Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 6, 2010

Mind vs Energy

Jam 4 pagi, selepas kasik chance laptop tuk tido, aku tergolek atas katil. Minda aku terlalu penat, tapi tenaga aku tengah hyper. Ni sumer gara-gara minum Roasted Coffee kat Kopitiam malam tadi. Memang aku bukan lah pengemar kopi ataupun peminum kopi. Boleh dikira dalam setahun, purata aku minum kopi mungkin sekali je. Tapi dek kerana terliur dengan gambar mengoda si Roasted Coffee, aku pun order coffee. Sampai Athy pun naik pelik, "Weh, ko bukan tak minum kopi ke?". Ye betul la tu. Sebenarnye aku main tangkap muat je order air. So, dalam keadaan Minda dan Tenaga tengah bergaduh untuk menguasi diri aku ni [chewah, tibe2 terasa menjadi rebutan], aku memilih untuk menjadi separa tidur and separa sedar. Gila~ memang tak tidur namenya tu, sekadar pejam mata je. Dalam tidur hangat-hangat taik ayam tu, kepala hotak sibuk memikirkan 'Masalah'. Entah datang dari pelusuk mana, tiba-tiba terlintas idea-idea 'Masalah'. Berdas-das datang idea.

Feezo, "Hoi~ tulis la idea tu kat mana2"

Fiero, "Tak payah, sah2 ko mesti ingat punyer~" <-- dusta belaka

Feezo, "Ko tu dah la pelupa~ otak tak berapa nak center~"

Badan penat gila ni. Mata tak nak bukak. Ah~ aku pun bangkit terus capai pen dan buku yang memang ada kat sebelah bantal ni. Dengan mata men-target ke arah buku. Tangan cuba meng-interpret idea. Lalu idea ditulis. Kepala hotak tak berapa sedar sebenarnye. Tapi disebabkan nak jugak novelist-kan idea yang datang tak beri salam tu, mata and tangan layankan jek. Selesai jek, buku ditutup.

Terasa otak ringan jek. Bibir pun mengukir senyuman. Kemudian, mula lah lupa pasal 'Masalah'. Minda terus memikirkan tentang bisnes goodies-ku. Pening gak nak pikir design-design baru. Dok tengah pikir-pikir tu, tiba-tiba dengar azan subuh. Ya Allah~ aku tak boleh nak tidur langsung. Lepas jek aku solat subuh, cubaan untuk tidur. Terpusing kiri, terpusing kanan. Memang sah tak boleh nak lelap. Akhirnya, aku decide untuk mandi. Then, basuh baju.

Aku pandang mak. Mak pandang aku. Terpancar dekat muka mak seakan bangga tengok anak dia bangun awal. Padahal tak tidur lagi. Aku duduk depan TV. TV pandang aku. Astro tertanye-tanye bila aku nak ON-kan dia. Akhirnye, mak musykil sambil bertanye, "Kau carik apa?". Aku terdiam. Baru aku sedar yang aku termenung pandang TV. Ah~ Badan aku tak mau tidur. Tapi kepala hotak aku penat gilak nak mampos.

Aku naik atas, nak belek tengok idea yang aku telah novelist-kan. Pergh~ bukak-bukak buku jek, aku dah nampak masalah. Masalah untuk memahami handwriting aku sendiri. Siap ada lukisan. Ada anak panah lagi.


Ok enough. Buku ditutup. Otak aku dah shut down tak ingat dunia. Tapi mata terbeliak gila ni. Tiba-tiba bibir aku tergedik-gedik tak reti duduk diam. Haish~ Apa pulak maksudnye nie. Maka aku pun google. (Sumber1, Sumber2, Sumber3)

Jika bergerak:-
  • Bibir kanan atas: Nak berkelahi
  • Bibir kanan bawah: Nak berjawab-jawab
  • Bibir kanan: Anda berada dalam keadaan aman
  • Bibir kiri atas: Menerima berita baik
  • Bibir kiri bawah: Nak berceramah
  • Kedua bibir atas dan bawah: Akan bertemu kekasih
  • Bibir atas: Akan bergaduh dengan seseorang
  • Bibir bawah: Ada orang sedang mengata/mengumpat tentang anda

Yang mana satu aku? Bibir kiri atas aku yang tergedik-gedik tak reti duduk diam. Wooo~ Bagus jugak maksud dia. Huhu. [sambil usap-usap bibir kiri atas]

Sekian sahaja kerapuan saya setakat ini.

Alamak~ Mak dah menjerit, "Ija~ Dah ready?". Ready hape nye~ Dari tadi aku dok tulis kat blog. Haha. Okla, nak packing barang. Sekejap lagi nak bertolak pergi Pagoh.

Adios.

No comments: