Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 26, 2009

The Silent Talking..


"Saya rindu mak dan abah [I want to hug them]"

"Thanks wanie for the weekend
but sorry kalau aku tak dapat comfortkan kau at your pms"

"Sorry Apip sebab marah kau
[tp salah kau gak, sape suh buat aku menunggu lagi]"

"Aku telah buat perangai sedikit gila kat depan skola Apip
[sedikit gila je tau.. hanya sedikit.. tp tu baru sedikit, hurm..]
tapi ni hanyalah reaksi ketika hilang kawalan"

"Sorry kawan-kawan aku,
kalau aku tak seperti yang korang mahukan"

"Sorry again kawan-kawan,
kalau aku tak pernah balas mesej korang
aku cuma tak suka menaip sms
apa lagi menjawab panggilan
[alasan baek punye]"


"Sorry Mas, kalau aku hampakan kau"

"Sorry Sepot,
kalau aku tak pernah ada bila kau perlukan
and thanks kerana kau begitu memahami"

"Sorry Paez, becoz I think I hurt u..
and thanks for the song"

"Sorry kalau nama tak ada kat atas,
bukan kerana aku tak ada salah kat korang
tapi aku hanyalah terlalu malu nak akui kesalahan aku.."

"Sorry.. sorry.. and soooorryy..
just ada feeling yang kuat
dimana terasa diri ni telah sakitkan hati orang lain"

"Kesal tak dapat makan mr Baskin Robin"

"Duit dah habis.. piggy bank pun tak guna"

"Birthday Mak dah nak dekat,
thank God hadiah dah dapat"

"Tapi hati jadi resah
sebab ptptn bulan ni belum bayar"

"Sakit hati dengan budget 2010,
ptptn convert jadik biasiswa kalu dpt class pertama..
wah sakitnya hati aku.. kenapa time aku dulu tak macam tu??
damn you!!"

"Ready-ready nak study.. note semua dah ready..
so, for the whole 2weeks you might not see me online"

"Jeles tengok orang bercuti pergi oversea"

"Lebih sakit hati bila english aku become worst
sejak tak baca buku cerita ni"

"Bila pandang 2010..
terfikir tentang number 24..
ape tuh?? oh shitt!!"

"Tiba-tiba terfikir pasal phd..
bestnye kalau depan nama ade title Dr.."

"Tapi bila fikir master.. setahun lagi ke aku nak abis?
boleh ke aku buat research ni? haishh!!"

"dan sorry ye Abah ku yang tersayang,
saya memang tak boleh nak abiskan master
dalam masa setahun setengah..
[sambil fikir balik]
oh memang tak boleh..
tapi saya tetap sayang Abah.."




---------------------------------------------------

dengar lagu ni..

"Jangan Menyerah" by D'Masiv

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

---------------------------------------------------

kenapa aku jadi begini?

dont ask..

its just that my pms dah nak hampir
[sambil usha miss pms yang terkedek-kedek lari kearah aku]



Friday, October 16, 2009

My SIAL days..

enjoy this song..



Coz that day..

I'm so in a completely tense



My life getting messy..



I get angry easily..



I scream till my head out..



I'm crying like there's no one care..



Because I'm having a Bad Day!!



Pernah tak dalam banyak-banyak hari dalam hidup kau ni,
kau lalui satu hari tu dengan penuh dengan kesialan?

Senang cerita, dalam banyak-banyak hari,
mesti ade dalam satu hari tu kau akan lalui
satu hari yang penuh dengan kesialan..


Apa-apa je yang kau buat semuanya mendatangkan kecelakaan..

Hari itu yang penuh dengan dugaan..

Hari itu yang penuh dengan cabaran..

Hari itu yang menduga keimanan aku..

The story goes like this..

Pada tanggal 13 october, aku diseru dan disaran oleh mak untuk menghantar Pokda&famili ke meleka tempat maklong lizut. So as usual aku jadi driver. Tak kisahlah sangat sebab drive myvi, minyak pun jimat. Disebabkan assignment AAI aku masih belum done, aku pun bring along laptop comel abah untuk buat assignment kat melaka. So, malam tu balik dari melaka, aku pun nak ambil la file assignment aku yang aku simpan kat dalam pendrive. Aku tak buat backup simpan dalam laptop sebab laptop comel abah tu Apip yang guna. Semasa dalam peng-trasfer-an file assignment tu, aku terdelete folder assignment aku yang dalam pendrive tu. Nama pun 'terdelete' kan, aku nak delete folder lain tapi tertekan folder assignment aku tu. Sejak dari tu lah aura Sial aku bertalu-talu meng-curse aku.

