susah jadi anak yang tengah. apa tentang wanie and apip, abah akan tanye aku. sebab bila abah tanye dorg depan-depan dorang susah nak jawab. sebab wanie jenis yang malas nak layan. apip pulak jenis yang suka buat pekak. aku ni pulak jenis tak sampai hati. so kadang-kadang tu aku yang jadik tukang jawab bagi pihak dorang. abah pulak soklan sentiase menyakitkan hati, mesti berbaur sakastik. dan aku pulak kalau jawab mesti akan mempertahankan diri supaya tak terjerat dalam permainan kata-kata abah.
so ade satu ketika tu, abah datang and cakap dekat aku..
"kadang-kadang bila abah tanya anak abah soklan tu, maknenye abah nak berbual dengan dia. tapi bila abah tanye dia, ieja yang jawab. ieja macam tak hormat abah untuk berbual dengan anak abah sendiri. bila abah bagi nasihat kat dia, ieja mesti mempertahankan dia. abah rasa macam gagal menjalankan tugas sebagai seorang ayah. ieja benci kat abah ke?"
sejak diberi warning ni, aku dah tak pernah jawab bagi pihak dorang. ada pulak bila abah tanye dorang sampai 2-3 kali dorang tak jawab, pandai pulak abah tengok aku sambil menanti jawapan dari aku kan. dan aku akan jawab dengan slumber..
"tanye la lagi.."
No comments:
Post a Comment