Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, September 30, 2011

Day 20


Ieja/Ijah
sebutan sama tapi ejaan lain. ikutla selera setiap orang nak mengeja macam mana pun. janji sebutannya sama. ni common nama aku yang orang panggil. kalau kenal aku melalui famili, memang inilah nama yang orang akan panggil aku.

Boyak
nama ni diberi oleh pakcik aku. masa aku kecik aku agak berisi dan maka dengan itulah aku dapat gelaran nama ni. yang panggil aku dengan nama ni pun hanya certain orang jek. kawan yang betul-betul rapat dan jugak sepupu sepapat yang sebaya dan keatas.

Zaza
secara tak sengaja nama ni digunakan. guna sekadar suka-suka sebab cerita ManjaLara. lama-lama melekat. yang guna nama ni hanya kawan-kawan GBM jek.

Kecik
ni nama aku dapat masa aku mula-mula masuk Uniten. sebab time tu memang budak kecik sungguh lah. yang panggil aku pun hanya certain orang jek.

Pija
panggilan ni jarang digunakan. aku tak ingat siapa yang guna nama ni tuk panggil aku. tapi aku memang tau aku pernah dipanggil dengan nama ni.

Fieza/Fiza/Fizah
sebutan sumer same, hanya ejaan je lain. ni nama common.

Aman
ni nama hanya ade sorang je panggil aku iaitu Aini. mula-mula dia panggil aku Apiz. lama-lama jadik Peace. pastu belaja pulak Peace = Aman. so dari situ lah dia panggil aku Aman sampailah sekarang.

Pisang Montel
nama ni dapat masa dekat sekolah SDAHA. reasonnya tidak diketahui.

Pizza
ini pun dapat masa dekat sekolah SDAHA. budak-budak laki yang panggil aku nama ni. reason pun tak diketahui.

Spy
nama ni hanya sorang je panggil aku masa aku praktikal dekat Sony dulu. dapat nama ni pun sebab kerja-kerja aku yang hebat Spy orang. wahahaha. damn!


Day 20 Challenge: DONE!!

No comments: