Warning: Kesah ini membusankan dan sungguh panjang kesah ceritanya. Saya tidak menggalakkan anda untuk membaca. Tapi kalau anda dapat membaca sehingga kehabisan cerita, sila comment ye. Teringin jugak nak tengok orang yang tekun kat blog haku ni. Terima Kasih.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
4 bulan sebelumnya..
"Si logo hijau-kuning bukak post IT officer", Abah cuba meng-inform. Aku sekadar mendengar. "Kau cuba lah, seminggu je dia bukak", Abah meng-suggest. Aku memandang Abah dengan kurang yakin akan niatnya. "Cuba je". Aku memandang Emak dengan pandangan perlu-ke-aku-apply. "Cuba je la, manalah tau kan". "Huh~ Ye la".
Seminggu selepas..
"Hari ni last day, dah apply?". Terkedek-kedek aku berlari ke laptop untuk meng-apply. Wani disebelah menjadi saksi.
"Tamat darjah 6. Ya. Tamat tingkatan 3. Tidak. Next. Alamak SPM, camno ni wani?". "Pilih lain-lain", Wani cuba membantu. "Damn. Kena isi gak Bahasa Melayu. Boleh tak aku letak A+ untuk Bahasa Melayu aku?".
Aku tak berani pulak nak menipu. Ah lantak lah, aku apply ni pun sekadar nak puaskan hati Abah. Atleast aku apply kan. So, aku kosongkan ruangan SPM. Next. Akademi Tinggi. Dengan kerajinan aku mengisi. Next. Pengalaman. Dengan kerajinan juga aku mengisi. Next. Kemahiran. Ah penat sudah aku, tiga cukuplah. Next. Bahasa. Nasib baik drop down button jek. Next. Kegiatan Luar. Malas, biar je la kosong. Next. Pencapaian. Apakah ini, susahnya untuk aku nak pikir. Ah biarkan jela. Next. Objektif. Apa yang akan anda sumbangkan kepada kejayaan si Logo hijau-kuning. 500 patah perkataan. Saya sumbangkan suara yang sumbang, boleh? Ah, lantak kau. Next. Rujukan. Siapa? Ah biar je la kosong. Next. Lampiran Sijil-sijil. Alamak, sumer jpeg sijil dalam external. Malas la pulak. Biarkan jela.
Maka dengan itu. Button ini di tekan dengan yakinnya.
Terkedek-kedek aku menuruni anak tangga dengan muka lega. "Dah apply?", Abah memandang. "Sudah~". "Kau apply sebab abah suruh ke? Macam terpaksa je", Abah seakan memerli. "Ofcoss~", Aku sungguh berterus terang.
Seminggu kemudian..
"Dorang kata yang apply position tu ada sampai seribu lebih", Abah meng-update aku dengan gosip terkini. Aku buat muka terkejut. "Dorang kata ramai foflat". Aku mengangguk. "Kalau kau tak dapat temuduga pun tak apa la kan". "Tak mengharap pun", Aku tersenyum.
13 July 2010
Apakah ini?
Dengan minda yang agak bijaksana, aku cuba check dekat website. Ini biar kebenaran~ [pergh! terserlah bahasa melayu tonggang-langgang]
Dengan minda yang terasa ini hanya mainan semata, aku biarkan.
14 July 2010
+603######## calling~
Dengan minda yang kurang sedar, aku terangkat call itu. "Salam, cik SNH". "Ye". "Ada dapat email?". "Email?". "Ye email~". Email apa pulak ni. Aku tunggu email dari si Gunting-gunting tu ade lar. "Email surat panggilan bla bla bla bla". Ini memang betul. Aku fikir cubaan.
Macam mana aku boleh layak untuk temuduga? Soklan pertama aku. Dorang pilih based on apa? Soklan kedua aku. Dorang pilih sebab Abah ke? Soklan ketiga. Borang permohonan aku isi pun cincai, apa yang dorang nampak kat borang aku? Soklan keempat. Bukan kena ade SPM ke? Soklan kelima. Apsal aku baru sedar lagu yang aku dengar ni dah diulang berkali-kali? Saje nak cukupkan enam soklan.
