Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 31, 2010

Degil atau Banggang?


Kejadian berlaku tahun lepas. Tempat kejadian adalah di KLCC. Time tu tengah jalan-jalan dekat area depan fountain. Tibe-tibe kitorang nampak ada beberapa bahlul merokok betul2 dekat area sign 'no smoking'. Aduh! Orang malaysia ni banggang sangat ke nak diajar? Atau konon berlagak macam cool atau taiko dengan perangai macam tu? So, aku dengan berperasaan anti-smoking people pun mengeluarkan kamera dan dengan tidak teragak-agak aku mengambil gambar dorang. Mamat baju biru tu dah perasan aku amik, so dengan cepat2 dia campak rokok dia.

Then, abah pun dah tak tahan dia pi tegur ade seorang keling ni merokok betul2 kt depan pintu masuk KLCC dan betul2 depan sign 'no smoking'.

Abah: Hey~ tak nampak ke tu no smoking?

Then, keling tu dengan muke tak puas hati. Pergi melulu ke arah abah, memang macam nak belasah abah la. Abah dah ready nak bukak silat dia. Hahaha. Last2 keling tu dengan kurang ajarnye, mencampak puntung rokok depan abah, pastu menghembuskan asap rokok dengan gaya gangster. Seriously, kenapa malaysia boleh jadi macam ni? Perkara macam ni terjadi kat KLCC. Tempat pelancung datang. Tak malu ke kalau pelancung tengok?

Kemudian, kitorang decide tuk laporkan ke security yang menjaga kat area situ.

Abah: encik~ kat sane tu budak2 merokok. Pergi tegur diorang bleh x?

Security: oh takpe pun kalau nak rokok.

Abah: memang la tapi kat situ ade sign 'no smoking'

Security: tak pe.

Then before kitorang bla tu. Aku nampak security tu pun sebenarnye tengah merokok. What the hell? Kenapa Malaysia jadi macam ni?

Apa-apa pun SELAMAT HARI MERDEKA!! Mungkin sebab terlalu merdeka lah, mereka ni terlalu bebas untuk buat apa yang mereka suka.

p.s: I hate smoker!!


Tuesday, August 24, 2010

Saya rasa..


Rasanya pahit dan semakin tawar.. Maka dengan itu, saya rasa saya ingin shutdown blog ini untuk lebih fokus ke blog saya yang lain. Secara keseluruhannya, saya rasa penat bercerita tentang kisah hidup saya dan kisah saya semakin ketandusan. Jadinya, apa-apa hal blog ini saya jadikan tempat untuk mengupload gambar-gambar terkini sahaja.



p.s: Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca.

Wednesday, August 18, 2010

1 - 1 = ?

Bulan puasa.

Aku puasa.

Alhamdulilah.
hehehehe [gelak gedik]

Aku rasa dapat la kot pahala satu kepul.

Tidur bangun lewat.
Kurang pahala.

Hidung tiba-tiba gatal
secara tak sengaja tangan terjolok.
Kurang pahala aku..

Jalan-jalan keluar.
Nampak orang merokok..
..dalam hati dah mengata
Kurang pahala aku..

Jalan-jalan lagi
Nampak dua budak sekolah pegang2 tangan..
..dalam hati mengata
Kurang pahala aku..

Gi bazar ramadhan pulak
Tengok awek pakai seksi jalan depan haku..
..makk aii, apekah itu~
Kurang pahala aku..

Jalan sesak, kereta kiri kanan tak reti nak sabar
angin Al-marah aku meletop
Dah terkuar kata2 kurang sopan..
Kurang dah pahala aku..

Sampai penghujung hari

Apa yang tinggal?

Ada ke sisa-sisa pahala untuk aku?

Hanya Dia yang tahu


Sunday, August 15, 2010

FUN no more

Kerana sifat ingin tahu yang mendalam dengan game minesweeper,
akhirnya aku jumpa sesuatu di Internet..

"Minesweeper Solver"


Just click Solve. Tadaa~ They solve your game just in second.
Silalah tengok score aku dibawah. Hebat tak?


Maka, hilanglah score yang aku main before ni.

p.s: No fun playing minesweeper anymore.


Friday, August 13, 2010

Kenapa mesti sekarang?

Kenapa time solat jek, baru lah kita sedar yang kita suka kentut? haha. Sorry soalan agak berbaur busuk. Lagi-lagi time terawikh, time tu la angin kus-kus nak kuar. Time masa makan tadi taknak lak dia kuar. Tapi time masa makan, kita tak penah perasan yang kita nak kentut. Kenapa time solat jek kita perasan dan sedar yang kita kentut? haha

ok sekian dari saya melaporkan dari Kota Ramal

p.s: gara-gara perut kosong di tengahari

Thursday, August 12, 2010

Lebih kurang jek bunyik

Sometimes what I just said is not what I mean..

Me: Mak~ Kencing manis tu Obesiti ek?

Mak: Apa pulak!

Wanie: Diabetes la!

Me: Lebih kurang jek~

--------------------

Wanie: Demam!

Me: Antibiotik ko lemah ar!

Wanie: Antibody la banggang!

Me: Lebih kurang je bunyik~

--------------------

p.s: Right-brained people memang begini.. erk, mungkin hanya aku je~

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Sekejapnyer~ Terasa tua setahun. Haiya!

Harapan aku untuk Ramadhan kali ini:
  • Semoga ianya jadi lebih bermakna
  • Semoga semua yang aku sayang dapat menjalankan ibadat puasa dengan mudah
  • Aku just nak enjoy every puasa day [tak tau kenapa]
  • Aku berharap dapat khatam Al-Quran
  • Hoping for losing 10kg [Aim for the moon]
  • Harap setiap hari dapat solat terawikh [except those day]
  • Semoga bisnes semakin maju
Amin~

p.s: Selamat menyambut ramadhan al-mubarak untuk semua!

Monday, August 9, 2010

A day-o to Malacca

8 Ogos 2010

Perjalanan yang dirancang dalam keadaan agak semberonoh. Dari pukul 9, pending ke pukul 10. Dan akhirnya berganjak sehingga pukul 11. Walaupun pada permulaan, aku and Niza macam rasa patut cancel je plan. Tapi Athy tetap berkeras dan tekad. So, kami layankan je la.

Bertolak dari pukul 11. Aku ngantuk dan tidur. Terjaga dari tidur terus aku buat permintaan nak kencing. Berhenti di perhentian. Then dorang beli buah sebab terlalu lapar. Makan buah dengan lahapnya. Lepas agak-agak perut dah dilayan mesra, sambung semula perjalanan.

Sampai melaka pukul 12.30 -> Makan -> Menara Taming Sari -> Kota afamosa -> Dataran Pahlawan -> Sesat -> Sesat -> Jonker Street -> Balik!

Gambar banyak dan berterabur di kamera masing-masing. Tapi mood malas nak upload sumer.



Kenapa gambar aku takde?
Sebab aku tak suka di ambil gambar.
Tapi aku suka mengambil gambar.
Well~ U know me~

p.s: Sangat seronok menghabiskan masa before Puasa!

Sunday, August 8, 2010

Secret by One Republic


SECRET by One Republic

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
'Til all my sleeves are stained red

From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve

And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'm 'a tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, all my secrets away

Mood: Sick but happy

p.s: Perfect time to see ahead

Friday, August 6, 2010

Mind vs Energy

Jam 4 pagi, selepas kasik chance laptop tuk tido, aku tergolek atas katil. Minda aku terlalu penat, tapi tenaga aku tengah hyper. Ni sumer gara-gara minum Roasted Coffee kat Kopitiam malam tadi. Memang aku bukan lah pengemar kopi ataupun peminum kopi. Boleh dikira dalam setahun, purata aku minum kopi mungkin sekali je. Tapi dek kerana terliur dengan gambar mengoda si Roasted Coffee, aku pun order coffee. Sampai Athy pun naik pelik, "Weh, ko bukan tak minum kopi ke?". Ye betul la tu. Sebenarnye aku main tangkap muat je order air. So, dalam keadaan Minda dan Tenaga tengah bergaduh untuk menguasi diri aku ni [chewah, tibe2 terasa menjadi rebutan], aku memilih untuk menjadi separa tidur and separa sedar. Gila~ memang tak tidur namenya tu, sekadar pejam mata je. Dalam tidur hangat-hangat taik ayam tu, kepala hotak sibuk memikirkan 'Masalah'. Entah datang dari pelusuk mana, tiba-tiba terlintas idea-idea 'Masalah'. Berdas-das datang idea.

Feezo, "Hoi~ tulis la idea tu kat mana2"

Fiero, "Tak payah, sah2 ko mesti ingat punyer~" <-- dusta belaka

Feezo, "Ko tu dah la pelupa~ otak tak berapa nak center~"

Badan penat gila ni. Mata tak nak bukak. Ah~ aku pun bangkit terus capai pen dan buku yang memang ada kat sebelah bantal ni. Dengan mata men-target ke arah buku. Tangan cuba meng-interpret idea. Lalu idea ditulis. Kepala hotak tak berapa sedar sebenarnye. Tapi disebabkan nak jugak novelist-kan idea yang datang tak beri salam tu, mata and tangan layankan jek. Selesai jek, buku ditutup.

Terasa otak ringan jek. Bibir pun mengukir senyuman. Kemudian, mula lah lupa pasal 'Masalah'. Minda terus memikirkan tentang bisnes goodies-ku. Pening gak nak pikir design-design baru. Dok tengah pikir-pikir tu, tiba-tiba dengar azan subuh. Ya Allah~ aku tak boleh nak tidur langsung. Lepas jek aku solat subuh, cubaan untuk tidur. Terpusing kiri, terpusing kanan. Memang sah tak boleh nak lelap. Akhirnya, aku decide untuk mandi. Then, basuh baju.

Aku pandang mak. Mak pandang aku. Terpancar dekat muka mak seakan bangga tengok anak dia bangun awal. Padahal tak tidur lagi. Aku duduk depan TV. TV pandang aku. Astro tertanye-tanye bila aku nak ON-kan dia. Akhirnye, mak musykil sambil bertanye, "Kau carik apa?". Aku terdiam. Baru aku sedar yang aku termenung pandang TV. Ah~ Badan aku tak mau tidur. Tapi kepala hotak aku penat gilak nak mampos.

Aku naik atas, nak belek tengok idea yang aku telah novelist-kan. Pergh~ bukak-bukak buku jek, aku dah nampak masalah. Masalah untuk memahami handwriting aku sendiri. Siap ada lukisan. Ada anak panah lagi.


Ok enough. Buku ditutup. Otak aku dah shut down tak ingat dunia. Tapi mata terbeliak gila ni. Tiba-tiba bibir aku tergedik-gedik tak reti duduk diam. Haish~ Apa pulak maksudnye nie. Maka aku pun google. (Sumber1, Sumber2, Sumber3)

Jika bergerak:-
  • Bibir kanan atas: Nak berkelahi
  • Bibir kanan bawah: Nak berjawab-jawab
  • Bibir kanan: Anda berada dalam keadaan aman
  • Bibir kiri atas: Menerima berita baik
  • Bibir kiri bawah: Nak berceramah
  • Kedua bibir atas dan bawah: Akan bertemu kekasih
  • Bibir atas: Akan bergaduh dengan seseorang
  • Bibir bawah: Ada orang sedang mengata/mengumpat tentang anda

Yang mana satu aku? Bibir kiri atas aku yang tergedik-gedik tak reti duduk diam. Wooo~ Bagus jugak maksud dia. Huhu. [sambil usap-usap bibir kiri atas]

Sekian sahaja kerapuan saya setakat ini.

Alamak~ Mak dah menjerit, "Ija~ Dah ready?". Ready hape nye~ Dari tadi aku dok tulis kat blog. Haha. Okla, nak packing barang. Sekejap lagi nak bertolak pergi Pagoh.

Adios.

Saya terBuntu

Dear Angel, <-- tetibe jek

'Aaron Aziz' sudah reply email aku. 'Lamaran' asal pun sudah mendapat respon dari 'Christopher Lloyd'. Komen-komen yang diberikan bikin aku buntu. Penyelesaian sudah ada. Masalah je yang tak ada. So, dorang suruh aku carik masalah. Eii~ Pelik betul dunia master ni.

Harap maaf kerana menggunakan term-term yang tak dapat dipaham.

*Lamaran = Proposal~

Kerana sudah buntu, saya tak tau apa motif saya create post ini. Hanya ingin mengadu yang sambung belajar master adalah sesuatu yang tidak seronok. Aku dengan tiba-tiba rasa otak aku tidak di cipta untuk tahap master. Kenapalah dunia terlalu canggih? Tak boleh ke kalau selamanya manusia naik keta kuda jek tanpa ada kereta? Tak boleh ke manusia hanya berhubung melalui surat tanpa wujudnya email yang durjana-nya pantas ni? Tak boleh ke kalau manusia ni berlumba panjat pokok dari berlumba mendapat Phd? Kenapa dunia mesti canggih sanggat ni? Dan kenapa mesti aku jadi manusia di abad yang canggih ni? Kenapa aku tak lahir berabad awal? Kenapa aku tak dilahirkan masa kereta kuda masih menjadi pengangkutan utama? Kenapa aku tak dilahirkan masa rokok masih belum ada? [macam lari topik]

Oh kesimpulannya, kenapa mesti ade master? Naik menyampah pulak aku dengar perkataan tu. Dah la, malas nak merapu. Otak terasa sarat. Tak boleh nak suruh edit 'lamaran' yang di komen dasyat-dasyat tu. Aku hanya redha-kan diri ini untuk menghadapi hari esok. Whatever it is, Life's not that hard! Breath in. Breath out. Sudah tiba masa untuk mencari masalah~ Tapi bukan harini, esok je la..



