejak aku umur 9 tahun aku dah mula puasa penuh. sebabnya nak dapat duet raya banyak dari Opah. sebab tu masa aku first time datang bulan, masa umur 13 tahun. aku nangis macam dah hilang dara.

Aku ingat lagi masa aku duduk pontian. mak and abah awal pagi lagi dah pergi kerja. Opah lah yang ada kat rumah selalu teman aku before aku pergi sekolah. selalu dia masak sarapan nasi goreng. aku panggil nasi goreng Opah. no one can make that nasi goreng selain dia.

Aku ingat lagi aku rajin tolong dia buat siput sambal. then nanti dia bungkuskan tuk aku jual kat sekolah. i think aku ada minat bisnes ni pun dari dia. selalunya abis aku jual siput sambal ni. kalau tak abis pun aku makan sendiri. then duet aku kasik dia. tapi dia selalunya tak nak. dia kate tu duet tuk aku. Then aku cakap kat dia, "nanti bila orang dah besar dah kerja, ieja bagi Opah duet pulak ek". tak disangka sumer tu tak sempat.

Aku ingat lagi ada satu malam tu, dia cerita kat aku..

Opah: malam tadi arwah Atok datang dalam mimpi Opah..

Me: pastu?

Opah: pastu dia ajak Opah jalan-jalan..

Me: Opah ikut ke?

Opah: ikutlah. naik motor.

Me: gi mane?

Opah: tak sempat pun. mokteh ko dah menjerit kate Opah lupa pakai selipar.


Aku ingat lagi masa aku duduk kat Pontian. paklong datang nak bawak Opah balik. aku peluk Opah tak kasik dia balik. dia kate nanti dia datang lagi. aku pesan kat dia, "kalau arwah atok ajak jalan-jalan, jangan la ikut~". dia gelak jek.

Aku ingat lagi masa dia jatuh sakit. time tu badan dia lemah. mak bawak Opah duduk dengan kitorang kat Pontian. aku mandikan dia. letak bedak kat badan dia. pakaikan dia baju. suapkan dia makan. oh i miss you so much. i wish to take care of you more.

Aku ingat lagi masa last hari raya dengan Opah. ada satu malam tu, ieja mimpi Opah sihat. orang kata kalau mimpi orang yang sakit tetibe sihat, maknanya dah sampai masa dia. selepas 3 hari dari mimpi ieja tu, Opah meninggal..


Opah.. mesti Opah ikut Atok naik motor gi jalan-jalan kan?

Opah..
sungguh Ieja rindu kat Opah sangat-sangat..
sungguh Ieja sayang kat Opah sesangat..
sungguh Ieja nak peluk Opah lagi..

Alfatihah buat arwah Opah..

Ikhlas dari cucu yang sangat merindui Opah,

1 comment:

WaNi.NaiVe said...

okay, aku sangat emo baca entry ni... sob sob... ~berjurai-jurai air mata~