Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 17, 2011

Boleh Simpan Rahsia tak?

ini story tentang aku yang merajinkan diri untuk membaca novel. novel Can You Keep a Secret? hasil penulisan Sophie Kinsella. cerita yang agak lama untuk aku habiskan. setiap kali aku baca mesti aku tweet dekat twitter, sampai wanie kata "Bila lah kau nak abis baca buku tu?". so semalam aku dah habis dah. setiap kali aku baca, macam-macam perasaan aku dapat. bila watak tu geram, aku pun turut geram. bila watak tu sedih, aku pun ikut sedih. senang kata betul-betul menghayati cerita lah.


banyak yang aku belaja dari cerita ni. walaupun orang kata, biarlah rahsia menjadi rahsia selamanya. dan walaupun orang kata, orang yang berahsia ni nampak lebih menarik. tapi bila aku baca cerita ni, aku rasa sometimes you need to share your secret. tetibe terasa macam nak bocorkan semua rahsia. haha. ops sorry not with you.. pernah baca pepatah mengatakan, 'what you give you get back'. so aku hanya akan berkongsi rahsia dengan orang yang akan berkongsi rahsia dia dengan aku jugak. fairlah kan? iyela kau nak tahu rahsia aku, tapi rahsia kau biarlah rahsia. ape barang?!!

lepas dari baca novel simpan rahsia ni.. aku jadi ketagih nak baca lagi. dan disebabkan aku sudah ada Kiwi. aku gunakan dia dengan sebaiknya. aku download ebook dan akan baca novel gune Kiwi. macam terencat gak rasanya. aku dah masukkan 2 cerita dalam Kiwi iaitu 'The Gift' by Cecilia Ahern dan 'The Last Song' by Nicholas Sparks. bila nak bacanya? entah!! haha.

sebab aku baru start baca novel ni. '2x5' dari Areila Sahimi. chewah, novel melayu pulok dah. abislah aku bermadah pujangga sat agi. baru baca dua muka surat aku dah tersenggih-senggih sendiri. haha. boleh jadi gila camnie.


itulah dia. bila diri sendiri takde kisah cinta yang romantikus, baca kisah orang pun jadiklah kan. kalau sendiri takde pengalaman hidup yang boleh dipelajari. belaja dari pengalaman orang lain pun bolehlah kan. hehe.

No comments: