'Aaron Aziz' sudah reply email aku. 'Lamaran' asal pun sudah mendapat respon dari 'Christopher Lloyd'. Komen-komen yang diberikan bikin aku buntu. Penyelesaian sudah ada. Masalah je yang tak ada. So, dorang suruh aku carik masalah. Eii~ Pelik betul dunia master ni.
Harap maaf kerana menggunakan term-term yang tak dapat dipaham.
*Lamaran = Proposal~
Kerana sudah buntu, saya tak tau apa motif saya create post ini. Hanya ingin mengadu yang sambung belajar master adalah sesuatu yang tidak seronok. Aku dengan tiba-tiba rasa otak aku tidak di cipta untuk tahap master. Kenapalah dunia terlalu canggih? Tak boleh ke kalau selamanya manusia naik keta kuda jek tanpa ada kereta? Tak boleh ke manusia hanya berhubung melalui surat tanpa wujudnya email yang durjana-nya pantas ni? Tak boleh ke kalau manusia ni berlumba panjat pokok dari berlumba mendapat Phd? Kenapa dunia mesti canggih sanggat ni? Dan kenapa mesti aku jadi manusia di abad yang canggih ni? Kenapa aku tak lahir berabad awal? Kenapa aku tak dilahirkan masa kereta kuda masih menjadi pengangkutan utama? Kenapa aku tak dilahirkan masa rokok masih belum ada? [macam lari topik]
Oh kesimpulannya, kenapa mesti ade master? Naik menyampah pulak aku dengar perkataan tu. Dah la, malas nak merapu. Otak terasa sarat. Tak boleh nak suruh edit 'lamaran' yang di komen dasyat-dasyat tu. Aku hanya redha-kan diri ini untuk menghadapi hari esok. Whatever it is, Life's not that hard! Breath in. Breath out. Sudah tiba masa untuk mencari masalah~ Tapi bukan harini, esok je la..
No comments:
Post a Comment