1. Terdelete folder assignment yang satu-satunya file, tak ada backup lain dah..

Tapi fine la, aku tak berapa kesah sebab masih ada masa lagi untuk aku buat assignment tu. Walaupun camna pun, aku tetap nak cuba dapatkan file assignment tu balik walau rasa tak ada harapan. Yela, kalau delete file dalam pendrive, dia akan terus hilang, bukan dia akan simpan dalam recycle bin. Tapi aku cuba jugak. Aku cuba nak recover file tu balik guna software recovering. Yeah memang dapat recover pun file tu tapi bila bukak file tu dah corrupt. Dan memang tak ada cara lain melainkan aku terpaksa buat semula assignment tu. Dengan tawakalnya aku bukak laptop acer kecayangan dan microsoft word pulak cari pasal. Nak buka tu dia mengambil masa yang sangat very the lama. Maybe dia dah corrupt.

2. Microsoft Office dah corrupt..

Then, aku pun uninstall dengan slumber dan tanpa fikir dua kali. Lepastu, aku install yang baru macam selalu aku buat menggunakan DVD microsoft office. Well, cam biasa lah kalu install microsoft memang ambil masa yang agak lama. So, aku decide untuk online internet nak check email yang kakN send tengahari tadi. Tapi, bila aku on modem....

3. Lampu modem yang nyala hanyalah lampu power..

This is dah over!! Aku punyalah tatang modem tu cam minyak yang penuh. Bila hujan aku cabut segala plug.. Bila keluar rumah pun aku akan cabut semua plug yang berkenaan.. Tapi last-last modem tu boleh juga rosak. Puas aku reset and on off kan modem tu tapi memang hanya lampu power je nyala. Aku cuba tarik nafas dan cool down. Tengok laptop masih running install micoroft office, aku pun mandi la dulu disebabkan kepala dah jadi serabut. Lepas mandi aku turun bawah, dan dalam nak menenangkan diri ni, aku pun decide to makan maggi. Kat dapur tu terserempak dengan abah yang tengah kupas buah mangga..

Abah: eh Ija rupanya, ingatkan siapa tadi..

Me: erm.. lapar pulak nak makan maggi..

Abah: anak kawan abah... sebaya dengan Ija..

[at this time, aku ingat abah nak cerita anak kawan dia sebaya aku selalu makan maggi pastu mati sawan sebab overdose maggi.. tapi..]

Abah: anak kawan abah.. sebaya dengan Ija..

Me: ....

Abah: dah abis master amik kat upm..

Me: ....

Abah: pastu dapat biasiswa sambung phD kat england..

Me: .... [busy prepare maggi]

Abah: ... [masih gigih mengupas mangga]

Me: dia buat ape? [cuba tuk tidak buat suasana jadi janggal]

Abah: entahlah.. maybe bla bla bla..
[kepala hotak aku dah takleh terima input data]

4. Pressure tahap babis maximum dari Abah..

damn it!! [aku tujukan tuk kawan abah tu yang sibuk menghebohkan cerita anak dia kat abah aku.. diam-diam sudah lah pokcik!!]

Then, lepas makan maggi aku dengan gaya freestyler cam orang tak ada masalah gigih naik atas nak sambung buat assignment. Bila aku pandang laptop, tengok ade notification box said "this kind of file xxxxxx is missing.. browse to find the file". Aku pun browse file tu kat dalam DVD tapi tak jumpa. So, aku decide untuk cancel installation and try to install it again tapi i end up gagal sebab bila aku open DVD tu, dalam DVD tu hanya ade 'read me' je.

5. Failed to install microsoft office due to DVD accidently corrupt..

Dengan cubaan untuk maintain calm, perasaan aku dah bercampur marah, sakit hati, sedih, geram dan takut. Terasa nak nangis and jerit je. Tapi masih boleh control.

kringggggggg.... [handphone berdering]

Me: ....

Abah: Ija.. internet dapat?

Me: tak..

Abah: masih tak ada?

Me: ye, tak ada..

Abah: Ija call 100 bagitau diorang..

Me: abah tolong call boleh? [nada aku dah macam nak nangis]

Abah: engkau la call.. [nada paksaan]

Me: .... [ke-TENSION-an tahap maximum]

Abah: huh!! sukati engkau lah.. [nada nak menyakitkan hati]


Tiba-tiba wanie masuk bilik aku, dia macam tension juga tapi disebabkan tengok aura aku dikelilingi dengan bahang panas, dia jadi terkesima atas katil aku..

Wanie: boyak.. are you OK??

Me: no..

Wanie: ...

Me: fuhhh.. [breath in breath out]

Wanie: ... [tahap terkesima cam kentut tak lepas]

Me: ... [pandang wanie]

Wanie: .... [muka masih terkesima]

Me: ko menyesal ke masuk bilik aku??

Wanie: agak juga ar..


Pernah rasa macam wanie? Cuba nak lepas tension cerita kat orang lain tapi last-last orang yang nak diceritakan tu pun tension juga. Hahaha. Kesian wanie tapi dia dengar juga cerita sadis aku. Pastu, kitorg decide untuk call streamyx untuk settlekan masalah internet yang tak boleh digunakan. Tapi customer service streamyx yang angkat call aku tu cam cilaka. Well, kalau tak nak kerja tak payah lah kerja. Jawab panggilan customer dengan dengar menguap dia tu. Dah lah tak membantu langsung. Last-last dia cakap..

Cust.Serv Guy: modem bukan tm punye, awak call la vendor sendiri
[well, this solution kau tak payah bagitau pun aku tahu lah vungukssss]

Me: itu saya tau la.. sekarang ni saya nak tau line telefon ni rosak ke ape..

Cust.Serv Guy: kalau yang tu bukan saya handle.. saya handle bahagian streamyx..

Me: so, sekarang ni line internet saya mmg takde ape la?

Cust.Serv Guy: ye modem awak lah tu yang rosak..
[nada cam menunjukkan yang aku tak reti jaga barang sampai rosak]

Me: bodohhhhh!!!

Cust.Serv Guy: awak cakap ape?

Me: err.. saya cakap modem ni Bodohh.. terase ke?

Cust.Serv Guy: haha.. taklah.. kalau camtu settle la masalah.. ada apa lagi boleh saya bantu?

Me: bantu la sangat.. dahla tu je terime kasih yoo..

Cust.Serv Guy: sama-sama.. [bunyi menguap]


So, aku decide untuk guna buat assignment dengan laptop comel abah. Dengan gigih malam tu aku cuba siapkan. Tapi comfirmlah tak boleh nak siap kan.

The next day, 15 October.. Aku message Tinie nak pinjam modem dia kalau dia ada extra. Backup plan aku pulak, nak pinjam modem Mas yang pernah aku pinjam dulu tu. Rasa nya tak putus-putus kot usaha aku untuk cuba selesaikan masalah ni tapi kalau dah hari tu memang ditakdirkan sebagai hari malang aku, buat lah apa pun tetap malang. Tapi petang tu aku pergi cyber cafe untuk ambil report format yang KakN send kat email. Sempat jugalah janji dengan KakN untuk online malam ni untuk send assignment kat dia [dengan harapan malam tu internet dah boleh guna]. Nasib baik charge guna internet 50sen je. So, masa balik tu, aku nak start kereta. Kereta buat hal plak. Dahlah aku parking kereta betul-betul depan bengkel kereta. Kereta pulak semput-semput nak start engine. Orang kat bengkel kereta dah pandang aku. Tiga kali juga aku cuba start engine, akhirnye boleh jugak. Air mata time ni dah nak drop dah. Then, aku continue buat assignment dengan gigihnya cuba untuk siapkan dan harap-harap boleh siap dalam pukul 6 petang camtu.

kringggggggg.... [handphone berdering]

Me: Salam..

Abah: Salam.. Ija boleh tak tolong ambil apip balik sekolah harini?

Me: errr.. kenapa?

Abah: sebab abah nak balik awal ni sebab orang telekom datang nak betulkan line telefon.. boleh ambil apip?

Me: erm.. ok boleh..

Abah: terima kasih Ija..

Me: ye..
[sambil tengok jam menunjukkn jam 5.01 petang]


Me: makkkkkk!!

Mak: ye..

Me: apip harini balik kul berapa?

Mak: kul5..


Then, aku dengan pantasnya bersiap. Kalau ambil dia awal, aku balik awal sebab nak siapkan assignment yang dua kali buat ni..

Mak: kau nak pergi mane ni?

Me: abah suruh ambil apip..

Mak: apsal?

Me: sebab dia kate "Abah balik awal,tak sempt nak ambil apip"

Mak: ???

Me: ye sounds pelik, dia kate orang telekom tu nak datang.. orang pergi dulu.. nak kena balik cepat nak buat assignment..


vroommmmmmmm!! [dengan gagahnya encik kacak meluncur]

Tunggu punya tunggu sambil engine kereta pun aku tak matikan sebab takut kalau tak boleh nak start balik nanti. Start dari sampai kat depan sekolah apip dalam jam 5.15 tu sampai lah jam 6.00 petang, aku cam minah gila meroyan dalam kereta tunggu apip tak muncul-muncul.

6. Penantian selama sejam setengah menunggu apip muncul..

Jerit...

Nangiss..

Hentak-hentak kaki..

Pukul stereng..

Gengam tangan sekuat hati..

Kemam bibir sebab terlalu geram..

Gigit jari sekuat hati tuk hilangkan marah..

Macam-macam aku buat. Memang dah macam minah sewel gila meroyan. Bayangkanlah dalam keadaan yang begitu tension, ditambah lagi ketensionan. Cukup TRAGIS tak? Tinie pulak dah janji nak datang rumah untuk check line internet dengan modem dia jam 6.00 petang. Aku dengan perasaan marah, geram dan sakit hati yang begitu meluap sampai aku nangis dan mulalah aku buat monolog dalam kereta..

"Ya Allah!! aku tak tahan dah ni.. sungguh aku tak tahan.. tolonglah Ya Allah, bagi aku kekuatan untuk tahan semua dugaan ni.. Tolonglah send kata hati aku ni untuk bagitau apip yang aku tunggu dia kat depan sekolah ni.. subhan-Allah walhamdulilah bla bla bla.. [dah ade gaya cam ala-ala nasir bilal khan dalam citer pengali kubur]"

Last-last apip muncul jam 6.20 dengan gaya jalan abang macho. Perasaan aku yang meluap-luap tadi tu dah jadik cam tak ada perasaan sebab dah tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. Tudung aku dah basah kuyup sebab nangis sejam setengah tak henti-henti. Apip masuk kereta dengan slumber macam tak bersalah. Keadaan sunyi tanpa lagu.

Me: baru keluar ke? [nada sinis]

Apip: haah [dengan nada tak bersalah]

Perasaan geram aku meluap datang balik. Dengan tiba-tiba, air mata berjurai-jurai mengalir. Aku terus bukak radio dengan volume yang maximum dan nangis dengan teresak-esak sambil kesat air mata. Nasib baik apip tak tegur [well, i guess dia dah kenal aku]. Kalau dia tegur aku dalam keadaan aku macam tu, memang dia menempah maut jawabnya. Sampai rumah je, aku tengok tinie dah sampai. Ikutkan aku sebenarnye, nak naik bilik aku pastu jerit sepuas hati. Tapi disebabkan tinie ade, aku tak jadi nak lepas jeritan tu. Terserempak dengan mak kat depan dapur..

Mak: kawan kau datang tu ek?

Me: haah.. tinie..

Mak: .... [terkesima tengok aku dah cam orang separuh waras]

Apip: ... [busy bukak kasut sekolah]

Mak: kau balik kul bape pip??!! [nada tinggi]

Apip: .... [hanya mampu terdiam]

Mak: kalau kau dah janji balik kul 5 tu cubalah keluar kul 5!!!!!!

Apip: orang buat exercise..

Mak: abistu orang yang tunggu kau kat depan sekolah tu takde keja lain ke??!!

Apip: orang ingat abah ambil..

Mak: kalau ye pun kau dah janji balik kul 5, tak boleh ke keluar sekejap jenguk tengok orang yang ambil kau ade ke tak ada.. tak semestinya abah hantar sekolah, balik pun abah mesti ambil..!!!! [mak dah mula bebel]

Apip: .... [terus naik atas]


Dengan mata aku yang sembap dan merah, aku jemput tinie masuk. Maybe tinie tak perasan kot aku baru lepas nangis sebab tinie pun dalam keadaan separa sedar [ngantuk dia tak tidur lagi lepas balik kerja, shian dia].. Testing punya testing, memang modem-ku rosak. Oh, damn it!! Aku dah tawakal malam tu. Lepas tinie balik je, aku message Mas nak pinjam modem dia. Tapi sampai tak berbalas. Bila aku call num maxis dia tak dapat. Call num celcom dapat tapi tak ada yang angkat. So, aku cuba carik alternative lain. Aku message Sarah nak tumpang rumah diorang malam ni nak guna internet. Tibe-tibe..

Tinie: weh internet rumah aku tak ada connection la, lampu dia berkelip-kelip.. aku taknak la kau datang sini cam sia-sia je nanti.. nanti lepas balik ambil Sarah, aku tengok camna..

7. Bala Sial aku tempias terkena dekat Tinie..

Last-last check, internet rumah diorang pun tak leh guna. Aku rasa modem tinie dah rosak sebab masa try adapter kat rumah aku ni. Bak kate tinie, "aku rase adapter modem kau ni dah shot, so bile kau on modem, modem kau pun turut rosak sekali". Wooo, amacam korang?? Dasyat kan SIAL aku? sampai Tinie and Sarah pun boleh terkena. Sorry sangat ye korang, nak tolong aku tapi last-last memudaratkan diri sendiri. So, lepasni kalau aku ade masalah, korang tolong dari jauh jek, jangan datang dekat, nanti badi sial aku tempias dekat korang.. ngahahaha

Time ni aku dah tawakal sangat. Bukan aku sekadar duduk diam. Tapi aku dah usaha macam-macam. Memang dugaan sangat. Sambil aku memandang ke atas kearah DIA, aku pejamkan mata dan cuba tenangkan diri.

"Ija.. semuanya akan berakhir!!"

kringgggg.... [handphone berdering]

Mas: hello..

Me: hello.. [nada sebak nak menangis]

Mas: kenapa kau call aku??

Me: err..

Mas: aku tertidur tadi.. kenapa kau call?

Me: erm.. [dah tak terkata, kalau cakap tu boleh buat aku nangis]

Mas: oooohh.. kau nak pinjam modem kan.. ade je ni kalau aku cari..

Me: kau cari dulu, kalau jumpa kau message..


Bila Mas message yang modem dia ada, aku terus bergegas naik myvi tu [abah yang offer]. Sampai-sampai kat rumah Mas, boleh lagi aku melepak lepas cerita tragis aku kat Mas, padahal kerja assignment tak siap lagi. Dalam setengah jam jugak aku lepak rumah Mas. hahaha. Thanks Mas sebab dengar cerita aku walaupun kau dalam keadaan tak berapa sihat.

Dengan initiatif aku yang terakhir ni, aku tawakal je. Bila semua dah setup dan internet pun dah connect, check-check kat laptop..

8. "limited or no connectivity"

Cuba dan terus mencuba tapi tak boleh juga. Kaki lutut aku dah penat dan lembik. Terus aku terjelupur terduduk kat depan pintu bilik aku. Mencuba untuk control tenang dan berfikir waras. Last resort aku nak lepak mcD semata-mata untuk internet. Tapi before tu, aku nak cuba call streamyx sebab sekarang ni, line internet connection semua ada, dan maybe masalah laptop aku. Aku pun dah tak boleh berfikir dan really need someone to guide.

Aku call streamyx guna telefon rumah, so secara logiknya, aku cabut line telefon yang connect ke modem sebab nak sambung line telefon kat telefon rumah.

Streamyx Guy: hello.. boleh saya bantu?

Me: assalamualaikum...

Streamyx Guy: hello..

Me: hello...

Streamyx Guy: ye boleh saya bantu?

Me: tolong check line streamyx saya... [nada cam putus asa]

Streamyx Guy: bagi saya u punye username..
[patutlah tak jawab salam aku, rupenya india]

Me: username saya lupa..

Streamyx Guy: no.telefon pun boleh.

Me: bla bla bla bla...

Streamyx Guy ni guide aku satu persatu cam aku ni buta computer. haha. Tapi bagus juga sebab mind aku memang kosong tak boleh berfikir. Ada lah dalam setengah jom kot dia guide, tu pun sebab tunggu laptop aku restart lama nak kemampos. Last-last dia tanya..

Streamyx Guy: cuba check now, lampu adsl tu stabil tak?

Me: errr...

Streamyx Guy: tengok lampu adsl tu kelip or stabil?

Kalau nak tau, dari tadi line telefon tak connect pun ke modem, so comfirmla lampu adsl tak menyala pun kan. Tapi kalau aku cakap bitau Streamyx Guy ni yang aku tak connect pun line telefon, memang dia akan kate, "patutla dari tadi you tak dapat guna internet, you tak connect line telefon.. haiyaaa". So, tanpa aku mahu dia bebel camtu, aku dengan slumbernya terus cabut line telefon dan connect line ke modem. Yeah!! internet dah boleh guna. Tiba-tiba rasa bersalah dengan Streamyx Guy dan aku connect balik line telefon..

tuttttttttt.... [comfirmla dah putus]

wakakaka.. cilakanya aku!! sorry Streamyx Guy for cutting the line and Thanks a lot for your very useful guide. Anyway, Happy Deepavali to Streamyx Guy!!

Then dengan perasaan happy dapat online internet. Aku terus gagah membuat assignment aku. Dengan menggunakan laptop comel abah ni dan mata aku yang jadi kabur macam ada satu selaput. Ini semua gara-gara nangis tak henti sejam setengah. Baru aku percaya, macam mana Kassim Selamat boleh jadi buta dengan menangis. Sedangkan aku nangis sejam setengah mata dah jadi kabur.

Akhirnya, aku siap assignment aku dalam kul5.30 pagi. Terus aku submit kat KakN untuk dia combine semua assignment dan submit dekat Prof. Lepastu, dengan laptop tak off dan ym masih still online, aku tidur dengan lenanya. Bangun-bangun kul9, sambil tergosok-gosok mata.

Me: fuh!! nasib baik tak terlajak kelas kul10..

Pastu jenguk laptop, tengok KakN tegur kt YM bagitu Prof bagi email yang class pagi ni cancel.. Yeah!! apa lagi, jiwa pun dah tenang dan tak terkacau lagi. Aku sambung tidur.



p.s: Mata aku masih sembap lebam.
So, mark the 14th and 15th october!!


Saturday, October 10, 2009

Malam itu 9 October..

Sarah: weh, tak lambat lagi kan tuk aku wish ko happy birthday!! nnt aku kasik hadiah.. ko nak ape?? munyit nak?? ahaha

Me: tenkui2.. munyit?? panggg!! ahaha.. aku nak munyit yg kecik yg boleh lompat2 dan boleh bercakap.. carikla ko sampai dapat.. ahaha

Sarah: cheh.. kalu aku jumpe?

Me: kalu jumpe nnt aku namekan munyit tu sarah.. ahahah


Sarah: jahattt!!!!

---------------------------------------------------------------------

Mas: weh malam ni jadik tak?

Me: jadik2..

Mas: jangan tak jadik weh, aku belanje nie..


Me: ye jadikkkk!!


so, nak dipendekkan cerita.. mas belanje karaoke kat Metro Point kajang.. dia dah book awal2 tempat malam ni kul9.30.. book karaoke 3jam, wah memang tegang ar tekak.. ahaha.. aku datang ngan apip, bukan aku pakse dia tapi dia yg nk ikut sebab dia nk belajar kat oldtown la konon kan.. tapi bile sampai2 kt metro point, dia teringin lak nk lepak kat starbuck.. btw, inilah kali pertama kot aku masuk starbuck and buy something [very the kampong kan aku?].. aku terus menuju kat depan kaunter..

MissStarbuck: ye nak order ape?


Me: ...[sambil tengok menu]


Apip: nak ni weh!! [sambil tunjuk gambar kt atas meja kaunter]

Me: erm.. nak yang ni!!

MissStarbuck: nak yang air or ice-blended?

Me: erm.. anyway, berapa harga?

MissStarbuck: yang air ni RM16.00 and ice-blended RM16.80

Me: huh? [demit!! aku salah dengar ke ape ni!!]

MissStarbuck: air ni RM16.00 and ice-blended RM16.80

Me: RM16.80?? [muke masih maintain]

Apip: ice-blended la satu..

MissStarbuck: ok.. tu je?

Apip: ye..

Me: ...[sambil amik duit dalam dompet nk bayar]

Apip: weh xpe aku bayar sendiri la..

Me: shian la ko.. amik ni, ko topup la selebihnye..

Apip: cam sial harge weh.. abis duit camnie..[bisik kat aku]


yeah!! memang yg lepak starbuck orang yg kaye.. thank God selera perut aku bukan starbuck.. dan patutla selame ni, aku tak penah teringin nak lepak starbuck.. demit starbuck!!


.: rajin belaja tu sampai kat starbuck!! :.

Me: ok pip, aku naik dlu.. belaja elok2 ye gemok!! ape2 call ye.. kalu busan nnt ko join la kitorg kat atas tau..

Apip: yela2.. cam nk masuk shift keja jek.. dah2 pegi!!


Me: ciss!! papaii!!

then, aku join mas and niza kat bilik karaoke 35.. lepas order makanan jek, kitorg terus mulekan expedisi menyumbangkan suara yang sumbang ni.. ahahaha.. setelah sejam setengah berlalu, kitorg bertiga jek melalak.. athy and ibu dia stuck kat traffic jam.. tinie and sarah plak lambat skit katenye..


.: nyanyi2 pun sempat pandang kamera :.


.: mas buat cam rumah sendiri jek :.




.: mulut aku penuh makanan tu..
tu gambar cam tak semegah.. haha :.


biler dah sampai sumer orang, tengah2 nyanyi lagu tu.. tibe2 niza kuar bilik.. aku dah tak berapa nak alert dengan keadaan sekeliling, takde nak syak ape2.. tibe2 jek, lagu karaoke yg tengah athy and tinie nyanyi tu bertukar lagu karaoke 'Happy Birthday'.. aku pelik giler time tu.. dalam keadaan blur giler babeng tak ingat punye, aku pandang athy, sarah and tinie yg enjoy nyanyi lagu happy birthday.. dan aku? masih dalam keBLURan.. lepastu, tibe2 aku tersedar.. pastu, aku dah tak tau nak buat muke camne dah.. wakkakaka.. cheh!! korg plan ni tanpa aku ketahuan.. demit!! tapi malam tu memang seronok giler.. buat bising kat dalam bilik karaoke tu takde sape nk marah, sbb memang tempat tu dah semulajadi bising.. ahaha..



neway thanks a lot korunk sumer!! aku ego ni nk ucapkan.. tahap ego tinggi.. tapi aku betul2 sayang korunk sumer!! warghh!! pangggg!! ahahaha.. ni celebrate birthday kita sumer kan?? heheheh [gelak gedik].. kek secret recipe tu memang damn sedap giler walaupun manis giler chocolate tu [sebenarnye perut dah kenyang].. so, thanks tuk sumer!! muah2!!! Lap u all!!







p.s:
to mas: thanks for the treat.. very enjoying 3hours moment..
to athy n niza: thanks for the gift.. bear tu aku namekan dia 'Chibi'.. ;p
to tinie n sarah: thanks for the spongebob.. name sponge tu 'Bugsie' =D
to sarah: tenkiuuu for the monkey!!.. name dia 'Nyet'.. ahaha
[xsampai hati nk namekan dia sarah.. nnt ko babap aku.. lol]
to ibu athy: thanks meriahkan majlis..
and to all: lapp u all!! muah muah!!




Sunday, October 4, 2009

Kak Leen's Weeding

4 October 2004

Hari yang penuh bersejarah buat KakLeen.. [erk, cam skema la plak]

ape kate tengok je gambar.. hehe







The singler yang hadir.. ngeee

.: KakWeed and husband pun ade gak :.


Malah Apip pun aku angkut skali.. haha..
padahal dia tengah ting-tong ni.. shian lak kat pitoo..

.: Best Picture of Pito :.


.: Best Picture of Athy :.


.: Best Picture of Monie :.


.: Best Picture of Naja :.


.: Best Picture of Wanie [sorry hang takde gambar sorang] :.


.: Best Picture of Me.. haha :.


.: All of us :.




Friday, October 2, 2009

WishList 2009

Somewhere in a dewan kuliah..

while making myself busy-bodying discuss tentang our group assignment, i get a message from wanie..



me: erm...[thinking for a moment]

without replying her message, aku continue discuss.. then sampai rumah, i make the wishlist at the Notepad and i put it kat desktop laptop aku..

wanie: weh apsal tak balas message aku?

me: message ape?

wanie: message lah.. kan aku suh sms.. takde kedit ke?

me: hehe.. aku letak kt blog..[padahal tak letak pun]

then, mase wanie using laptop aku tuk scan picture malawi dia, dia check blog aku..

wanie: takde pun kt blog..

me: hehe.. memang tak letak pun.. tu kt desktop la..

the next day..

wanie: giler demanddddddddddd ko!!!

me: wakakakakaka.. sajeee..



p.s: memang saje letak wishlist yang bukan2, huhu
aku tak mintak ape2 pun.. just nak cake ice-cream jek!!
[erk cam demanding lak plak.. ahaha]