here my picture taken during hari raya 2011
nothing much change, tahun lepas pun camgini la rupa aku
15 interesting facts about myself:
1) Name penuh Siti Nor Hafizah Mohamad, tapi lebih suka menggunakan sekadar Hafizah Mohamad. anggap sajalah Siti Nor tak pernah wujud. boleh? haha
2) Masuk tadika umur 4 tahun di England. sepatah haram tak masuk otak. bercakap pun malas. hanya tahu mengemari biskut, membenci susu, melukis orang lidi dan menangis bila perlu.
3) Berhenti form 2 di SDAHA Pontian dan sambung form 4 di LPS Malawi. so secara logiknya aku tak merasai nikmat menjadi pelajar form 3. kesian~
4) Tidak mempunyai sijil PMR atau SPM. UPSR adalah pencapaian aku paling tinggi.
5) Masuk universiti masa umur 16 tahun. naif tak terkata time ni.
6) Suka mengumpul tiket wayang. simpan sampai dah hilang tulisan pun ade.
7) Tidak pandai menipu atau berlakon. tapi yang pasti hebat dalam merapu.
8) Mengilai aksesori tangan. gelang atau cincin. mahal atau murah. tapi aku prefer murah. setakat yang mampu.
9) Tidak peramah tapi tak lah sombong nak mampos. sedar diri tak secantik mana pun untuk sombong.
10) Sifat tekad dan ingin tahu yang sangat tinggi sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan.
11) Walau luaran kelihatan cekal, tapi dalaman rapuh. suka menangis ketika mandi atau dalam gelap. pinjam bahu boleh?
12) Suka menyanyi walaupun suara pitching ke parit. lepas nyanyi sendiri kutuk suara sendiri.
13) Biru terlalu sinonim dengan aku. menjadi anak no2, biru hak kekal milik aku. sekolah rendah, rumah sukan orkid (warna biru). sekolah menengah dekat SDAHA, rumah sukan kasturi (warna biru). sekolah menengah dekat LPS, rumah sukan puma (warna biru). masa dekat uniten, rumah sukan untuk COIT pun warna biru. sekarang bilik aku dinding, langsir, cadar, karpet, bantal, tong sampah, bakul baju, tuala, jam loceng... yes semuanya biru.
14) Terlalu minat dengan aktiviti outdoor. wanie adalah rakan ber-outdoor yang paling setia untuk mengajak aku ber-adventure.
15) Kuat berangan. dan mostly suka berangan berada di tepi pantai. berpendapat bahawa pantai mempunyai unsur-unsur inspirasi yang tinggi. pantai kan tenang, tak ke gitu? boleh main tanam-tanam badan dalam pasir, wuuu suka sangat! tapi tak suke mandi pantai.
Day 1 challenge: DONE!!
3 comments:
Serious? Umur 16 masa masuk universiti? So sekarang ni umar Fieza brp?
setahun je mude dr Yun.. *rasenyela
;p
Budah genius lah ni :)
Post a Comment