Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 24, 2011

Berat mata memandang.. Berat lagi bahu yang memikul..

puasa tahun ni tak agak2 laju je nak habis. planning dengan athy nak gi solat terawikh dekat mesjid putrajaya pun masih bertangguh. puasa tahun ni pulak macam tak sedar je dah tinggal seminggu. before raya haritu apip meng-suggest untuk jual biskut raya. busy dia meng-promote. aku bukan setakat tak promote, tapi aku siap beli biskut raya orang pulak. ahaks sewel!! ala member-member apip order je pun dah macam tak cukup tangan nak buat. tup tup lagi seminggu nak raya. okay meroyan la weh!! stock barang tak beli lagi!!

dalam keadaan tengah rasa masa suntuk nak buat biskut raya, mak pulak tetibe ingat..

Mak: eh lupa nak bitau kau, cik murni order ketupat kau..

Me: erk.. O_o"

Mak: dari last week lagi dia tempah. lupe nak bitau kau.. huhu

Me: berape?

Mak: 100 kot..

Me: warghhh!! sempat pulak!! dah la aku sorang je yg boleh buat..

Mak: lupe... hehehe.. sorry...

Me: *nanges teresak-esak*

okay lagi tuh. masih mampu bernapas. tetibe teringat yang syana order chocolate. so tatkala tengah berpusing-pusing dekat tesco, aku mesej syana..

Me: Nek, chocolate tunang tu kau nak tema warne ape?

Syana: Agak2 ko? Aku tak tnye pulak member aku tu tema dia.. haha... hmmm pink? LOL

Me: Wahahaha.. serius kau mahu pink??

Syana: Kau suggest kaler ape?

Me: Hadiah je kan? bukan hantaran kan? So aku suggest purple putih pun cantik :D

Syana: Yup hadiah je.. kau buat santek2 yer.. mayb aku balik kedah 25@26hb :)

Me: oh hokay...

------------------------------------------------------------------

Wahaaa nada macam rileks. tengok kalendar 25 tu khamis ni. *nanges tak berlagu* encik masa, boleh tak kau berhenti sekejap!! malam tu pulak tengah tengok tv. mak tergedik-gedik datang dekat aku. sibuk nak bincang pasal hari keluarga. untuk plan hari keluarga for the last 3 years pun dah macam jadik event planner majlis kahwin dato' siti. masa tu hari keluarga buat time krismas. 3 tahun berturut-turut buat time krismas. kenapa lah tahun ni mak tetibe nak buat time raya. *pejam mate tak sanggup nak layan mak*

Mak: ieja.. kau ingat lagi game2 tuk main??

Me: *geleng2 pale malas nak layan*

Mak: cepatlah pikir tinggal bape hari lagi je nie

Me: mak!! aku kan dah sumpah tak nak masuk campor lagi dah dengan urusan hari keluarga.. huh!!

Mak: ala bila lagi kite nak berkhidmat untuk keluarga sendiri.. hehehe *gelak gedik*

Me: mak!! 3 tahun dah.. aku jadik event planner.. tapi dorg anggap aku macam.. *tak sanggup nak ucap*

Mak: ala tolongla.. kau tak kesian dekat mak ke?? *mate blink2*

Me: +_+"

------------------------------------------------------------------

apa aku boleh buat? mak suke susahkan diri sendiri. kalau sendiri susah takpe gak. dia akan heret aku sekali. pastu bila majlis habis, dia jugak yang makan hati. takpelah mak punye pasal weh. untung mak sebab aku sayang dia. erk.. [angkat bakul pulak dah]

mak mula nak bebel ape aku patut get ready..
*cube tuk tutup telinge*

Mak: buat kad jemputan macam biasela kerja kau kan..

Me: ... O_o"

Mak: pakcik Ajak suruh kau buat famili tree..

Me: besar tu!! keluarga kalau kecik takpe gak..

Mak: boleh la kau buat la macam ni... *bebel pajang lebar*

Me: susah!! kenapa mesti aku!!

Mak: kau je boleh buat.. pless~ *sengih2 mengoda*

Me: huh!! *jeling tajam*

Mak: pastu game.. pikirlah game ape tuk main..

Me: .... *terpakse rela*

Mak: and buat jadual skali la.. macam biase la kan yang kau selalu buat..

Me: .... *nanges dalam hati*

Mak: barang2 tuk main game nnt boleh la kau beli.. nnt mak kasik duet..

Me: .... *pura2 tulis list game*

Mak: lepastuh hadiah...

Me: mak!!! melampau!!

Mak: ok takpe, hadiah biar mak uruskan...

Me: haishh~ +_+"

------------------------------------------------------------------

patut ke aku sumpah lagi? aku dh sumpah dulu tak nak dah sibuk-sibuk dengan hari keluarga. okay cukupla tahun ni last aku handle. next year, mak tak boleh kacau-kacau aku.

sorry mak~
talk to the hand~ <--[boleh ke aku kerek camnie ngn mak?]
*tak sampai hati*

p.s: aku ade 7 hari untuk buat semua ni.. mampu?

4 comments:

nsdahlia said...

alahai siannye~~~~

NiZa (' _ ') said...

fiezaza bleh jadik superwomen..hehehhe.. :) ko boleh jekk..dedicated..

Hafizah Mohamad said...

[dahlia] - ngehehe.. fuh~ +_+"

[niza] - wahaaa.. amin! ;)

WaNi.NaiVe said...

My advice? lain kali kali buat dunno. Serious aku kesian kat ko, lebih2 lagi kat mak. Korang penat2 pon, sape yang appreciate? Malas dah nak layan mak tu. Tak habis suro aku jadik instructor, ingat aku ni suka tergedik2 buat aerobik? ~isk bulan puasa marah2 gini~