27 Mac 2011: di Pasar malam
sedang berjalan-jalan mencari makanan. aku n mak berhenti di khemah jual baju. kerana begitu terdesak, kitorg tanya penjual tu mana nak carik besi ampaian sangkut baju tu. dan penjual yang begitu baik hati pun..
"kat KL~ jalan kenanga. dekat dengan balai polis pudu."
31 Mac 2011
pencarian ampaian kat sekitar kajang and bangi sangat menghampakan. akhirnya, tengahari tu aku ajak mak gi redah KL carik jalan kenanga. ini memang kes berani mati. aku yang begitu bengap tak search kat google macamne nak gi jalan kenanga. ikut instinct woo~ berani giler!
ape2 hal carik balai polis pudu. aku pun masuk la ke jalan pudu. terus nampak balai polis pudu kat belah kanan. yakin dah ni dengan intinct! bangga sat!
ada 3 jalan! so aku pilih jalan yang (1). dok pusing-pusing, tak jumpa jalan kenanga. tetibe aku terasa macam dalam rancangan Amazing Race! hahaha. aku pun benti kat station minyak, suh mak tanya makcik yang kerja kat situ.
mak: cik~ jalan kenanga kat mana?
cik: tak tau la saya. kalau jalan kundur kat depan sana.
erk. ok salah jalan dah ni. so kami amik jalan (2) lak. jalan ni lagi la macam takde clue. jalan yang ada kat situ: jalan satu, jalan dua, jalan tiga, jalan empat~ next option lak jalan (3). pun salah gak!
aku pun dengan keadaan yang dah separa tak normal ni. aku sms orang-orang yang aku rasa handal tentang jalan ni. so korang yang dapat sms dari aku yang tanye, "jalan kenangan kat mana ye?". kirenye korang adalah diantara orang yg aku rasa handal di jalanan. sila bangga ye! tapi korang pun sama macam makcik kat station minyak tu gak. ngahaha! pangg!!
sampai kat hujung jalan, ada roundabout. mak nampak sign pergi ke seremban.
mak: dahla balik la~
me: mana bleyy!! kena carik sampai dapat.
aku tekad tuk cari jalan kenanga. next initiative aku bila sesat bagai begini adalah ask people around. malu bertanya sesat jalan beb! bila tanya-tanya, memang sah la jalan kenanga bukan dekat dengan balai polis Pudu.
uncle: jalan kenanga jauh wooo! dekat jalan nak pegi IJN sane~
erk~ biar benar. aku pun ikut la kata uncle. tapi tak jumpa gak. uncle tipu! mencik!
me: mak~ kalau ni amazing race kan, kita dah kalah~ :'(
mak: xpe~ belaja dari kesilapan.. [mak jawab dengan skemanya]
last initiative, aku gune henfon dan tanya pakcik google. berbekalkan kredit yang sekangkang semut (RM2.58), harap-harap dapat arah.
yeah! atlast jumpa pun tempatnya. senang giler kot tempat dia. dekat je dengan times square. dekat dengan balai polis KL la!!! bukan balai polis pudu!! arghhhh!! pusing-pusing sesat dah amik masa 3 jam woo! okk learn it! apa-apa pun, kedai tu sangat memuaskan hati yang sesat ni. jumpa jalan kenanga hari ini buat aku rasa macam menang amazing race lak~ ahahaha! pangg!!
Thanks Farell!
*122#
"RM0.13"