Aku decide untuk rahsiakan dari Abah. Tapi tak sampai hati. "Orang dapat interbiu dari si Logo hijau-kuning". "Siapa?". "Iye aku lar". "Abah ingat dia tak laku ke?", Wani cuba membusy-body. "Betul ke?". Angguk-angguk. "Macam mana pulak boleh dapat interbiu?". Geleng-geleng.
20 July 2010
Memandang dengan penuh sopan CD dan template tentang si Logo hijau-kuning. Abah yang bagi tempoh hari sebagai preparation. Semangat-nya Abah. Sedangkan aku, terasa macam ini masih cubaan. CD dan template tersadai di sofa tanpa ada niat untuk membelek. "Nanti masuk-masuk bilik interbiu, bla bla bla bla". Selepas mendapat tips bertubi-tubi dari pakar peng-interbiu, aku terasa macam over-well-prepared. "Kena pakai baju kurung ke?". Aku memandang Emak. "Tak kesahlah, janji sopan", Abah jawab ringkas. "Mestilah baju kurung", Emak cuba meng-suggest. "Oh tidak~ Orang nak pakai seluar". Emak buat muka hampa. "Seluar pun boleh, janji sopan. Tak dapat kerja pun tak apa. Tapi biar orang tau anak Abah ni budi pekerti-nya tinggi". Wah, dasyat harapan Abah-ku.
21 July 2010
Tanpa segan-silu dan tidak menghampakan Emak, aku pilih memakai baju kurung. Okay pulak pakai baju kurung, nampak kurus. I loike. Sungguh tak pasal-pasal harini aku bangun seawal jam 6 pagi. Dengan semangat yang so-far-sugus ini, aku melangkah ke tempat interbiu. Teringat kata-kata Abah semalam. "Jangan terkejut, luar je nampak macam setinggan, dalam macam kondo". Memang betul pun, macam office kat KLCC wa-cakap-sama-lu. Tapi aku dapat control tahap kejakunan aku. Sambil tu usha-usha candidate lain. Aiseyman, sumer tahap serius kinabatangan. Ada jugak terniat nak tarik diri. Tapi membayangkan muka Abah yang sure-sure menantikan cerita aku, aku gagahkan diri.
Yang interbiu bukan calang-man. Sumer keturunan 2D. Hati masih maintain. Tangan masih di-tahap gunung berapi tak aktif. Sambil tu borak-borak la dengan candidate lain. 15 orang sepatutnya. Tapi yang datang 11 orang je. Sedang berborak, datang seseorang yang ala-ala keturunan 2D ke-arah kitorg. "Semua ni interbiu ke?". Yang rajin jawab, "Ya". Yang malas sekadar mengganguk. Yang lebih malas, hanya sekadar melihat. "Saya lah yang akan interbiu kamu semua".
Kata dia, "Yang apply job ni ada dalam 1500". Kata dia lagi, "Pening kepala saya nak carik yang terbaik". Dia kata lagi, "Kiranya awak sumer yang 15 orang ni memang diantara yang beruntung la". Aku cuba merasa detik keuntungan. Tak sampai feeling. Dia kata lagi, "Saya mencari yang terbaik diantara kamu semua". Semua terdiam. "Dekat dalam nanti, tolonglah bercakap. Dont silent. Kamu kena tahu tentang si Logo hijau-kuning, p3rtan1an, Melesia. Semua tu kami akan tanya". Semua masih terdiam. "Okay selamat maju jaya semua". Semua masih juga terdiam.
Boing. Buzzer dibunyikan. Candidate pertama masuk. 10 minit kemudian, candidate pertama keluar. "Sekejapnya". Itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut kitorg yang menunggu di luar. Boing. Candidate kedua masuk. Boing. Boing. Boing. Hati berdebar. Tangan menggeletar pakinson. Boing.
Tok tok. Pintu diketuk sopan. "Assalamualaikum". 5 panel berderet. "Waalaikumusalam, masuk-masuk. Silakan duduk". "Terima kasih". Tahap tak ingat punya sopan santun diterapkan. Interbiu pun bermula. Soklan pun ditujukan.
