Pada suatu zaman dahulu, ada seorang budak lelaki nama dia Ken. Dia mempunyai dua orang adik kembar nama mereka Ban dan Bun. Mereka merupakan kembar yang comel. Pak Tut merupakan ayah kepada Ken. Dia adalah seorang penternak kambing dan lembu yang berjaya. Dia mempunyai dua orang isteri bernama Mak Pot dan Mak Kus. Mak Pot merupakan ibu kepada Ken, Ban dan Bun. Chot dan Chin merupakan pasangan kembar dan adik beradik tiri kepada Ken, Ban dan Bun. Chin dan Chot adalah anak dari hasil Mak Kus dan Pak Tut. Hasil yang halal tau, ingat tu.
Sejak dari lahir lagi, Chin dan Chot memang tidak suka dengan Ban dan Bun kerana Ban dan Bun merupakan kembar yang bongsu. So, kasih sayang lebih kepada mereka. Chot dan Ken pulak tidak sebulu kerana mereka menaruh hati pada Moo. Moo adalah anak jiran sebelah rumah. Seorang yang manis, sopan dan baunya harum.
Pada suatu hari,
Pak Tut: Ken, mari kesini kau~
Ken: Apa dia pak?
Pak Tut: Esok hari lahir Chot dan Chin.
Ken: So?
Pak Tut: So, bapak mau kau pergi jemput semua penduduk kampong.
Ken: Then?
Pak Tut: Esok malam ade majlis la.
Ken: Upah?
Pak Tut: derr~ nah amik 2 posen.
Selepas menjemput semua penduduk kampong, Ken singgah di gerai Makcik Senah untuk membeli cekodok pisang. Itulah dia kegemaran Ken. Cekodok pisang. Dalam perjalanan pulang sambil menikmati cekodok pisang, Ken terserempak dengan seorang pengemis. Kesian pulak Ken tengok pengemis itu. Tak sampai hati dibuatnya. Tapi Ken hanya mampu melihat kerana 2 posen yang diberi oleh Pak Tut telah dibelanjanya.
Pengemis: Tolong, saya lapar. Saya belum lunch lagi ni.
Ken: Tapi saya tak ada duit.
Pengemis: …. [pandang cekodok pisang]
Ken: …. [pandang cekodok pisang]
Pengemis: Berilah saya cekodok pisang itu dan saya berikan awak kacang ajaib ini.
Tanpa ragu-ragu dan sebarang pertanyaan, Ken bersetuju cekodok pisang ditukarkan dengan kacang yang dikatakan ajaib itu. Di rumah, dia membelek-belek kacang ajaib itu. Ban dan Bun datang menyibuk untuk menganggu.
Ban: Apa tu?
Ken: …. [fokus memandang kacang]
Bun: Kacang untuk projek sains ke?
Ken: Ini kacang ajaib la.
Ban: Haha. Setakat tanam tumbuh taugeh, ajaib konon.
Ken: Aku terasa macam dalam cerita Jack and the Beanstalk.
Bun: Kalau macam tu, jom kita tanam.
Mereka bertiga pun bersetuju untuk menanam kacang ajaib itu dibelakang rumah mereka. Keesokkan harinya, masing-masing sedang sibuk menyediakan persiapan majlis hari lahir untuk Chot dan Chin. Bun yang disuruh Mak Pot untuk mengambil daun pisang segera kebelakang dan alangkah terkejutnya Bun. Kacang yang mereka tanam dibelakang semalam sudah menjadi pokok yang dipenuhi dengan buah ceri yang sedang masak ranum. Lalu berlarilah Bun mencari Ken dan Ban. Oleh kerana kesawanan Bun, Chot dan Chin menyedari sesuatu dan mengekori mereka.
Ken: Kenapa ceri?
Ban: Peduli apa ceri ke pisang, Nampak sedap.
Bun: Jom la kita rasa.
Ken: Tak beracun ke?
Ban: Haah la. Apa kata kau yang makan.
Ken pun memetik sebijik ceri. Makan. Petik lagi sebiji. Dan Makan. Ban dan Bun sekadar memandang. Tanpa disedari, lima biji ceri sudah dimakan oleh Ken. Kemudian mereka kedepan untuk sambung kerja mereka. Chin dan Chot yang dari tadi mengskodeng mereka, keluar dari semak. Lalu mereka memetik dan memakan kesemua ceri yang sedang masak ranum.
Majlis pun bermula, kesemua tetamu sudah pun tiba. Dari jauh kelihatan Moo yang begitu manis dengan skirt merah jambu dan beg sandang Barbie-nya. Ken datang mendekati. Kerana tak mahu mengalah, Chot juga cuba datang mendekati Moo.
Ken: Hai, Moo.
Moo: Assalamualaikum.
Ken: Hehe. Waalaikumsalam.
Chot: Hey Ken, don’t you dare kacau my Moo!
Ken: Ada aku kesah?
Moo: Hey Please jangan gaduh kerana saya!
Ken & Chot: Shut up you!
Moo: err.. [terkesima]
Ken: Aduh!
Chot: Eh, belum pukul lagi dah sakit?
Ken: Bukan la bongok! Perut aku meragam. Aku rasa ni mesti sebab ceri.
Chot: Erm..
Kerana Ken tidak dapat menahan sakit perutnya itu, dia terpaksa melepaskan angin yang meronta-ronta ingin keluar dari perutnya yang digelar…
Proooooottttttttttttttttttttt~
Pak Tut: Siapa kentut?
Ken: Saya~
Pak Tut: Ken bin Tut tu memang la kau. Bapak Tanya siapa yang kentut tadi?
Ken: Saya.. [tunduk malu]
Moo: Tapi Ken kentut bau wangi.
Semua penduduk yang hadir sukakan bau kentut Ken, dan kerana itu Pak Tut bangga dengan kejayaan Ken. Chot berasa cemburu.
“Kalau Ken makan 5 biji je dah bau wangi macam ni, aku makan hampir seluruh pokok.. Sure confirm kentut aku lebih wangi dari Ken. Dan bapak sure bangga dengan aku.”, kata Chot dalam hatinya dengan penuh keyakinan.
Setelah ditunggu hampir sejam, Chot tidak mengalami sebarang tanda untuk kentut. Dia menjadi sakit hati dengan penungguan yang menyeksakan itu. Makin sakit jiwa bila lihat Moo dan Ken begitu mesra. Majlis hampir selesai, dengan itu Pak Tut menjemput Chot dan Chin untuk ke pentas dan memberi sepatah dua kata sempena majlis hari lahir mereka. Tiba-tiba, perut Chot mula meragam. Chot berasa sangat gembira. Dia berlari ke atas pentas dan merampas mikrofon dari tangan Pak Tut.
Chot: Saya ingin menjemput Moo untuk kedepan pentas.
Moo: …. [pandang Chot dengan penuh tanda tanya]
Chot: Sila kedepan pentas please~
Moo: Sini?
Chot: Okay bagus. Selepas ni, mesti awak sayang saya lebih dari Ken.
Moo: ???
Sepuluh saat sudah berlalu. Chot masih menunggu kentutnya untuk keluar. Kesemua penduduk memandang sesame sendiri dalam kekeliruan. Chin yang berada disebelah Chot scara tiba-tiba..
Burrrrrrrrppppppppppppppppppp~
Kesemua tetamu pengsan kerana bau sendawa itu tersangatlah… Bacin..
Sekian.
2 comments:
ngahahahaha....~
giler ahh...ko punye daya imiginasi sgguh laa t'serlah zazap...tabik springg :D
mcm bed time story pn ade..mau aku tido mimpi t'kentut ceri mlm ni kangg!
btw, cik moo 'seorang yg manis, sopan & baunya harum' [kembang kempis perottt saya...mmmoooOOOOOO~
wahahahaha..
lawak betul ah... boleh plak wangi,, yek yek yek ~~~
eh lupa nk ckp. helo :)
1st time singgah sini :)
Post a Comment