Thursday, August 5, 2010

Pukul 3 Pagi

Setelah menunggu 2 hari, 'aaron aziz' tak membalas email aku. Masak siot nak menunggu dia balas email. So, terpaksa jugak aku send 'lamaran' asal aku. Ber-dug-dag gak lah nak menunggu apa respon. Harap-harap 'lamaran' tu success la gamaknya. Skang ni, belajar API sampai berdarah kepala hotak aku. Rasa macam nak bagi pelempang ikan bilis je dekat si API ni. Tukar server sampai 2-3 kali. Sumer API punye pasal. Sambil testing API, aku terfikir krisis yang melanda athy. Pikir punye pikir sampai dah tak tau beza API dengan ATHY. Al-maklumlah otak kreatip. Mata pun dah macam tak center. So, before jari-jemari ni lari alignment, rasanya better aku bagi laptop ni tido awal harini.

Nite nite~ [peluk laptop]

Motif: Terlebih rajin.

p.s: Otak masih berjalan tapi mata dah tak boleh tahan. Zzzzz...


Wednesday, August 4, 2010

My Feveret Computer Games

Aku memang suka gila main game.
Tapi tak semua game aku layan.
Hanya certain game je yang boleh diterima akal aku ni.
.
.
.


Game Counter Strike.
Pernah main dan memang aku tak boleh layan habis la game nie. Maybe ianya terlalu heavy untuk dimainkan oleh otak aku yang comel ni. Ahak~


Game Diner Dash pulak.
Mula-mula memang layan. Main sampai habis. Kira memang hebat la jari-jemari ni meng-click mouse tuk mengerakkan Flo. Bukan setakat Diner Dash je aku main, segala jenis Dash or game dekat Playfirst.com tu aku dah main. Boleh dikatakan, game nye sumer same. So, dah tak boleh main lagi game ni. Saya dah tahap nak muntah.


Game Ragnarok.
Kenapa orang kata game ni best? Aku main untuk masa sejam, then aku quit sebab nothing yang menarik perhatian. Mungkin otak aku yang lembap. Atau mungkin aku yang terlalu high expectation on this game.


Game The Sims.
Salah satu feveret game ketika masa dahulu. Tapi disebabkan technology the sims ni maju terlalu cepat, aku jadi ketinggalan zaman. The Sims 2. Aku main tapi setakat basic. Masih tak dapat menikmati keseronokan yg menyeluruh. Belum sempat enjoy the sims 2, the sims 3 pulak kuar. Bila dah terasa begitu jauh ketinggalan, aku rasa the sims macam nak kena penyepak babi dengan aku. Pulak laptop aku tak boleh nak carry heavy game macam the sims 3 tu. So, aku lupakan hajat sementara untuk menikmati the sims 3. Okay Papai the Sims, jumpa di lain kepompong.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

call me freak, call me weird or call me nerd..
sebab game feveret aku for all seasons sejak memiliki laptop
adalah
.
.
.
.
.
.
.

FreeCell dan Minesweeper!!

Game yang sungguh bagus untuk tenangkan otak yang penat. Silalah cuba.
Yeahaa~ <-- sorakan ketika menang main game ni





p.s: nak challenge? huhu


Monday, August 2, 2010

Iklan Cadbury


Pernah tengok iklan ni? Iklan Cadbury Eyebrows.
Kalau tak pernah tengok, sila tengok sekarang.


kalau dah tengok iklan tu,
klik la gambar cadbury kat atas ni..
ada sesuatu menarik untuk dimainkan di website cadbury tu
tengok hasilnya dibawah..

---------------------------------------------------


aku pilih gambar ini untuk 'Preppy Girl'
.
.
.
.
.
.


---------------------------------------------------


dan gambar ini untuk dijadikan 'Preppy Boy'
.
.
.
.
.
.
.


p.s: sangat comel~ saya suke~