"Lahir di kajang?". "***". "Sudah bekerja?". "Masih belaja?". "Belaja? Bachelor?". "Master~". "Bidang?". "Computer Science". "Berapa tahun dah?". "Semester akhir... Insya-Allah~". "Thesis dah siap?". "***". "Okay itu je soklan dari saya. Silakan bahagian teknikal". "Awak ni... gagal bahasa melayu ke?". Aku terkesima. Manalah mereka dapat idea aku gagal bahasa melayu ni. "Sebenarnye saya tak ambik SPM". "Abistu awak ambik apa?". "***". "Dekat mana awak ambik?". "Oversea". "Gi oversea sebab ayah kena kerja sane ke?". Aku mengganguk. "Ayah kerja apa?". "Si Logo hijau-kuning la". "HUH~". Semua terkejut. Mata semua pandang aku. Kecuali seorang perempuan dihujung kiri. "Siapa?". "***". "Patut pun la". Aku tersenyum. "Tapi kamu tak ada SPM. Kalau nak kerja kerajaan, kena atleast ade SPM bahasa melayu". "Saya tak pernah minta kerja kerajaan before ni". "So macam mana, tak ada SPM ni?". "Kalau dapat kerja ni, nanti saya ambik la SPM bahasa melayu, apa susah~". "Eh mana boleh~ Kena ambik dulu". Aku sekadar senyum. "Ayah awak tak pernah suruh ambik SPM ke? Ayah awak bukan kerja kerajaan ke?". Belum sempat aku menjawab. "Kan dia dah cakap tadi ayah dia encik ***". "Ada apa-apa soklan teknikal tak?". "Sejauh mana kamu tahu tentang web-based?". Web-based? Itu memanglah kepakaran aku. So, aku pun jawab. "********". Dan mereka pun mulalah tanya soalan yang aku rasa annoying gila.
| Diatas budi bicara dan kerjasama tuan pnye blog, temubual seterusnya dirahsiakan |
~padahal dah penah taip
"Kalau macam tu, itu sahaja. Terima kasih cik SNH". "Sama-sama". "Kalau macam tu, kita pulang balik resume kamu. Kamu DISQUALIFIED, sebab tak ada SPM". Aku terkesima untuk masa sesaat. Untuk sesaat aku terasa MALAYSIA bukan negara aku. Lalu aku menjawab dengan tenangnya. "Oh saya pun sebenarnya datang sekadar nak dapat pengalaman temuduga kerajaan je. Terima kasih lah". Aku keluar dari bilik. Menuju pergi ke candidate terakhir dan wish her Good Luck and Good Bye.
Aku menuruni anak tangga. Langkah aku ter-berhenti didepan aquarium-multimedia yang Abah sebut-sebut semalam. Abah kata kalau pijak atas aquarium tu, akan keluar bunyi air splash. Lalu aku, pijak pijak pijak pijak dan pijak. Dah macam gaya manusia nak bunuh cicak je gaya aku. Splash splash splash splash splash. Annoying gak bunyi. Nasib baik kat kaunter pertanyaan tak ada manusia. Fuh~ Aku tarik nafas lega. Harap-harap jangan ada camera yang meng-rekod.
Sekian.
p.s: Lepas hajat nak rasa interbiu dengan kerajaan. TERIMA KASIH MALAYSIA~
5 comments:
fariza baca sampai hbs ok..best..tahniah sbb yakin...
berani...
huish...rase nk terajang jek org interbiu tuh..
ahaha
boyak...wakakak... aku dah lali interbiu gomen... nak serap..nak serap..ntah biler la... ade skali tu aku mls giler..siap x g presentation nye level..leh ckp kat ketua HR tu.. saya mls... then answer dia.. disqualified..aku pon wat bodoh jer..wakakakak
faryza, sepot n mask..
tahniah sbb bace sampai habis..
haha [terharu]
ak pon bacer smpai habis.. penuh dengan teliti ak bace. haha
Post a Comment