Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 30, 2011

Can you do this?


Aku tambah menda baru. untuk sape-sape yang baca tolong rate.
sekali lagi aku xtau ape yang dh sampuk aku. haha.
menda ni ade kt setiap blog post. nampak tak?
kalau tak nampak, sile carik sampai dapat!


please ya kalau malas mau komen.
click je salah satu kat rate tu.

thanks in advance.

Baby I am Down! Down! Down!

sambil-sambil pikir tajuk tuk next conference paper. [ini adalah dasar keTERpaksaan]. aku bukak la list program tuk previous conference sebab nak carik idea title. mata terpandang kat paper Nicky. [padahal paper dia bawah paper aku jek]. then entah kenapa tangan gatal tetibe aku copy name dia bulat-bulat, and paste kt pakcik google. dan seperti biaselah, kerana terlalu terer dalam me-RESEACH benda tak paedah ni, aku jumpa sesuatu.

the hell!!!

he is a doctor... [dengan nada putus cinta]


bukan doctor sepital. tapi Doctor title. i mean 'Dr'. maka aku selongkah profile dia. okay itu dia, seorang yang sangat nerd. tapi gambar dia tersenyum manis sangat comel disitu.


Okay down giler dah ni.

Tuesday, March 29, 2011

Apa yang dah sampuk aku ni?

Lately ni aku become very emotional. aku rindu kat kawan sekolah masa aku kat pontian. ye I know takde banyak kenangan antara kita. lebih-lebih aku yang hanya sekadar menumpang setahun lebih je kat sekolah korang tu. aku teringat kata salah sorang dari korang, "Kalau kau ingat kitorg, kitorg pun akan ingat kat ko". betul ke? kenapa aku rasa macam aku je ingat kat korang? tapi korang macam dah tak ingat aku?

Aku cuba plan reunion, korang sumer respon macam tak berminat. dua minggu aku biarkan event reunion tu. aku pick random date. korang rata-rata kata kerja. bila aku tanya bila korang free. takde sorang pun jawab. bila aku tanya korang sumer duduk mana. takde sapa jawab aku. aku jadi tawar hati nak jumpa korang.

Umur kita sumer dah cecah 25 tahun. hampir 11 tahun kita tak jumpa. ada yang dah kahwin, dah yang ada anak pun. ye, aku dah termiss some of korang punye wedding. tapi aku cuba tak nak termiss lagi. mungkin bagi korang yang dah ada commitment dengan suami, anak or kerja anggap reunion ni macam ntah apa-apa. dengan niat tekad aku, aku cancel event reunion tu. alasannya tiada yang berminat.

Okayla korang. kalau umur ditakdirkan panjang, aku harap kita dapat jumpa.


Mood: emosi giler!

Sunday, March 27, 2011

Hair Cut..



rambut sudah panjang sedikit..
nak di ikat, tak boleh
nak di gunting pulak,
terasa nak bela rambut panjang..
haishh..

so in the end..

I do a hair cut..


.
.
.
.
.
.

not just a hair cut

but

with hair highlighting

colour blonde pulak tu!



lebih kurang macam ni la..
rupa pun ada la macam ni jugak..
[ada yang muntah darah gak ni]

lepasni nak botak lak boleh? haha


agak2 muke ade macamni tak kalu botak?

p.s: I love my new hair!
Thanks Wanie sebab belanje! [kenyit mate]

Friday, March 25, 2011

I miss you..

Last 2 days, aku bermimpi arwah Opah. Dalam mimpi tu aku kat kampung. Macam ada kenduri. Then, dalam tengah kenduri tu,Wanie tetibe ajak aku balik.

Wanie: weh jom la balik. Aku ada kerja.

Me: ok jumpa Opah dulu. Mesti dia sedih kita nak balik.


Then aku nampak arwah Opah, aku pergi kat dia and aku peluk dia. Lama aku peluk dia.

Me: Opah~ kitorang balik dulu ek..

[dia senyum]

Me: nanti kitorang datang lagi tau..

[dia senyum]


Ya Allah aku rindu dia~ rindu dia sangat! aku tak puas peluk dia dalam mimpi. mimpi tu mungkin ada maksud. aku dah lama tak ziarah kubur Opah. dia rindu kat aku ke ek? sebab aku rindu dia sangat!

Aku ingat lagi masa aku kecik. bila cuti sekolah jek, mak hantar aku and wanie duduk kat kampung dengan Opah. dia duduk sorang-sorang kat kampung time tu. pagi-pagi subuh lagi dia dah bangun tuk jual kueh. then tiap-tiap maghrib dia akan ajar kitorang mengaji. Kitorang mengaji, dia masak kat dapur. kalau kitorang salah baca, dia betulkan dari jauh. Hebat kan dia? arwah Opah orang yang sangat kuat bekerja. i wish aku setabah dan sekuat dia.

Aku ingat lagi masa kat kampung. Opah marah kitorang suka makan jajan. sampai kitorang sorok-sorok jumpa pakcikSabri kat tingkap suruh dia beli jajan kat kedai ahChai.

Aku ingat lagi dia rajin bawak especially aku and wanie jalan-jalan. Opah kalau jalan, macam pelesit. laju jek.

Aku ingat lagi kalau aku tengah termenung, Opah selalu raba-raba kepala aku macam ade kelumumur. nanti dia gosok-gosok macam nak hilangkan kelumumur tu. then aku tanye dia, "ade ape Opah?". dia jawab, "saje suke". then in return, aku selalu bersihkan kelumumur kat kepala dia. kadang-kadang sampai naik gian aku garu sampai darah. kesian kepala Opah.

Aku ingat lagi tiap-tiap kali bulan puasa, aku akan puasa penuh. sejak aku umur 9 tahun aku dah mula puasa penuh. sebabnya nak dapat duet raya banyak dari Opah. sebab tu masa aku first time datang bulan, masa umur 13 tahun. aku nangis macam dah hilang dara.

Aku ingat lagi masa aku duduk pontian. mak and abah awal pagi lagi dah pergi kerja. Opah lah yang ada kat rumah selalu teman aku before aku pergi sekolah. selalu dia masak sarapan nasi goreng. aku panggil nasi goreng Opah. no one can make that nasi goreng selain dia.

Aku ingat lagi aku rajin tolong dia buat siput sambal. then nanti dia bungkuskan tuk aku jual kat sekolah. i think aku ada minat bisnes ni pun dari dia. selalunya abis aku jual siput sambal ni. kalau tak abis pun aku makan sendiri. then duet aku kasik dia. tapi dia selalunya tak nak. dia kate tu duet tuk aku. Then aku cakap kat dia, "nanti bila orang dah besar dah kerja, ieja bagi Opah duet pulak ek". tak disangka sumer tu tak sempat.

Aku ingat lagi ada satu malam tu, dia cerita kat aku..

Opah: malam tadi arwah Atok datang dalam mimpi Opah..

Me: pastu?

Opah: pastu dia ajak Opah jalan-jalan..

Me: Opah ikut ke?

Opah: ikutlah. naik motor.

Me: gi mane?

Opah: tak sempat pun. mokteh ko dah menjerit kate Opah lupa pakai selipar.


Aku ingat lagi masa aku duduk kat Pontian. paklong datang nak bawak Opah balik. aku peluk Opah tak kasik dia balik. dia kate nanti dia datang lagi. aku pesan kat dia, "kalau arwah atok ajak jalan-jalan, jangan la ikut~". dia gelak jek.

Aku ingat lagi masa dia jatuh sakit. time tu badan dia lemah. mak bawak Opah duduk dengan kitorang kat Pontian. aku mandikan dia. letak bedak kat badan dia. pakaikan dia baju. suapkan dia makan. oh i miss you so much. i wish to take care of you more.

Aku ingat lagi masa last hari raya dengan Opah. ada satu malam tu, ieja mimpi Opah sihat. orang kata kalau mimpi orang yang sakit tetibe sihat, maknanya dah sampai masa dia. selepas 3 hari dari mimpi ieja tu, Opah meninggal..


Opah.. mesti Opah ikut Atok naik motor gi jalan-jalan kan?

Opah..
sungguh Ieja rindu kat Opah sangat-sangat..
sungguh Ieja sayang kat Opah sesangat..
sungguh Ieja nak peluk Opah lagi..

Alfatihah buat arwah Opah..

Ikhlas dari cucu yang sangat merindui Opah,

Tuesday, March 22, 2011

21 Mac 2011

Penjelasan:
- Tau tak kenapa aku suke cerita dengan details? sebabnya, aku ni pelupa. so bila next time aku bace semula cerita2 yang gila details ni, aku akan ingat dan gelak. paham?
- Tau tak kenapa aku tak guna nama sebenar dalam blog ni? sebab penah terkena dulu aku letak nama betul. then tibe2 ex-boss aku bace blog aku. [mungkin dia tengah baca pun sekarang ni].. haha. paham dah?


Ok cerita bermula..

21 Mac 2011 merupakan hari presentation untuk my conference paper. untuk pertama kalinya aku present something yang aku sendiri tak tau walaupun ianya adalah paper aku sendiri. seawal jam 7.30 pagi aku kuar rumah tuk menghala ke Hotel Renaissance KL.

[hotel ini aku penah sangkakan times square
kerana colour bangunannya yang sama]

dengan berbaju kurung~ presentation la katekan. dah macam orang keja kerajaan dah aku tengok. kalau ikutkan presentation aku kul 5 petang tapi registration tulis kat schedule tu kul 8.00 - 8.20 pagi. so nak tak nak terpaksa jadi skematot datang semata nak register. macam biase la KL kan, jem stoberi sungguh. so, aku decide tuk gune terowong smart. smart la sangat beb! jem blackberi! the hell! sumpah taknak keja KL wooo!

then tetibe ade gangguan, "Salam satu malaysia~".. suara agak skema giler. apehal lak ni~ ahahahahhaa. harap maklum, aku pertama kali menggunakan jalan raya seawal pagi begini, memang tak biase la! dengan jalan jem nya.

jam pulak dah pukul 9 pagi. aku sampai dah kat depan hotel.

"lambat pun lambat la~ kalau dia tak kasik register, aku balik, tak payah present, settle masalah! ngahahahha"

senang je hidup aku kan. lepas parking, aku masuk hotel. registration katenya kat foyer. so, aku menuju kat perempuan receptionist.

me: tumpang tanya, foyer kat mane? [dengan slumber badak cakap melayu]

woman: ape?

me: ... [eh aku salah pronoun kepe]

me: erm.. registration tuk conf **** kat mane?

woman: conference apa?

me: conf ****~

woman: erk... sebentar ye.. [sambil call tanya yang lebih pakar]

me: ... [aku pandang sekeliling kot2 jumpa member sepejuangan]

woman: kat tingkat 1

me: erm.. tingkat satu tu macam ne nak pegi?

woman: terus situ, ade lift then naik tingkat satu..

me: oh ok tenkiu~


kemudian menuju lah aku ke tingkat 1.. bullshit! kosong! tiada sapa bahh disini! did i miss the registration? [hati seakan happy sbb decide nak balik dah].

oh aku pusing seluruh tingkat satu tu. takde sape. aku decide tuk call rakan sepejuangan.

me: where r u?

heliza helmi: at the conf..

me: i just arrive.. i'm now at the 1st floor but no one here..

heliza helmi: i'm 1st floor also. from the main entrance, you bla bla bla~

me: ok i try to find you..


then aku pusing2 lagi, akhirnya jumpa. bukan tingkat satu tapi ground floor. the heck la! lebih the heck lagi adelah, kaunter registration bukak all day long. macam sia2 aku datang awal pagi.

then aku masuk room 7. bilik dimana heliza helmi akan present. sambil tengok presenter2 lain present.

presenter: ok thats all from me. thank you..

chair: any question from the rest?

audience: ............ [diam durhaka]

chair: ok thank you. give a round of applause for a good presentation.

audience: *clap *clap *clap


eh eh~ senang nye! takde soklan. wah, aku terase lega didada. heliza helmi present kul 11. tetibe aku dapat sms dari aaron aziz..

"I heard that 3 of you dont want to go for the gala dinner tonite. mind to give us(me, maher zain and mahathir mohd) the voucher, at least it not wasted, hehe."

dengan pantas aku balas..

"its only me and heliza helmi her. you may take our pass for the dinner. but i'm not sure about maya karin becoz her presentation is tomorrow, so she still need the pass"

"its ok. what time you gals leave the conf?"

"my presentation at 5pm. might be leaving at 5.30"

"5pm? let me c if i can come early to be your audience? haha"

"dont be my audience!!! or else i wont give the pass.. haha (evil laugh)"


jauh disudut hati aku rasa aaron aziz akan datang tuk tengok aku present. ah benci betul! then aku tercongok lah duduk kat hall depan sorang2 lepas heliza helmi balik.


sampai aku tertido. zzzzZZZZ

then, staff hotel kejutkan aku..

staff: miss~

me: erkk.. yes? [xkan tak boleh tido kat sini kot]

staff: have you take your lunch?

me: errr.. [sambil tengok jam henfon]

staff: everyone was there having lunch..

me: oh ok thank you..


kerana kemalasan takde mood nak makan, aku lepak lagi setengah jam kat situ sambil dihiburkan dengan minah mane ntah datang dok main piano. then nampaklah sekumpulan manusia yang baru habis lunch. terpaku dengan sorang mat saleh ni. perghh~ dalam ramai2 orang asing kat situ, dia adalah paling menawan..


macam nicky westlife wa cakap! oh aku harap jangan lah dia sama satu room present dengan aku. sebab nnt aku akan jadik lebih gemuruh. ngahaha. cam haram jek!

2pm. then aku nampak dia bangun dan terus menuju ke room 5. erk~ the heck! bilik yang same! arghhh!! then aku tengok dalam list presenter session yang sama dengan aku. oh aku sorang je dari malaysia. yang lain dari taiwan, uk, india and ireland..


ok aku dah mula berdebar! tangan sejuk semacam. dada berdebar macam nak kahwin jek. then aku pun masuk room 5 tuk tengok presenter lain present.


arghhh!! the hell! nicky westlife tu adelah 'chair' dalam room 5 tu! oh i am so freaking scared!

presenter: ok thats all from me.

nicky westlife: any question? [pandang audience]

audience: ........ [cam xde perasaan]

nicky westlife: ok i have question..

arghhhhhh!! dia tanye soklan! ok rilekss! mungkin dia minat dengan tajuk budak tu. rileks2! cool!


next presenter lak..

nicky westlife: i have question for u..


arghhhh!! ok aku dah tahap minah kilang nak mati meroyan dah ni. terdetik seketika untuk lari je tak yah present. ah! tapi macam tak best la pulak. experience ni! lagipun dah bayar RM1000 tu! ok tak pe lah~ present jek.


session 4:00 pm pun bermula..

ntah apsal la nicky westlife ni sangat la menjadi 'chair' yang berwibawa tak macam 'chair' bilik lain yang take it lightly.

nicky westlife: who's in this room that will present for this session?

[adelah 3 orang angkat tangan termasuk aku. then dia datang kat setiap presenter]

nicky westlife: which one is yours?

me: erm.. next page~ [dada berdebar, perghh! giler hensem cam haram!]

nicky westlife: ... [selak muke surat]

me: this one..

nicky westlife: how to pronouns this? [sambil tunjuk kat nama aku 'Siti']

me: erm.. Siti..

nicky westlife: ok then, i will call you by your 1st name.. ok?

[he left me with no choice]

me: ... [hanya mampu tersenyum dan angguk terime dengan redha]


aku adelah presenter yang ke 4~ dan macam biaselah, setiap presenter sebelum tu sumernya nicky westlife ade soklan tuk diajukan. aku dah macam nak pitam dah ni.

maka sampailah masa tuk aku present.. dug dag dug dag.. tengah2 present tu, tetibe ade orang masuk.. arghhhh!! aaron aziz! cam haram dia datang.. putus urat kentut aku!


aku yang tengah present tu, muke cam haram terkejut, dan lepas dari tu, aku present dah tak pandang audience dah. aku pandang slide jek.

me: ok thats all. thank you.

nicky westlife: any question from the rest?

audience: ...... [diam seribu bahasa]

nicky westlife: no question? ok then i have question for you..

me: .... [pandang nicky dengan pandangan 'ah jahanam kau']


bukan satu soklan! tapi dua soklan. nasib baik aku boleh jawab la walaupun cam tak menepati citarasa dia kot. hurm~ [angkat2 kening]

ok lepas azab! aku pun balik ke tempat duduk aku. aku pandang aaron aziz yang tersengih2 macam nak kene lempang.


panggggg!! huh amik ko, kan dah kena pukul, sape suh masuk!

aaron aziz: hurmm~ good, not bad~

[inilah dia aaron aziz yang aku perkatakan selama ini]

ahahahhaha~ aku sendiri serius tak tau apa aku present beb! pergh tapi takpelah janji dah lepas azab. lepas aku present, si nicky westlife pulak present. actually 'chair' pun adelah salah seorang presenter. aku n aaron aziz sibuk berbual kat belakang.

[mase nicky tengah present dan aku ambik video]
tetibe..

nicky westlife: like what our friend present about her paper.


erk.. apsal dia pandang aku~ her? ye memang aku la tu, aku je kot perempuan present dalam bilik tu.. tapi ape kene mengena tajuk aku dengan tajuk dia?

presenter: so this is just the same. this is block program.

erk.. ok aku tak amik perhatian pun dari awal. ahahaha~ panggg sekali lagi tuk aaron! aku tengok si aaron aziz ni macam beri tumpuan sepenuhnya dengan nicky westlife nye presentation. so aku biarkan dia sambil aku manghabiskan gula2 dan air mineral kat atas meja ni.

then tibe2.. aaron mencapai pensel dan kertas..

"You want to leave?"

ahahaha~ sah bosan ar tu! hampeh sungguh.

"jom jom~"

ok begitulah cerita aku seharian di hotel renaissance KL for the paper conference presentation. my first time and not bad. seronok jugak kan dapat jumpa orang hensem. ngahahhaah~ [hentak2 pala kat kerusi empuk]


the end.

Tuesday, March 15, 2011

Skytrex Adventure (5 Mac 2011)


Skytrex Adventure is a Rope climbing kind of adventure..
see my adventure list on the left side..

[1] Rope Climbing

Ding ding~ Tick!

been planed for a month, the excited aura keep coming to me~
haha damn it!

without any experience,
aku n Niza terjah ke Extreme challenge..
atleast wanie penah try big thrills before..

ok, ini memang cubaan bunuh diri..

disebabkan aku decide tuk tidak bawak kamera..
maka gambar pun tak banyak..
[sia2 buat beg at previous post]






and this is for my 150 Things toDo before Turn 30

09. Hugged a tree

Ding ding~ checked!

The challenge start with Niza, Me, Wanie n Hadi


This is hell! Seriously Hell!
seperti perjalanan yang tanpa hujung
bila cube memanjat sampai kepuncak




Sempat snap Niza berkelah sambil menunggu aku.. LOL



Snap muke yang dah gile-sawan-penat-tak-ingat-dunia
gambar ini disnap before melangkah ke challenge yang terakhir..




Wanie sempat posing walaupun dah lame menunggu aku..
haha~

Thanks to all for the experience..
Sungguh menguji kekuatan tangan aku..
ape2 pun~ lemak peha masih disitu!

Monday, March 14, 2011

New Project

Before went for skytrex last 2 weeks,
I decide to make a bag for the camera..


So I just roughly design on my head and start the project..
I use my bottom of the left-over jeans,
and I cut without doubt..

Doing it like a pro..


A victim, the jeans~


A whatsoever pop-pop~


and I start the sewing~
with machine~
[sambil angkat kening hebat]




Tadaaa~


Yeah I know, it looks like a pampers~
but i am so proud~ haha



Wednesday, March 2, 2011

Tiada Duka Yang Abadi


"Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani"

"Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya"

"Andai bisa ku mengulang, Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti, Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini"

"Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani"

"Andai bisa ku mengulang, Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti, Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini"

"Andai bisa ku mengulang, Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti, Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini"

"Harap ampunkan hamba-Mu ini...."

by Opick

Spam



~ Sile bace dengan nada tak cukup masa

Setiap kali bukak ym mesti ade friend request..
Kali ni bukak, sampai 10 requests..
tengok kat atas ni, siap print screen..
tinggal 9, sebab 1 dah terdelete.. haha..

Sumernye spam.. cume satu jek aku kenal..
yang lain sampah.. the hell la~

Tapi memang spam ni!
Aku dah penah terkena..
chatting ngn mesin! The hell~
mungkin laptop aku sedang digodam~

Apa motif tak tau!

Ok Chow~

Tuesday, March 1, 2011

Warning!!! Baterry is LOW!!



its 4:28 o'clock in the morning

and

I am tired~

But the works still undone.
Tired looking at the code, Bluek~
but it wont run as I commanded it to be.
The hell la~


I made a panda-eyes again today.. O_o

Arghhh esok ade meeting!!
no sleep for me today.. zzzZZZ