Penjelasan:
- Tau tak kenapa aku suke cerita dengan details? sebabnya, aku ni pelupa. so bila next time aku bace semula cerita2 yang gila details ni, aku akan ingat dan gelak. paham?
- Tau tak kenapa aku tak guna nama sebenar dalam blog ni? sebab penah terkena dulu aku letak nama betul. then tibe2 ex-boss aku bace blog aku. [mungkin dia tengah baca pun sekarang ni].. haha. paham dah?
Ok cerita bermula..
21 Mac 2011 merupakan hari presentation untuk my conference paper. untuk pertama kalinya aku present something yang aku sendiri tak tau walaupun ianya adalah paper aku sendiri. seawal jam 7.30 pagi aku kuar rumah tuk menghala ke Hotel Renaissance KL.
[hotel ini aku penah sangkakan times square
kerana colour bangunannya yang sama]
dengan berbaju kurung~ presentation la katekan. dah macam orang keja kerajaan dah aku tengok. kalau ikutkan presentation aku kul 5 petang tapi registration tulis kat schedule tu kul 8.00 - 8.20 pagi. so nak tak nak terpaksa jadi skematot datang semata nak register. macam biase la KL kan, jem stoberi sungguh. so, aku decide tuk gune terowong smart. smart la sangat beb! jem blackberi! the hell! sumpah taknak keja KL wooo!
then tetibe ade gangguan, "Salam satu malaysia~".. suara agak skema giler. apehal lak ni~ ahahahahhaa. harap maklum, aku pertama kali menggunakan jalan raya seawal pagi begini, memang tak biase la! dengan jalan jem nya.
jam pulak dah pukul 9 pagi. aku sampai dah kat depan hotel.
"lambat pun lambat la~ kalau dia tak kasik register, aku balik, tak payah present, settle masalah! ngahahahha"
senang je hidup aku kan. lepas parking, aku masuk hotel. registration katenya kat foyer. so, aku menuju kat perempuan receptionist.
me: tumpang tanya, foyer kat mane? [dengan slumber badak cakap melayu]
woman: ape?
me: ... [eh aku salah pronoun kepe]
me: erm.. registration tuk conf **** kat mane?
woman: conference apa?
me: conf ****~
woman: erk... sebentar ye.. [sambil call tanya yang lebih pakar]
me: ... [aku pandang sekeliling kot2 jumpa member sepejuangan]
woman: kat tingkat 1
me: erm.. tingkat satu tu macam ne nak pegi?
woman: terus situ, ade lift then naik tingkat satu..
me: oh ok tenkiu~
kemudian menuju lah aku ke tingkat 1.. bullshit! kosong! tiada sapa bahh disini! did i miss the registration? [hati seakan happy sbb decide nak balik dah].
oh aku pusing seluruh tingkat satu tu. takde sape. aku decide tuk call rakan sepejuangan.
me: where r u?
heliza helmi: at the conf..
me: i just arrive.. i'm now at the 1st floor but no one here..
heliza helmi: i'm 1st floor also. from the main entrance, you bla bla bla~
me: ok i try to find you..
then aku pusing2 lagi, akhirnya jumpa. bukan tingkat satu tapi ground floor. the heck la! lebih the heck lagi adelah, kaunter registration bukak all day long. macam sia2 aku datang awal pagi.
then aku masuk room 7. bilik dimana heliza helmi akan present. sambil tengok presenter2 lain present.
presenter: ok thats all from me. thank you..
chair: any question from the rest?
audience: ............ [diam durhaka]
chair: ok thank you. give a round of applause for a good presentation.
audience: *clap *clap *clap
eh eh~ senang nye! takde soklan. wah, aku terase lega didada. heliza helmi present kul 11. tetibe aku dapat sms dari aaron aziz..
"I heard that 3 of you dont want to go for the gala dinner tonite. mind to give us(me, maher zain and mahathir mohd) the voucher, at least it not wasted, hehe."
dengan pantas aku balas..
"its only me and heliza helmi her. you may take our pass for the dinner. but i'm not sure about maya karin becoz her presentation is tomorrow, so she still need the pass"
"its ok. what time you gals leave the conf?"
"my presentation at 5pm. might be leaving at 5.30"
"5pm? let me c if i can come early to be your audience? haha"
"dont be my audience!!! or else i wont give the pass.. haha (evil laugh)"
jauh disudut hati aku rasa aaron aziz akan datang tuk tengok aku present. ah benci betul! then aku tercongok lah duduk kat hall depan sorang2 lepas heliza helmi balik.
sampai aku tertido. zzzzZZZZ
then, staff hotel kejutkan aku..
staff: miss~
me: erkk.. yes? [xkan tak boleh tido kat sini kot]
staff: have you take your lunch?
me: errr.. [sambil tengok jam henfon]
staff: everyone was there having lunch..
me: oh ok thank you..
kerana kemalasan takde mood nak makan, aku lepak lagi setengah jam kat situ sambil dihiburkan dengan minah mane ntah datang dok main piano. then nampaklah sekumpulan manusia yang baru habis lunch. terpaku dengan sorang mat saleh ni. perghh~ dalam ramai2 orang asing kat situ, dia adalah paling menawan..
macam nicky westlife wa cakap! oh aku harap jangan lah dia sama satu room present dengan aku. sebab nnt aku akan jadik lebih gemuruh. ngahaha. cam haram jek!
2pm. then aku nampak dia bangun dan terus menuju ke room 5. erk~ the heck! bilik yang same! arghhh!! then aku tengok dalam list presenter session yang sama dengan aku. oh aku sorang je dari malaysia. yang lain dari taiwan, uk, india and ireland..
ok aku dah mula berdebar! tangan sejuk semacam. dada berdebar macam nak kahwin jek. then aku pun masuk room 5 tuk tengok presenter lain present.
arghhh!! the hell! nicky westlife tu adelah 'chair' dalam room 5 tu! oh i am so freaking scared!
presenter: ok thats all from me.
nicky westlife: any question? [pandang audience]
audience: ........ [cam xde perasaan]
nicky westlife: ok i have question..
arghhhhhh!! dia tanye soklan! ok rilekss! mungkin dia minat dengan tajuk budak tu. rileks2! cool!
next presenter lak..
nicky westlife: i have question for u..
arghhhh!! ok aku dah tahap minah kilang nak mati meroyan dah ni. terdetik seketika untuk lari je tak yah present. ah! tapi macam tak best la pulak. experience ni! lagipun dah bayar RM1000 tu! ok tak pe lah~ present jek.
session 4:00 pm pun bermula..
ntah apsal la nicky westlife ni sangat la menjadi 'chair' yang berwibawa tak macam 'chair' bilik lain yang take it lightly.
nicky westlife: who's in this room that will present for this session?
[adelah 3 orang angkat tangan termasuk aku. then dia datang kat setiap presenter]
nicky westlife: which one is yours?
me: erm.. next page~ [dada berdebar, perghh! giler hensem cam haram!]
nicky westlife: ... [selak muke surat]
me: this one..
nicky westlife: how to pronouns this? [sambil tunjuk kat nama aku 'Siti']
me: erm.. Siti..
nicky westlife: ok then, i will call you by your 1st name.. ok?
[he left me with no choice]
me: ... [hanya mampu tersenyum dan angguk terime dengan redha]
aku adelah presenter yang ke 4~ dan macam biaselah, setiap presenter sebelum tu sumernya nicky westlife ade soklan tuk diajukan. aku dah macam nak pitam dah ni.
maka sampailah masa tuk aku present.. dug dag dug dag.. tengah2 present tu, tetibe ade orang masuk.. arghhhh!! aaron aziz! cam haram dia datang.. putus urat kentut aku!
aku yang tengah present tu, muke cam haram terkejut, dan lepas dari tu, aku present dah tak pandang audience dah. aku pandang slide jek.
me: ok thats all. thank you.
nicky westlife: any question from the rest?
audience: ...... [diam seribu bahasa]
nicky westlife: no question? ok then i have question for you..
me: .... [pandang nicky dengan pandangan 'ah jahanam kau']
bukan satu soklan! tapi dua soklan. nasib baik aku boleh jawab la walaupun cam tak menepati citarasa dia kot. hurm~ [angkat2 kening]
ok lepas azab! aku pun balik ke tempat duduk aku. aku pandang aaron aziz yang tersengih2 macam nak kene lempang.
panggggg!! huh amik ko, kan dah kena pukul, sape suh masuk!
aaron aziz: hurmm~ good, not bad~
[inilah dia aaron aziz yang aku perkatakan selama ini]
ahahahhaha~ aku sendiri serius tak tau apa aku present beb! pergh tapi takpelah janji dah lepas azab. lepas aku present, si nicky westlife pulak present. actually 'chair' pun adelah salah seorang presenter. aku n aaron aziz sibuk berbual kat belakang.
[mase nicky tengah present dan aku ambik video]
tetibe..
nicky westlife: like what our friend present about her paper.
erk.. apsal dia pandang aku~ her? ye memang aku la tu, aku je kot perempuan present dalam bilik tu.. tapi ape kene mengena tajuk aku dengan tajuk dia?
presenter: so this is just the same. this is block program.
erk.. ok aku tak amik perhatian pun dari awal. ahahaha~ panggg sekali lagi tuk aaron! aku tengok si aaron aziz ni macam beri tumpuan sepenuhnya dengan nicky westlife nye presentation. so aku biarkan dia sambil aku manghabiskan gula2 dan air mineral kat atas meja ni.
then tibe2.. aaron mencapai pensel dan kertas..
"You want to leave?"
ahahaha~ sah bosan ar tu! hampeh sungguh.
"jom jom~"
ok begitulah cerita aku seharian di hotel renaissance KL for the paper conference presentation. my first time and not bad. seronok jugak kan dapat jumpa orang hensem. ngahahhaah~ [hentak2 pala kat kerusi empuk]
the end.
3 comments:
congrats nyettt..!!! kalau la ada org tlg rakam msa ko present kn best, bole aku tgk. eheh~
anyway, happy for ur next level achievement zazap~ sikit lagi then InshaAllah u will hold ur master!! oh, one of my dream too. huhu~
may Allah bless you, best wishes for next level nyahhh~
[okay, pjg dah aku bebel. gile kose plak, hahaha. panggggg~ :p
haha pangg!!
thanks nyah!
best wishes tuk ko gak~
wahhh debaran yg selame ini didebarkan..berlalu dengan tanpa masalaha..
good job gurllll
Post a Comment