Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 15, 2011

Day 4


1) batu seremban
pergh ini game paling femes mase dekat sekolah. pantang ada mase free je. memasing open table. siap ada yang buat bisnes jual batu seremban. macam-macam corak ada. siap boleh request nak letak dalam tu ape. biji beras, biji kacang, pasir. kau pilih jek. 5 biji seringgit. murah siot. aku pernah jumpa dekat metro inn 5 biji sepoloh ringgit. *menangis tabelagu* <--[sbb aku beli]

2) ceper/penutup botol
games ni pun femes selepas permainan batu seremban. tapi game ni bising kalau main dia. batu seremban main dia ala-ala gadis melayu skit. sopan dan lemah lembut. kalau ceper main dia macam budak kasar sikit. konon cam ganas ar. lebih-lebih lagi kalau masa timbang dapat full mark. muke bangga tak terkata. ceper tak perlu kuar duit untuk main. selalunya kitorg gi je dekat kedai apek depan sekolah agama jalan penggaram tu. banyak bersepah penutup botol. kutip je la kan. sekarang ni dah tak boleh, jarang nak jumpa penutup botol. tapi aku ade beli jual dekat kedai. memang khas tuk main ceper ni. 5 penutup botol berharge 50sen. yezzaaa murah!! *senyum happy*

3) galah panjang
game ni pulak memang femes dikalangan senior-senior dekat sekolah rendah. sape je senior dekat sekolah rendah. budak-budak darjah 5 ngn 6 je kot. haha. game ni main mase awal pagi before loceng bunyi and masa rehat. port main pulak dekat padang badminton. tak sumer dapat main. taiko-taiko je dapat main. kalau kau baik dengan akak-akak senior, dapatlah kau jadik anak keladi.

4) chup-chup tiang
ini pulak game main peluk-peluk tiang. dekat sekolah kan banyak tiang. game ni pulak femes dikalangan budak-budak darjah 1-4. yela sebab tak dapat main galah panjang. sambil tengok akak-akak senior main galah panjang, sambil tu kita main peluk-peluk tiang.

5) bingo
game ni akan dimain bila lupa bawak batu seremban ataupun kehilangan ceper. cume perlu kertas dan pensel. sebut number dan potong-potong. bila number dalam satu baris dah di strike, time tu la sebut BINGO!! game ni nak main tipu pun boleh. bukan dorg check. aku selalu main tipu. ngahahahahaha *gelak setan*

6) coca-cola
huh ni pun femes gak selain dari main galah panjang. main pijak-pijak kasut. kasut sekolah kan putih suci bersih. wahahaha seronok dapat kotorkan kasut orang. nak pulak haritu hari isnin. wuuu kasut baru kapur. amekaw!!

7) ting-ting
main ting-ting ni sape tak tau memang tak patut la. lukis kotak-kotak dekat lantai ataupun tanah. macam ala-ala bentuk kapal terbang. pastu carikla gundu kau. then baling dan lompat-lompat dengan satu kaki. kalau hebat dalam melompat sekali jalan dah boleh habis main.

8) kopak-kopak
game ni aku rase aku je panggil kopak-kopak. atau nama lainnya patung kertas. game ni aku main dekat rumah jek. selalu beli dekat pasar. "mak nak kopak-kopak!!" mak dengan terpakse relanya membelikan. ala sekeping tu 20sen je kot. tapi selalunya beli bukan sekeping. mahu-mahu mesti 3 keping. setiap keping ade satu susuk tubuh wanita yang comel dan berserta baju-baju dia yang comel. di kopak-kopak dan main macam main barbie. yela tak mampu nak beli barbie kan mahal.

9) pondok-pondok
atau nama lainnya main masak-masak. ataupun juga dikenali sebagai main kawen-kawen. game ni selalunya aku main petang-petang lepas balik sekolah agama. dekat taman permainan. port kencang dekat bawah pokok. kalau balik kampong pun akan main game ni. game ni main pun dengan dak pompuan jek. selalu aku amik watak anak jek. malas nak jadik mak atau bapak.

10) kejar-kejar
sampai sekarang pun masih main kot game ni. lari-lari lepas penat cangkung. haa semput!!


Day 4 Challenge: DONE!!

No comments: