Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 29, 2010

Rubbish: Part 1


Susahnya bila ada dua supervisor ni.

Sorang kata kalau tak siap pun tak apa, just submit draft.
Yang sorang kata buat apa submit kalau tak siap lagi.

Sorang kata ambiklah nota tu, sorang kata buat apa bagi nota tu.

Sorang kate aku kena submit # paper,
Yang sorang kata # paper banyak sangat tuk level master..

Sorang kata membazir beli barang tu,
sorang kata barang tu memang patut dibeli..

Sorang ni kutuk yang tu, yang tu kutuk yang sorang ni..

Last-last aku yang rasa macam nak mati hari isnin ni..

hey, my life is worth more than this~

This is all rubbish~

Lesson learn from Aman: Just go with the flow..

Tuesday, September 28, 2010

Aku yang pura-pura tak amik tahu

Dihimpit dengan kerja-kerja yang datang dengan tiba-tiba. Minggu yang aku paling tak suka dengan waktu sebab terlalu cepat berlalu.

"Hoi Masa! Tak reti sabar kepe?!!"

Hari isnin.. hari yang disangkakan tiada kunjungan tetamu. Tengahari.. sedang aku membusykan diri membuat kerja diruang tamu, ada sedara dari JB datang. Agak pelik kot datang hari weekdays. Aku sekadar boleh melayan ala kadar je. Mujur ada emak.

Lepas selesai skit keja aku tuk isnin, aku lepak konon nak berbual dengan sedara. Tibe-tibe suasana jadi emosional. Aku ter-blur. Pandang setiap orang, semua busy mengeluarkan pendapat masing-masing. Cerita dah nak 90% complete. So, aku yang tetibe datang dengan 0% input jadik blur sakan. Tapi malas nak tanya, pasang telinga je la, mana yang sempat tangkap tu aku buatkan rumusan.

Jam 6 petang. Dorg keluar nak selesaikan masalah keluarga ni. Aku ditinggalnya. Katanya aku budak-budak, tak leh campur. Okay fine, saya memang tak nak amik tahu pun [padahal dalam hati gile terlompat-lompat inginkan penjelasan]..

Jam 12 malam. Mereka-mereka sekalian pun balik rumah. Bawak sate. Sambil makan mereka bercerita kejadian yang berlaku. Sekali lagi aku dibiarkan blur sambil menjamah sate dengan telinga tajam mendengar setiap perbualan.

Oldies1: huh Ijah mesti blur kan?

BSB: erk... [blurrr giler tapi maintain cool macam tak nak amik tahu]

Oldies2: kau tau tak kitorg cakap pasal ape?

BSB: .. [geleng2 pala sambil melantak sate]

note: BSB - budak sun burn

Maka berceritalah mereka dari mula sampai akhir. Oh no~ aku sudah tercemar dengan gosip terkini dalam keluarga ini.

Oldies2: sekarang dah tau cerita, kena kunci dalam hati je cerita tu.

Aiseyman, macam tau2 je aku nak sebarkan satu dunia. Tak jadi pulak niat. So batalkan. Disebabkan masalah keluarga ni berpunca dari generasi aku. Dan disebabkan ketika itu, aku je yang masih remaja. Aku menjadi mangsa...

"Huh kau.. nanti nak cari suami, cari yang elok2.. Kau~ tau rukun nikah?.. Before bawak pakwe tu jumpa parent, kena bla bla bla..."

Orang lain yang buat salah, aku pulak jadi mangsa. Ye, tau ianya sebagai pedoman. Ye InsyaAllah saya akan jaga diri.

Tapi bila dengar cerita macam ni, rasa malas and takut nak kawin. Oh terima kasih jela..

Monday, September 27, 2010

Minggu yang penuh dengan aktiviti..

Starting from last weeked, 25hb September. Kitorg gi hiking at Bukit Tabur. Seharian penat, tak sempat nak berehat, Pakcik Ajak sefamili datang beraya dari Jasin. Malam tu beraya gi rumah adik Cik Murni.

Keesokan harinya, kami pergi berenang kat Sri Putra. Oh sungguh penat. And I got a very horror sun-burn.

Isnin, wani mintak gambar pulak. Jenuh nak mencari satu hardisk. And nak settlekan pembayaran tiket~ <-- so excited

Selase, nk kena submit draft sistem <-- partime
and update aaron(pakwe aku) ttg programming <-- tp rase tidak sbb xde ape2 update

Rabu, nak kena submit paper BB second version <-- menangis 3 hari 2 malam
and submit certified sijil ke PPS
and nak buat chocolate hantaran untuk Along nikah 1 oct..

Khamis, nak siapkan kotak untuk chocolate..

Jumaat, hopefully xde ape yg mengganggu dan aku nk bertolak ke Melaka

Sabtu, open houz rumah Sepot..

Ahad, nak jumpa erra pazira~ ehehehe <-- excited

Then, Isnin <-- time to die!!

Friday, September 24, 2010

Jujur atau Ambil Hati atau ...

Sesi berbual dengan makcik berpelajaran...

Anti: Umur bape ni?

Me: erm.. [confius nk jawab ikut tarikh lahir or tahun lahir]

Anti: 28?

Me: erk...

Anti: 27? [dah rase bersalah]

Me: 20+++

Anti: ooh nampak matang..
[muke dah macam nk letak kt belakang tandas lelaki]

-----------------------------------------------

Sesi berbual dengan makcik sekampung...

Anti: Sekolah lagi?

Me: err.. [kadang2 belaja kat universiti tu pun dorg anggap sekolah]

Anti: Form 3 eh?

Me: erk... 20++

Anti: La, muke macam budak2..

-----------------------------------------------

Sesi berbual dengan budak 8tahun...

Kiddo: Akak umur berapa?

Me: Tekalah...[tindakan berani mati aku suruh orang meneka umur]

Kiddo: erm...

Me: ... [senyumm cute]

Kiddo: Duaaaaaaa puluhhhhh.... empatt?

Me: erk...


Impress tak dengan budak berumur lapan tahun yang boleh meneka umur aku dengan tepat sekali? Berbanding dengan makcik2 yang dikatakan terlebih makan garam tu. Well done~

Sekian melaporkan.

Thursday, September 23, 2010

Mimpi yang tak indah

Boleh dikatakan mimpi aku yang paling teruk sekali lah. Seingat aku time tu aku macam kat satu rumah kampung kat pulau. Rumah kampung tu kat tepi pantai je. Kitorg ade empat orang. Siapa empat orang itu? Salah satunya adalah aku, yang selebihnya aku tak ingat. Kitorg main kat tepi pantai. Tiba-tiba salah sorang tu campak satu beg ke laut. Lepas penat main, kitorg masuk ke dalam rumah. Aku yang time tu pakaian dah basah, terkepoh-kepoh la mencari beg aku nak salin pakaian. Then aku teringat beg yang dicampak ke laut tu. Damn! Tu beg aku!

Kemudian, aku pun terkocoh-kocoh nak ke laut. Sedang aku berjalan ke laut tu, tiba-tiba Awal Ashaari datang dengan gaya machonya sambil menunggang motorbike.

Awal: Naiklah, saya tumpangkan awak~

Dreamer: Erk~

Tanpa berfikir panjang, aku pun ikut jela. Entah macam mana masa aku nak naik motorbike tu jadi besar gila. Tapi sebab mimpi kan, lompat-lompat sikit dapat jugak la aku merasa tunggang motorbike dengan Awal.

Pastu sampai dekat depan Kilang, ada roadblock. Ah sudah~ Aku dah la tak pakai helmet. Tapi time tu rileks je sebab yakin aku tak salah. Tiba-tiba kena tahan..

Tok kadi: Turun2~

Dreamer: Erk~

Tok Imam: Kitorg nak kawenkan korg ni~

Dreamer: APEHAL LAK! KITORG BUKAN BUAT APE PUN! BLA BLA BLA BLA~
[aku pun tak ingat ape aku bebel]

Tok kadi: eh rileks la, kitorg gurau jek..

Dreamer: erk~

Pastu aku pandang sekeliling carik Awal. Dalam dengan mencari tu, aku nampak Kak Mimi and Kak Nora tengah tergesa-gesa nak pergi suatu tempat. Aku menghampiri dorg..

Dreamer: Gi mane kak?

Kak Mimi: Gi pantai~

Dreamer: Ada ape?

Kak Nora: Nak senam aerobic la..

Dreamer: erk

[Damn! mimpi dah macam babun merepek]

Bila sampai je kat pantai. Ada ramai orang kat situ. Entah macam mana dengan ajaibnya, pantai telah dipagar dengan pagar dawai. Sekeliling pantai telah di pagar. Macam kena kuarantin. Aku tolak sumer orang supaya aku nampak apa yang berlaku. Tiba-tiba dengar satu announcement..

"Perhatian semua, hari ini pantai terpaksa ditutup kerana terdapat banyak BAB* berkeliaran di pantai. Harap maaf."

Aku pandang dengan mata tajamku untuk perhati disebalik pagar. Aku nampak ada guard-guard yang menjaga dan juga BAB* yang berkeliaran. Ada juga BAB* yang memeluk kaki guard. Guard dah tolak-tolak pun, BAB* tu tetap peluk dengan erat sambil memaki. Aku pergi lagi dekat untuk dengar apa yang dimaki. Terkejut aku bila dengar apa yang dimaki oleh BAB* tu. BAB* tu memaki Rasullulah. Astaghfirullah hal azim~ Memang terkejut benarlah tapi dalam kepala hotak, aku nak cari beg baju aku.

Aku decide untuk masuk ke pantai guna pintu belakang. So, aku menyelinap. Aku selak jek, Masya-Allah! Binatang tu dah terpacak kat depan pintu. Aku tutup pintu semula. Aku jadi gelabah dan aku pun panjat satu bangunan yang sangat tinggi. Memang sangat tinggi. Nasib baik ada tangga untuk aku panjat. Entah tak tahu berapa lama aku amik masa untuk panjat, aku pun sampai dekat atas. Aku pandang ke bawah. Gayat siot! Then aku nampak 2-3 BAB* berkeliaran. Wah! macam mane boleh terlepas. Sialan! Belum sempat aku menyorok, ada seekor ni ternampak aku. Aku pun pelik gak, babi bukan takde leher ke? Macam mane dia boleh jenguk ke atas? ahahha, nama pun mimpi!

Dan entah macam mana, belum sempat aku mengucap, BAB* tu panjat dengan begitu pantas. Bukan panjat, tapi macam lebih kepada lompat. Sejak bila BAB* reti lompat!!! Memang dasar BAB* betul la! Tapi bila sampai atas je, BAB* tu silap corner lalu BAB* terjatuh semula. Kali ni BAB* tak jatuh ke tanah, tapi BAB* termasuk ke dalam laci. Entah dari mana datang laci. Kira macam laci tu separuh bangunanlah. BAB* tu pandang aku. BAB* ready nak buat lompatan BAB*. Jantung aku berderau macam nak mati. Belum sempat aku berfikir, BAB* lompat dengan lajunya kearah aku. Memang betul-betul kena kat muka aku. Tapi aku tak rasa macam kena terajang, aku rasa macam geli. Macam benang bermain-main kat leher aku. Dengan tahap geli BAB* yang maximus, aku pun terjaga.

Warghhh!!! BAB*!! Maka, bangunlah aku dengan gaya macam BAB* telah menyerang aku. Aku pandang kiri kanan. Mana BAB*??

Ya Allah~ Mimpi rupanya aku. Alhamdulilah~ Subahanallah~ Astaghfirullah hal azim~

Badan aku pun terus jadi panas macam nak demam. Trauma dengan mimpi BAB*. Apalah maksudnya tu? Gangguan Syaitan ke? Apa salah aku?

Aku terus mandi. Then aku Solat Subuh dan Solat Taubat Nasuha. Entah apa kesalahan aku~ Apa silap aku~


Sunday, September 5, 2010

"Kau rasa cantik tak?" vs "Kau rasa cantik ke?"

Pabila perempuan bertanye..

"Kau rasa handphone ni cantik tak?" maksudnye bagi dia, handphone tu cantik.

"Kau rasa handphone ni cantik ke?" maksudnye bagi dia, handphone tu tak cantik

Sekian saya melapor,